Tuesday 9 October 2012

Secebis cinta..





Disebutkan dalam satu kisah,ada seorang hamba Allah bertemu Nabi Musa AS.Lelaki tersebut meminta Nabi Musa untuk berdoa pada Allah SWT agar diberikan padaNya rasa cinta pada Yang Esa.

Nabi Musa berkata padanya,"Nescaya engkau tidak akan mampu menanggung rasa cinta pada Allah."

Lelaki itu berkata,"Wahai Musa,engkau doalah agar aku dapat merasai cinta padaNya walau sebesar zarah sekiranya aku tidak mampu menanggung dengan sepenuh hatiku.Tolonglah wahai Musa."

Atas desakan dan pujukan lelaki tersebut,Nabi Musa pun berdoa pada Allah agar diberikan cinta dalam hati lelaki itu pada Allah..

Setelah beberapa hari,Nabi Musa tidak bertemu lagi dengan lelaki tersebut.Nabi Musa bertanya pada orang kampung dimanakah lelaki tersebut berada.Orang kampung mengatakan bahawa lelaki itu berada diatas sebuah gunung yang tinggi.

Nabi Musa pergi mencari lelaki tersebut.Kelihatan lelaki itu sedang mendongak kelangit sambil berzikir memuji Allah.Lelaki itu sedikit pun tidak menghiraukan panggilan Nabi Musa.Wallahua'lam.


"Dimanakah Dia di hati kita?"

^Maaf andai ada kesilapan dari kisah ini.Saya sedia menerima sebarang teguran dan membetulkan kembali post ini^

Kini aku seorang jenazah .. :-(


"Setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian"




Kini,aku hanya sekujur tubuh,yang tidak mampu bergerak,tidak mampu melakukan apa-apa lagi..
Dahulunya ketika aku menghuni dunia,aku seorang yang angkuh.Aku lupa pada perintah dan laranganNya.Namun kini,aku terbujur kaku,tanpa sebarang gerakan.

Kini,aku hanya sekujur tubuh,yang tidak mampu lagi untuk berkata-kata walau sepatah..
Dahulunya ketika aku menghuni dunia,aku seorang pengadu domba,aku menabur fitnah,aku sering menghamburkan kata-kata nista,aku sentiasa memperolokkan manusia lain.Aku lupa akan dosa terhadap perbuatan ku itu.Namun,kini aku menyesal.Penyesalan tidak membawa sebarang erti lagi.

Kini,aku hanya sekujur tubuh,yang terbaring kaku..
Dahulunya ketika hidupku,aku sering tertipu dengan kenikmatan dunia yang sementara.Aku lupa pada kewajipan ku sebagai seorang hamba pada Yang Esa.Aku meninggalkan perintahNya,aku suka pada laranganNya..Kini tiba masanya untuk aku mendapat habuan atas pilihan ku di dunia dahulu.

Kini,aku hanya sekujur tubuh,yang dibaluti kain putih,dengan ikatan yang kemas,tanpa ada perhiasan sedikit pun.Hanya berbekalkan beberapa potongan kain.Dahulunya ketika di dunia,aku taajub dengan pakaianku sendiri.Aku lah terhebat!Aku lah tercantik!Namun kini,aku telah meninggalkan kesemuanya,yang hanya kubawa adalah amalku sendiri yang belum tentu menjadi pembelaku :(

Kini,aku hanya sekujur tubuh,yang tidak mampu meminta sebarang pertolongan,yang tidak mampu menyapa sesiapa lagi.Aku tidak mampu lagi untuk menyebut,"Ibu,ayah..maafkan anakmu.Ibu,ayah,redhailah anakmu.Ibu,ayah,halalkan segalanya yang kau telah berikan..:( "

Kini,aku hanya sekujur tubuh,yang diusung ke sebuah rumah yang gelap,sunyi,tanpa sebarang kemudahan.Aku takut!Aku takut!Aku akan bersendirian,menghadapi detik-detik dalam hidupku pada fasa yang kedua,menuju kehidupan akhirat yang kekal abadi.Mungkihkan kebahagiaan yang bakal kukecapi?Mungkihkan kesengsaraan?Hanya dengan amalku yang sedikit?Layakkah aku?Dengan pilihan untuk 'berseronok' yang telah kupilih tika di dunia dahulu?

