Thursday 29 December 2011

Identiti Sebuah Perjuangan

PAS : Berindentitikan Islam.

1. Parti Islam Se Malaysia [PAS] didakwa mengalami krisis identiti oleh Ustaz Abdullah Zaik selaku Presiden ISMA berasaskan kenyataan beberapa individu lalu menyifatkan PAS tidak konsisten dan mengalami kekeliruan terhadap hala tuju partinya. Asas dakwaan ini tidak valid.

2. Pertama : Saya ucapkan terima kasih atas perhatian yang diberikan oleh Presiden ISMA terhadap PAS sekaligus menarik perhatian umum khasnya anggota ISMA sendiri kepada PAS untuk mengenalinya dengan lebih dekat dan biasanya apabila dicetuskan sesuatu polemik, maka ia akan menarik perhatian serta perasaan ingin tahu terhadap perkara tersebut. Dalam kes ini, PAS menjadi subjek polemik yang dicetuskan oleh Presiden ISMA, sekaligus memberikan publisiti kepada PAS.

3. Kedua : Identiti ialah pengenalan dan jati diri. Apabila kita bercakap soal Identiti PAS, ertinya kita bercakap mengenai pengenalan dan jati diri PAS. Kepada siapa yang belum mengenali PAS atau buat - buat tidak kenal, maka izinkan saya memperkenalkan buat kesekian kalinya setelah PAS ditubuhkan sejak 1951 berasaskan undang - undang tubuhnya.

Inilah Pengenalan dan Jati diri PAS :

a] Fasal 3 . Perlembagaan PAS : Dasar PAS ialah Islam .
b] Fasal 4 . Perlembagaan PAS : Seruan PAS ialah Allahu Akbar.
c] Fasal 5 . Perlembagaan PAS : Tujuan PAS ialah :

~ Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai – nilai hidup Islam dan hukum – hukumnya menuju keredhaan Allah .

~ Mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan Negara .

d] Fasal 6 . Perlembagaan PAS : Usaha – usaha :

~ Menyeru ummat Manusia kepada syariat Allah dan Sunnah RasulNya melalui dakwah secara lisan , tulisan dan amalan .

~ Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syariah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai – nilai keislaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan disegenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran , ekonomi dan social serta pelajaran dan pendidikan .

4. Isu negara berkebajikan sering dijadikan turning point untuk menyerang PAS kononnya PAS telah tersasar dari landasan perjuangan asal iaitu Negara Islam, lalu mereka mendesak supaya PAS kembali menggunakan istilah Negara Islam bukannya Negara Berkebajikan.

5. Lebih menarik, UMNO juga menyatakan demikian sedang UMNO lah antara yang paling kuat menentang hasrat PAS sewaktu PAS menggunakan istilah Negara Islam sebelum ini. Sekarang apabila PAS menggunakan istilah Negara Berkebajikan, mereka sibuk pula mendesak supaya PAS tukar kembali kepada istilah Negara Islam. Mengada - ngada betul lah mereka ni !

6. Suka saya jelaskan di sini bahawa langkah dan usaha PAS Membangun Negara Berkebajikan adalah merupakan Fasa 2 pembinaan Negara Islam. Setelah PAS menerbitkan dokumen Negara Islam tempoh lalu, maka ia seperti plan induk bagi PAS menjayakan hasrat mendaulatkan Syariat Allah swt. Itulah Fasa 1 projek PAS.

7. Fasa ke 2 , PAS bergerak dengan lebih praktikal. Bukan sahaja membentang plan induk [ Fasa 1 ] yang lengkap dengan teorinya, kini PAS tampil dengan Negara Berkebajikan sebagai subtance kepada Negara Islam. Ia adalah pengisian dan perlaksanaan. Sekaligus menjawab pelbagai tohmahan kononnya Negara Islam adalah negara hukum semata - mata atau juga di tohmah sebagai negara mullah.

8. Negara Islam ialah negara yang dibina berasaskan bimbingan syariat Islam. Sementara elemen utama dalam Syariat Islam ialah adil, telus, integriti dan amanah selain ubudiyyah [pengabdian diri kepada Allah] . Ia menepati pembentukan Good Governence yang menjadi sendi utama bagi Negara Berkebajikan yang mahu dibangunkan oleh PAS.

