Friday 13 April 2012

Episod Penyucian Jiwa

MashaAllah..Rasa rindu pada blog sendiri.Dah lama rasanya tak creat new entry.Hehe.Biasalah,dianugerahkan nikmat kesibukan.Huhu.Kalah PM tau.Hr ni bukanlah niat di hati ni nak sambung entry yang lalu.Yang tu nanti2lah sambung.Tp hari ni nak creat satu pengalaman terindah yang akan kusemat di sanubari.Cuba teka ye melalui gambar di bawah :)


~Di luar dataran Haram ketika ziarah raudhah~

Alhamdulillah,pd 6Mac 2012 aku rasakan akulah insan yang paling bertuah di muka bumi ini.Aku rasakan Allah sangat menyayangi aku.Aku dijemput untuk menjadi tetamuNya bersama mak,ayah,adik,makmuk,pakyong,makyong,yama,anis dan azrul.Hanya Allah yang tahu betapa rindunya aku pada bumi bertuah ni.

~Posing di depan Haram ^_^

Saat yang tidak akan aku lupakan apabila masa solat subuh.Pagi tu solat subuh di Haram (Masjid Nabawi) diimamkan oleh Sheikh Salah Al-Budair.Masa rakaat pertama Sheikh Salah baca satu ayat yang aku sendiri tak pasti dari surah mana(almaklumlah,belum hafiz lg),sheikh terpasksa ulang ayat tu berkali2 seolah2 tak mampu membacanya.Dan waktu tu sheikh menangis teresak2 macam bayi.Subhanallah.Walaupun ketika tu aku mungkin kurang paham maksud ayat tersebut,tp aku turut menangis seolah2 aku paham.Subhanallah.Itulah saat yang terindah.Dan masa solat Jumaat,Sheikh Salah jugak yang jadi khatib.hari tu khutbah membicarakan soal kezaliman.Dan Sheikh Salah menangis teresak2 jugak.Subhanallah betapa lembutnya hati beliau.


~Sheikh Salah Al-Budair,Imam Masjid Nabawi~
Seorang yang mudah sayu ketika mengimamkan solat

Dan satu lagi kenangan yang tidak dapat kulupakan ialah apabila doaku dimakbulkan dengan segera.Ketika solat Jumaat di Nabawi,aku berada di saf kedua dari Imam.Aku berdoa dalam sujud akhirku.'Ya Allah,izinkan aku untuk bersalam dengan Sheikh Ali Huzaify.Dengan izin dan kebesaran Allah,Sheikh Ali Huzaify lalu di hadapanku.Lantas aku bangun bersalam dengan sheikh dan memeluk sheikh.Subhanallah.Betapa Allah dekat dengan kite dan betapa Allah sentiasa mendengar permintaan kita.


~Sheikh Ali Abdurrahman Huzaify~ 
Kata guruku,Ust Rodzi,Sheikh Huzaify adalah imam yang terbaik bacaan tajwidnya di dunia

Malam kedua di Madinah,aku sempat bertemu janji dengan kenalanku untuk bertemu di dataran Haram.Beliau merupakan student Univ.Islam Madinah.From Sarawak.Depan tandas No10 di deapa haram lah tempat kami bersua muka..Hehe.Nice to meet you Akh Zubair.Seronok jumpa enta:)

Setelah tiga hari di Madinah,aku berangkat ke Kota Mekah.Entah kenapa,walaupun aku gembira untuk ke Mekah,namun jauh di sudut hatiku,aku rasa bagaikan kehilangan sesuatu.Aku rasakan bagai ade yang tertinggal.Aku menangis dalam bas.Dan tika itu,aku berazam dengan bersungguh2 untuk menyambung pelajaran ku di bumi kecintaanku ini,bumi Rasulullah SAW.Betapa rindunya aku pada Rasulullah SAW.Moga Allah memakbulkan doaku.Ameen!