~Kepada sesiapa yang mengenali diri yang hina ini,maafkan setiap salah dan silapku sepanjang ikatan persaudaraan antara kita terjalin.Mungkin ini coretan terakhirku,mungkin juga tidak.Doakannlah agar diri ini berjaya mengahadpi alam yang seterusnya.Buat ibu,ayah, dan keluargaku yang terdekat,ampunilah daku dan redhailah aku.Semoga kita mampu berkumpul sekali lagi di dalam satu alam yang lebih indah dan kekal abadi.Andai aku pergi dahulu sebelum kalian,yang kuharapkan agar aku sentiasa diingati dalam doa kalian.Ku sentiasa berharap,aku mampu untuk memberi syafaat pada ibu,bapa,atok,nenek dan seluruh keluargaku.Termasuk guru-guruku.Aku juga berharap,aku bisa memakaikan mahkota terindah buat kedua ibu bapaku :(

^Coretan tercetus dalam kedinginan subuh di Bumi Kinanah^

Sunday 7 October 2012

Indahnya hidup berpaksikan iman :)



هْبِطُواْ مِصْراً فَإِنَّ لَكُم مَّا سَأَلْتُمْ


"Pergilah engkau ke suatu kota,nescaya 

kau peroleh apa yang kau minta"




"Mesir...

Sebuah kota yang bersejarah..

Yang pernah dihuni oleh para anbiya'..

Mempunyai keunikan tersendiri..

Merupakan gedung ilmu..

Bagi insan yang mendambakan permata ilmu.."


Alhamdulillah..Seusia 18tahun,Allah memberi peluang pada diriku yang kerdil ini,untuk menjejakkan kaki ke Bumi Kinanah.Demi meneruskan kembara suci sebagai seorang 'salik' dalam mencari dan mendamba cintaNya..

Indahnya hidup seseorang apabila setiap perkara yang dilakukan berpaksikan iman.

Kehebatan seseorang bukan dinilai pada dimana tempat dia menuntut,tapi sejauh mana dia memilih jalan yang diredhai Allah :)

Dimana dia berada,suasana yang dihadapi bukanlah menjadi persoalan.Tapi bagaimana kita mengaplikasi suasana atau biah yang baru,yang mungkin berbeza dengan biah yang kita perolehi sebelum ini kepada satu suasana yang indah menepati syariat Allah.

"Ya Allah,aku tak tau bagaimana nak hadapi suasana kat universiti..Sosial sangat.Macamana ni?" Luah seorang teman

"Entahla..takut la.Rasa lain sangat kat universiti ni.Dengan perempuannya.Allah,takut!" Luah seorang lagi teman.

Bermacam-macam luahan yang aku dengar.Hanya menghadiahkan senyuman dan sedikit perkongsian.

Satu perumpamaan yang mudah.Dalam setandan pisang,tidak semua buahnya elok.Pasti ada yang rosak dan tak elok.Kita sebagai manusia yang dikurniakan akal dan fikiran pasti mampu memilih pisang yang elok untuk dimakan.Takkan nak pilih yang buruk betul tak?

Begitulah kehidupan kita.Kemana sahaja kita melangkah,maahad tahfiz ke,Mesir ke,sekolah harian biasa ke,sekolah integrasi ke,pasti ada pelbagai kerenah manusia,pasti akan kita temui baik dan buruk.

So,we are the decider!Make a right choice :)

Pilih lah yang baik atau yang buruk.Buatlah pilihan berlandaskan iman.Pasti semuanya bakal bahagia.