9. Menganggap PAS telah tersasar dari landasan asal perjuangannya adalah berpunca dari salah faham atau buat - buat tidak faham terhadap matlamat dan objektif perjuangan PAS. Selayaknya mereka terlebih dahulu membuka dan melihat Plan Lengkap Projek PAS bagi memahami keseluruhan Fasa yang akan dibina oleh arkitek PAS.

10. Negara Berkebajikan bukan krisis identiti tetapi ia adalah Pengukuhan Identiti. Justeru ia memantapkan lagi pengenalan dan jati diri PAS dengan usaha bina dan tawaran yang lebih praktikal, mudah dan boleh laksana.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Hadis Qudsi~Tabir Allah Atas Kaum Mukmin~

"Daripada Shafwan Bin Muhriz Al-Mazini berkata,"Ketika aku berjalan bersama Ibnu Umar RA bergandingan tangan,tiba-tiba seseorang menghalang seraya bertanya,'Bagaimana anda mendengan Rasulullah SAW berkata tentang al-najwa(bisikan)?'Dia menjawab,aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :


              "Allah mendekati hambaNya lalu meletakkan tabirNya atasnya dan menutupinya lalu berfirman,'Apakah kamu mengetahui dosa yang demikian,apakah kamu mengetahui dosa yang demikian?"

Dia menjawab : 'Ya,wahai Tuhanku.'Hingga ketika dia mengakui dosa-dosanya dan menyangka bahawa dirinya binasa,Allah berfirman yang bermaksud,'Aku menutupi kesalahan-kesalahanmu di dunia dan mengampuninya untukmu pada hari ini.'Lalu diberikan buku kebajikannya.

"Adapun terhadap kaum kafir dan munafiq,para saksi berkata,'Merekalah orang yang mendustakan Tuhan mereka.'Ketahuilah bahawa laknat Allah tertimpa atas kaum yang zalim."

(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

"Bercinta setahun,berkahwin sehari"

"Anda sedang asyik berbalas SMS dengan seseorang yang bukan mahram?Anda ternanti-nanti panggilan dari si dia?Anda sentiasa tertunggu-tunggu saat dapat bertembung dengannya?Anda sedang memilih minyak wangi paling harum untuk keluar dating?Anda sedang memilih pakaian tercantik untuk keluar dengannya?"


Inilah fenomena yang sering berlaku dalam kalangan pasangan2 couple..


Tapi,kenapa ya,jika semasa bercinta dulu terlalu indah,boleh bertahan selama bertahun-tahun,tiba-tiba,bila dah kahwin,semuanya sudah menjadi hambar.Sudah menjadi tidak indah.Bila dah kahwin,bukankah hubungan itu menjadi halal?Tapi kebanyakan pasangan hanya berseronok menikmati malam pertama sahaja.Lepas pada itu semuanya menjadi biasa.


Menurut kajian di JAKIM,kalau diberi nisbah penceraian pasangan islam di Malaysia antara 1-10,masalah penceraian yang berlaku di Malaysia berada pada tahap yang ke-7.Kebanyakan pasangan yang bercerai ialah mereka yang telah memperjuangkan cinta mereka selama bertahun-tahun.Ada yang tujuh tahun dan sebagainya.Tapi,yang menjadi persoalan,mengapakah hal ini bisa terjadi?Sedangkan mereka boleh 'bercouple ' bertahun-tahun lamanya,tapi bila dh berkahwin,senang2 je nak bercerai.MashaAllah...


Sahabat2 yang kusayangi fillah,mari kita sama-sama muhasabah diri kita.Kita singkap satu persatu..


S-Apa itu cinta?
J-Cinta itu perasaan..
S-Cinta memerlukan ape?
J-Cinta memerlukan pengorbanan
S-Bagaimana perasaan cinta itu bisa hadir dalam hidup kita?
J-Ianya hadir secara tiba-tiba.


Sahabat-sahabt yang kusayangi fillah,ya memang benar cinta itu perasaan.Benar juga jawapan yang telah diberikan iaitu cinta memerlukan pengorbanan.Tetapi cinta itu tidak hadir secara tiba-tiba.Ianya adalah anugerah Allah SWT.


Cinta itu adalah fitrah dan sifatnya sangat suci nan bersih.Namun,ianya mnjadi kotor akibat sikap 'pemilik cinta' itu sendiri.Cinta itu turut menuntut sebuah pengorbanan dari segi harta,masa,tenaga dan lain2.Namun sahabat2ku,pengorbanan itu bukanlah untuk si dia yang kita cintai,tetapi adalah untuk 'Sang Penganugerah' perasaan cinta itu.Siapa ye?Sudah tentu Allah SWT.