Ada insan,biah yang diperolehi cukup mantap.Dengan suasana islami yang sangat membahagiakan,namun,dia gagal membuat pilihan yang tepat.Jadi,dia bukanlah insan yang bertuah.

Ada insan yang lain pula,kehidupannya dipenuhi dengan bermacam-macam gaya,dengan sosial dan kebebasan yang diperolehi,namun,pilihan yang dibuat berpaksikan keimanan pada Allah,jadi,insan ini lebih bertuah.

Soal suasana yang sosial bukanlah menjadi masalah.Tapi,soal siapa kita dan dimana tahap iman kita dengan suasana yang dihadapi.

And the most important,sebarkanlah suntikan dakwah kepada setiap orang disekeliling kita dengan jarum kasih sayang dan penuh kelembutan serta kecintaan.

Sebelum akhir,ingat satu perkara.

"Orang yang baik pada permulaan hidup,belum tentu akhirnya turut memperoleh kebaikan.Dan orang yang jahat pada permulaannya belum tentu mengakhiri sebuah kehidupannya dengan kejahatan jua." (^_^)

Jom sebarkan bahagia!!

^Salam ukhuwwah sekencang dakwah^


Thursday 4 October 2012

Orang makan sepinggan nasi,kita makan lebih :)





Dalam satu program tarbiyah,seorang lelaki menyapa saya :

"Assalamualaikum.Abang,maaf ganggu.Saya ada perkara nak tanya abang.Boleh?" Tanya seorang lelaki

"Waalaikumussalam.Boleh silakan.Abang cuba jawab dengan sekelumit ilmu yang ada.Kalau tidak,kita sama-sama merujuk yang lebih pakar :)" Jawab ku tersenyum

"Abang,macam mana nak kenal Allah?" Tanya lelaki tersebut

Subhanallah.Terkejut bercampur kagum dengan soalan yang diajukan.Jarang ditanya soalan sebegini.

Sambil tersenyum aku menjawab :

"Adik,perumpamaan mudah abang bagi,kalau orang lain MAKAN SEPINGGAN NASI,KITA MAKAN DUA ATAU TIGA PINGGAN.Kalau orang lain ambil lauk sesuka hati,adik ambik lauk yang berkhasiat."

"Ibaratnya adik,kalau orang lain buat amalan fardhu je,adik kena buat amalan sunat.Kalau orang lain ternganga depan fb je,adik kenalah khusyuk membaca buku ilmiah.Kalau orang lain asyik menonton televisyen,adik hiburkan hati adik dengan mendengar tazkirah dan kuliah.Kalau orang lain sibuk bergelak ketawa,adik hiasi jiwa dengan sentiasa zikrullah.."

"Ada seorang sheikh cakap dalam kelas,nak cinta Allah bukan di bibir."

Rasulullah Saw bersabda,"Tiga perkara yang mana jika ada pada diri kita,nescaya mendapat kemanisan iman.Yang pertama,mencintai Allah dan Rasul lebih dari semua perkara,kedua,mencintai seseorang kerana Allah semata-mata,dan yang ketiga,benci untuk kembali kufur sepertimana benci untuk masuk kedalam neraka." 

"Seterusnya dik,carilah sahabat yang membawa kita padaNya.Dan,cintai ilmu dan tuntutlah ilmu hingga akhir hayat.Selain tu dik,benci kepada segala yang dibenci Allah dan Rasul dan cinta pada perkara yang dicintai Allah dan Rasul.Insyaallah khaer dik.Selamat mencuba!"

Jawapan lelaki tadi :

"Oh,macam tu.Abang,terima kasih banyak-banyak ye.Nanti kalau saya ada soalan lagi,saya tanya abang ye."

"Insyaallah dik,sama-sama kita share kerana Allah.Kullu min fadhli Rabbi :)" Jawab ku ringkas..




"YA ALLAH,BUKALAH PINTU MAKRIFAT UNTUK AKU MENGENALMU.YA ALLAH,KAU TUNJUKKANLAH CAHAYA MU AGAR AKU MUDAH UNTUK MENDEKATIMU"

Tuesday 2 October 2012

Apabila jalinan ukhuwwah diuji..



Allah..
Ianya merupakan satu pertemuan yang indah..Semuanya diatur oleh Allah SWT..Ikatan di jalin dengan tali 'Lailahaillallah'..Semuanya menjadi indah..dek persaudaraan di atas satu kalimah yang suci kerana Allah..

Berada di Mesir hampir seminggu.Menyewa sebuah rumah di Hayyu Sabie' (Seksyen7) Kaherah.Dalam rumah ada 10 orang ahlul bait..Seronok selama seminggu bersama.Mula mengenali antara satu sama lain.Mencari kebaikan dan mengetepikan setiap keburukan.Kerana ikatan dijalin kerana Allah semata.

Dalam masa seminggu,bersama-sama membeli kelengkapan rumah.Bersama-sama menaiki tremco dan bas ke kuliah.Bersama-sama berjemaah di masjid,bersama-sama membaca mathurat..Semuanya dilakukan secara berjemaah demi menjaga ikatan suci yang dipanggil 'ukhuwwah'.

Semalam,rumah kami diziarahi oleh sahabat2 sekuliah seramai 6 orang dari tingkat satu.Naim (ahli rumah) menyediakan menu nasi goreng dan keropok untuk hidangan tetamu.Kami makan bersama dan memulakan sessi taaruf antara satu sama lain.Selesai taaruf,salah seorang dari tetamu yang datang melafazkan satu ikatan perjanjian "Alhamdulillah.Kita dah selesai mengenali antara satu sama lain.Boleh bagi tunjuk ajar antara satu sama lain.Jadi,ingatlah!Walau apa yang terjadi (diulang dua kali).ikatan ukhuwwah kita tidak akan putus.Walau ape terjadi,kita akan harungi bersama." (Lebih kurang la ayat dia)

"Ameen!"

"Insyaallah."

Masing-masing menghadiahkan senyuman..

Tiba-tiba..

"Tok..Tok..Tok.."(Pintu rumah kami diketuk)

Muncul seorang lelaki arab yang tak dikenali.Dengan wajah yang bengis seola-olah ingin marah.kami ingatkan jiran datang kerana marahkan kami mungkin suara kami gelak ketawa menganggu ketenangan mereka.Namun salah tanggapan itu.Yang datang itu adalah tuan rumah yang kami sewa.

Pertanyaan si arab:

"Kalian duduk berapa orang dalam rumah ni?"

"Sepuluh orang."Jawab kami ringkas

"Kamu tido diimana?"

"Dalam bilik dan ada yang tido di ruang tamu."

"Siapa yang hantar kamu disini mula-mula kalian sampai Kaherah?"

"AQM."

"Rumah ni hanya untuk enam orang.Bagi saya nombor orang yang menguruskan kalian sekarang."

Allah..
Nada marah si arab tadi.Terkajut kami dengan kehhadirannya.Ya,memang kami tinggal 10 orang kerana rumah ini besar.

Hati ku dihambat kerisauan.Rasa sedh mula bertandang.Baru sebentar tadi menjalinkan satu hubungan persaudaraan kerana Allah,baru seminggu kami mula mengenali ahlul bait,dah seminggu kami bersama-sama berkongsi dan berpakat untuk melakukan setiap perkara,dah seminggu kami bergurau dan bergelak ketawa..

Allah sahaja yang tau perasaan ini.Mustahil antara kami (4 0rang) perlu keluar dari rumah ini.

Ya Allah!Jangan biarkan ia berlaku!Aku tidak rela.Kerana aku akan merasakan satu kehilangan yang besar..Aku redha andai kena cari rumah sewa lain,tapi aku bagaikan tidak redha kehilangan dan berpisah dengan kalian.Ya,aku tidak rela untuk itu!