Secara simboliknya,ada orang bagi sebuah kotak yang berbalut indah sebagai hadiah dan kita tidak tahu apa isi di dalamnya.Mungkin,isinya mahal dan mungkin juga hanya RM2..Persoalannya,siapakah yang paling kita sayang?Pemberi hadiah itu ataupun hadiah tersebut?Ramai yang menjawab kedua-duanya kite sayang.Baiklah,kite kecilkan lagi skop.Yang mana paling kite sayang?Mana aci nak sayang dua2..Pilih yang mana satu.Maka kita pasti akan menjawab pemberi hadiah tersbut.Mungkin kite menjawabnya dengan ikhlas dan mungkin juga secara terpaksa untuk menjaga hati si pemberi hadiah.


Sahabt-sahabatku,inilah simboliknya dengan cinta.Dah nampak?Kita relatekan dengan perasaan cinta.Baiklah,siapa yang menganugerahkan perasaan cinta?Allah kan..Jadi,yang memberi hadiah itu adalah Allah SWT.Hadiah yang diberikan itu ialah seorang hamba yang mempunyai perasaan untuk mengasihi dan dikasihi.Soalnya sekarang,siapakah yang patut kita cintai@kita sayangi lebih dari segala2nya?Hadia atau pemberi hadiah?


Sahabat-sahabatku,jelas kat sini,Allah lah yang patut kita cintai lebih dari segala-galanya.Kerana,Allah jualah yang mencampakkan perasaan itu kedalam jiwa hambanya.Kerana cinta Allah adalah yang paling hakiki dan abadi.Mencintai manusia itu tidak salah bahkan dituntut dan ianya adalah fitrah yang pasti Allah akan mencampakkan perasaan itu apabila kita semakin remaja.Kata orang,perubahan hormone:)


Namun,bagaimana kita mengendalikan perasaan cinta itu.Adakah secara bersyariat?Atau melanggar syariat?Atau "syibbu syariat"?Jawablah persoalan itu mngikut fatwa hatimu..sahabat-sahabatku.


Solusinya,cintailah si dia secara diam dan berpada-pada.Tak perlulah nak memuja si dia berlebihan.Apabila kita sedang diuji dengan perasaan cinta ini,maka kembalilah kepada 'Sang Pemilik' perasaan tersebut iaitu Allah SWT.


Jelas jugalah disini bahawa,kebanyakn punca keruntuhan institusi rumah tangga itu adalah berpunca dari 'couple'.Ya,tidak salah untuk mengenali pasangan kita tapi cukup ketika meminang dan melalui keluarga si dia.Jika kita terlalu asyik bercouple,asyik SMS siang malam,asyik keluar date,dah banyak kongsi cerita peribadi,suka dan duka,dah panggil 'sayang','abang','bi',apa lagi yang kita nak buat selepas kahwin nanti?Hanya untuk merembeskan kepuasan nafsu?Astaghfirullah..


Sahabat-sahabatku,jika kite terlalu awal 'menghalalkan' hubungan tanpa sebarang ijab kabul,pasti nilai2 kemanisan dalam percintaan itu tidak lagi dirasai.Value nya akan hilang..lepas kahwin nanti,panggil 'sayang' pun dh tak indah.Ialah,dah over masa couple dulu.


Tepuk dada tanya iman.Adakah kita kahwin untuk sehari@dua hari je?Kalau kita menikahi si dia untuk seumur hidup kita,hentikanlah dulu SMS si dia,panggil 'baby' dan lain2.Lakukan itu semua selepas kita mempunyai hubungan yang halal untuk si dia.baru ianya akan indah!yang paling penting berkekalan!Sudah pasti yang halal itu sangat diredhai Allah SWT dan diberkatiNya serta bersifat kekal abadi.Tetapi,yang tidak halal itu pasti dimurkai Allah dan bersifat sementara sahaja.Percaya dan yakinlah,'bercouple' selepas kahwin itu lebih nikmat dan indah..


Mari sama-sama kita buat anjakan paradigma.Kalau dulu asyik menanti panggilan si dia,kini kita nantikan panggilan Agong.Kalau dulu cerewet memilih pakaian untuk tampil indah depan si dia,kini kite perindahkan diri kita buat Pencipta.


Sahabat-sahabat,institusi rumah tangga akan selamat dan jamin kekal bahagia hingga akhir hayat selagi kite sentiasa mngikut sunnah dan syariat dari mula hinggalah ke alam perkahwinan.