Menitis sebentar air mataku mengenangkan apakah yang akan berlaku.

KehadratMu ya Ilahi,ku bermohon dengan kekuasaanMu dan keagunganMu,jangan kau pisahkan kami.Kami rela terpaksa mencari rumah sewa lain,asal kami bersama mengahrungi setiap dugaan dan cabaran di Mesir.Allah..Kau yang menyatukan hati kami,Kau yyang menghubungkan tali ikatan yang indah ini,Kau juga yang menjagaNya..Ameen..

Memang sangat-sangat terasa.Namun,ini ujian pertama di Bumi Kinanah.





MIM,SHAD,RHA  (مصر )

MIM- Musibah

SHAD- Sabar

RHA- Redha

Inilah disebalik kalimah Mesir..

Ya,ujian pertama barangkali.Ujian seterusnya menyusul.Apa yang terjadi sekalipun,Allah sentiasa bersama kami,Allah sentiasa melindungi kami.Kerana kami yakin,ikatan ini diredhaiNya.Walau apa jua mehnah dan ibtila' yang dihadapi,ikatan ini tetap dan terus terjalin.Hingga akhir hayat.Uhibbukum FILLAH!Love u all Lillahi azza wa jalla!

Ukhuwwah Fillah >Manul,Fatah,Aiman,Luqman,Azka,Naim,Idrus,Asyraf,Hadi,Amir Aizat

"Ukhuwwah dijalin kerana Ilahi." (^_^)


Betulkan Yang Biasa,Biasakan Yang Betul:)



Kerana lidah badan binasa,kerana lidah ramai ahli neraka :)


Ungkapan yang ringkas dan mempunyai makna yang tersirat..

"Betulkan yang biasa.......?"

Whats the meaning??

Emm,jom kita fokuskan kepada 'kebiasaan' percakapan kita yang perlu diperbetulkan :)

"Weh,bodoh,ko nak pergi mana?"

"Cepatlah bodoh!!Lambat giler!"

"Ko nak pergi sorang ke bodoh?"

"Aduh!!Babi punya batu!" (Tersampuk batu)

"Sial punya budak!Nanti ko!"

"Gampang betul driver ni!"

Cukup!Cukup sekadar ini contoh yang diberi.Selebihnya kita boleh muhasabah sendiri setiap ungkapan dan percakapan kita..adakah menepati apa yang diajarkan Rasulullah?

Kita terlalu marah apabila ada bangsa dan agama lain menghina Rasulullah,namun kita sendiri terlupa bahawa setiap perbuatan dan tingkah laku kita lebih meghina Rasulullah dan Islam secara halus!

Perhatikan setiap percakapan kita seharian..Apabila tersampuk,apabila teraniaya,apabila diejek dan apabila-apabila yang lain.Apa perkataan pertama dan ungkapan utama yang kita keluarkan?Adakah berbunyi 'astaghfirullah'...'subhanallah'..'lailahaillallah'

Sebenarnya terlalu banyak ungkapan yang memuji Allah,yang mengingatkan kita kepada baginda Rasulullah SAW untuk diungkap apabla kita ditimpa musibah atau kesukaran  atau ape jua masalah yang kita hadapi.

Dalam satu ayat al-quran,yang biasa khatib baca dalam khutbah yang mana intisari ayat tersebut menjelaskan berkata baiklah kamu kerana sesungguhnya perkataan yang baik itu 'yuslih lakum a'malakum' iaitu memperbaiki diri kita dan amal kita.Wallahua'lam.

Jadi,mari kita BETULKAN YANG BIASA,BIASAKAN YANG BETUL! (^_^)Ingin menjadi insan yang soleh dan dekat dengan Allah,islah la diri kita dengan kaedah menjaga lisan.Bagi orang yang mendekati Allah,perkara yang lagha atau menghampiri lagha dan merosakkan hati perlu diharamkan dari dirinya.

"Jagalah lidah,nescaya hati terpelihara."