"Tinggalkan yang haram,pasti kita mendapat yang halal"
"Tinggalkan kemaksiatan,pasti kita memperoleh keindahan"


Moga sentiasa terpagar di dalam syariaatNya
"Hati -hati jaga hati"


~Semoga ianya bermanfaat dan merupakan perkongsian yang indah~
Maaf atas kekurangan:)


^Salam Ukhuwwah Sekencang Dakwah^








Ya,memang mawar buka sekuntum.Boleh dipetik bila-bila aje.Namun,untuk memilik sekuntum 'mawar berduri' itu perlukan mujahadah..(^_-)

"Warga" Neraka!

                                                                             
      Tafsir Surah Al-Layl
      (Ayat 12-16)

12. Sesungguhnya memberi petunjuk itu memang merupakan tugas dan tanggungjawab Kami
13. Dan sesungguhnya Kamilah yang menguasai dunia dan akhirat
14. Maka Aku telah memberi peringatan kepada kamu tentang api neraka yang menyala-nyala
15. Yang tidak akan masuk kedalamnya melainkan orang yang paling celaka
16. (Iaitu orang) yang mendustakan (kebenaran) dan berpaling daripada iman


~Allah SWT menjelaskan dalam ayat sebelumnya mengenai dua karakter manusia yang berbeza bagi      menggambarkan dua nasib manusia iaitu :


                1.Orang yang bahagia iatu orang yang membelanjakan harta 'fi sabilillah'
                2.Nasib 'Si Celaka' yang diterangkan sebagai seorang individu yang bakhil


~Natijahnya,golongan yang pertama,Allah SWT akan memudahkannya untuk melakukan apa jua kebaikan yang membawa kepada kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.
~Golongan kedua turut dimudahkan oleh Allah tetapi kearah perkara2 keburukan seperti jauh dari hidayah Allah,keras hati dan sebagainya (semua sifat mazmumah/negatif)


Segala urusan adalah hak Allah :


~Ayat 12-13 dalam surah ini menerangkan bahawa segala urusan adalah di bawah pentadbiran Allah SWT secara mutlak.Dia jualah yang memberi petunjuk kepada manusia,bahkan segala urusan dunia dan akhirat di bawah ketentuanNya.
~Menurut tafsiran Qatadah pada ayat ke-12 ini,ia beerti halal dan haram,ketaatan dan maksiat,semuanya di bawah ketentuan Allah
~Sheikh Sayyid Tantawi menjelaskan peranan Allah memberi petunjuk adalah melalui Rasul yang telah diutuskan.Rasul telah diutuskan untuk mengajak manusia beriman kepada Allah.Ancaman azab dari Allah bagi golongan yang ingkar tidak lekang dari lidah mereka.Tinggal pilihan yang berada di tangan mereka sahaja.
~Kesudahannya,semua makhluk akan dihitung oleh Allah SWT dan bakal mendapat bahagian masing2 kerana segala urusan di dunia dan akhirat di bawah naungan Allah SWT seperti yang dijelaskan dalam ayat yang ke-13.


Amaran tentang azab neraka :


~Setelah mengkhabarkan tenteng kekuasaanNya Yang Maha Hebat,Allah Taala memeberi amaran kepada manusia tentang azab api neraka yang menyala-nyala.Imam Jalaludin Al-Mahalli mentafsirkan amaran ini secara khusus ditujukan kepada penduduk Mekah yang berada pada zaman Nabi SAW
~Dalam Tafsir Al-Musyassar pula menjelaskan neraka yang dimaksudkan ini ialah neraka jahannam yang mana penghuninya terdiri daripada orang kafir yang amat terseksa di dalamnya.
~Dalam ayat ke-15 pula Allah SWT menggunakan perkataan 'solaa' yang ditafsirkan oleh kebanyakan mufassirin yang bermaksud "masuk kedalam neraka dan menderita akibat bakarannya"
~Menurut al-Kalbi pula ialah sifat neraka yang ditafsirkan dalam ayat iaitu 'tallazha' ditafsirkan sebagai 'tataghoyyazha' yang memberikan maksud "menjadi sangat marah".Gambaran ini menunjukkan seolah-olah puncak kedahsyatan neraka itu ialah apabila menzahirkan kemarahannya.Hal ini juga turut dijelaskan oleh Allah SWT di dalam Surah Al-Mulk ayat yang ke-8.


Golongan yang celaka :


~Imam As-Suyuti turut meriwayatkan sebuah hadis dalam tafsirnya mengenai ciri-ciri golongan yang celaka yang disebut dalam ayat 15 ini.
~Diriwayat oleh Abu Umamah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
                   
                        "Tidak akan masuk ke dalam neraka melainkan golongan yang celaka."
                          Sahabat bertanya,"Siapakah golongan yang celaka itu wahai Rasulullah?"
                          Rasulullah SAW bersabda,"Sesungguhnya golongan yang celaka itu ialah
                          golongan yang tidak melakukan ketaatan kepada Allah SWT dan tidak pula
                          meninggalkan kemaksiatan kepada Allah SWT." (Riwayat Ahmad)


~Imam al-Syawkani meriwayatkan bahawa balasan neraka turut dikenakan kepada mereka yang derhaka kepada Allah dengan perbuatan maksiat namun jenis seksaan yang diterima tidak sedahsyat golongan yang disebutkan di dalam ayat ini.
~Maka jelas juga di sini bahawa neraka ini mempunyai beberapa tingkatan.Ada yang dikhususkan untuk orang kafir,munafiqin dan golongan2 lain mengikut kesalahan masing2.


Abu Jahal yang sombong :


~Anu Hayyan Al-Andalusi menyebutkan satu pendapat bahawa peribadi buruk yang diceriitakan dalam surah ini ialah Abu Jahal atau Umayyah Bin Khalaf.Mereka terkenal dengan sikap 'pengahalang' dalam kegiatan dakwah Rasulullah.
~Mereka inilah sebagai pendusta ayat-ayat Allah dan natijahnya mereka dijanjikan oleh Allah SWT dengan balasan api neraka jahannam sebagai tempat tinggal mereka yang abadi seperti yang telah disebutkan dalam ayat yang ke-15 dan 16.
~Itulah kesudahan tempat tinggal golongan yang mendustakan kebenaran Nabi Muhamad SAW.


-Semoga kita dijauhkan dari neraka jahannam-                                                  
 ^Salam Ukhuwwah Sekencang Dakwah^                                                                              
  (^_-)

Wednesday 28 December 2011

Hadis Qudsi~Penghuni Syurga:)

Daripada Abu Hurairah RA,pada suatu hari Rasulullah SAW berbicara dan di sisi Baginda ada seorang Arab Badwi.Baginda bersabda : "Seseorang daripada ahli syurga meminta izin kepada Tuhannya untuk bercucuk tanam.Maka Allah bertanya : 'Bukankah engkau memperoleh apa yang engkau inginkan?' Baginda menjawab : 'Benar tetapi aku ingin bercucuk tanam'.Dia segera menabur benih,lalu tumbuhlah ia dengan tegak,lurus,lebat dan besarnya seperti gunung.Lalu Allah berfirman : 'Ambillah ia untukmu wahai anak Adam,sesungguhnya tidak ada sesuatu pun yang mengenyangkanmu.


Orang Badwi itu berkata :
"Wahai Rasulullah,engkau tidak menjumpai hal ini kecuali pada orang Quraisy dan Ansar kerana merekalah petani.Sedangkan kami bukan orang yang bercucuk tanam".


Mendengar hal itu Rasulullah pun tertawa.
(Riwayat Al-Bukhari)

SMKA TAHAP tetap utuh di sanubariku!!

SMKA TAHAP~Bumi Tarbiyyah..
Bumi inilah yang mengenalkan aku erti sebuah kehidupan.Tahun 2007 aku menjejakkan kaki ke bumi tarbiyyah ini.Saat itu aku bergelar 'pelajar Tahap'.Aku mula belajar di 1 Ibnu Rushdy.Aku ingat lagi,nama guru kelas aku Cik Mazilah Mokhtar.Bumi tarbiyyah inilah yang mengenalkan aku tentang ikhtilat,aurat dan lebih mengenali agama.Ya Allah,betapa indahnya bumi tarbiyyah ini tidak dapat kugambarkan.Kalau dulu,aku tak kisah mak aku tak pakai sarung kaki.Kini bila aku jd budak tahap,aku ambik kesah tentang tu.Kalau dulu aku boleh bercampur dengan perempuan sesuka hati aku jek.Kini aku bukan lagi seperti itu.Ia mengajar aku pelbagai perkara.Ya, mungkin ade sekolah agama yang lebih hebat dari segi akademiknya.Namun,Tahap tetap hebat dengan tarbiyahnya.Alangkah ruginya bagi mereka yang keluar dari Tahap.Memang kalau dulu,rasenya aku pun nk keluar dari Tahap.Ialah,zaman2 f1 dulu kan bnyk pnyakit 'homesick'.Akulah kaki outing kat Tahap dulu.Asyik balik jek.Tapi ble dh bergelar xTahap,baru tersedar,betapa indahnya bumi SMKA TAHAP.Penuh dengan tarbiyyah islami.Pelbagai kenangan indah terpahat di sanubari antara aku dan bumi tarbiyyah ini.Juga ahli2 yang ditarbiyah.Kini,ramai bekas penghuni tarbiyyah ini bertebaran di muka bumi Allah ini.Menyebarkan tarbiyyah yang terdidik di jiwa di seluruh pelusuk alam.Antara guru yang sangat kukagumi dan kusayangi di bumi tarbiyyah ini ialah Cikgu Noraini dan Ust Hairul.Cikgu Noraini ajar aku add math dan ust pula ajar aku BA.Tapi ust lbh bnyk mngajar aku di surau.InsyaAllah.nnti akan ku kongsikan segala ilmu yang ust curahkan dalam blog ni..
~Salam Ukhuwwah Sekencang Dakwah~

5 Ibnu Rushdy akan sentiasa dihatiku :)

Ini adalah sahabat-sahabat 5 Ibnu Rushdy.Perdana Menteri nye ialah Afiq Kamaruzaman atau lebih familiar dengan gelaran 'Itik'..Timbalan Perdana Menteri kelas ni Aida Fatonah.Menteri Kewangan kelas ni Faizah dan Abang Syahiirul atau lebih familiar dengan Abang Shimbei..Jangan lupe.Permaisuri Agong kelas ni Teacher Zuhara.Ni gambar masa hari graduasi.InsyaAllah,masing2 akan pakai lagi baju graduasi yang real satu hari nanti.Ameen!!Selamat Berjuang!!Ukhuwwah Fillah Abadan Abada!!

My Beloved Family

Inilah keluargaku yang tercinta.Aku hanya ada dua orang adik beradik.Aku anak yang sulong.Adik aku baru darjah dua nak masuk darjah 3.Ni ayah aku.berkhidmat sebagai 'Polis Diraja Malaysia'.Mak aku pulak berkerja sebagai pembantu makmal di SMJ.Hebatnya anugerah Allah kepadaku :)

Di atas rantaian ukhuwwah (^_^)

MashaAllah!Inilah sahabat2ku yang amat kurindui..Inilah juga bakal2 pejuang agama Allah..yang akan bertebaran di muka bumi Allah selepas result SPM..Sahabat-sahabatku,ingati daku dalam doamu.Walaupun antum semua jauh dari pandangan mataku,akan kuiringi langkah antum semua dengan doa tulus ku.Selamat berjuang duhai sahabat-sahabatku.Subhanallah,indahnya hidup dapat berkenalan dengan antum semua.Tidak dapat diungkapkan dengan kata2.(^_^)

Kenali seorang hamba....

Assalamualaikum :)
Nama diberi oleh ibu dan ayah yang tercinta,Muhammad Amir Aizat Bin Abu Bakar.Dilahirkan pada tanggal 11 Mei 1994 di Hospital Jerantut.Mula bersekolah di Tadika Islam.Kemudian,sambung Tahun 1 di Sekolah Kebangsaan Bandar Jerantut hingga Tahun 2.Kemudian,berpindah ke Sekolah Kebangsaan Jerantut Jaya sehingga tamat UPSR.Alhamdulillah,diizinkan oleh Allah untuk mendapat 5A dalam UPSR.Berkat doa ibubapa serta guru-guru.Kemudian,dipilih Allah untuk melanjutkan pelajaran di Tingkatan 1 di bumi tarbiyyah SMKA TAHAP pada tahun 2007.(^_^) MashaAllah,indahnya SMKA TAHAP tidak dapat digambarkan.Ya,mungkin bangunannya tidaklah begitu indah,tetapi tarbiyyah yang berada di dalamnya sangat2lah indah.Alhamdulillah,diizinkan Allah untuk berada di TAHAP hinggalah tamat SPM 2011..Kini,akan ku sematkan kenangan terindahku bersama sahabat2 batch 07-11 di dalam sanubariku..Rindu kamu semua sahabat2ku.Luv U All Fillah!! :-)