Monday 27 February 2012

Istikharahku mebisikkan sesuatu....Part 3:)

Apakah pandangan Islam mengenai ru'yah(mimpi)?


Realiti 3 golongan:


1-Ada orang bergantung sepenuhnya kepada mimpi.Ia akan terdedah kepada sangkaan,mainan syaitan dan mainan perasaan.


2-Ada golongan yang menolak sepenuhnya mimpi.Ia menafikan sesuatu yang wujud,thabit (tetap) serta tidak patut diingkari secara umumnya.




3-Ada golongan yang menganggap mimpi sebagai bonus sokongan daripada Allah dengan apa yang sudah diyakini berdasarkan petunjuk Al-Quran dan Al-Sunnah.Pendapat ini lebih adil dan sederhana.


~wait for the next slot~

Sunday 19 February 2012

Debaran menanti....



Ya Allah,serius lah 22Mac result??Hurm..apasal lah lambat sangat nih..Aq xnk ambik result.Allah je yang tau betapa takut+cuak+gementar aku nk ambk result nnti.Allahu Rabbi.aku harap sangat sebenarnya result aku keluar masa aku tak ade.hurm..aku xnak ambik result..aku nak dengar dari mulut orang lain.Hu5.Pelik kan.He5..Kalau kompem 22Mac..kena redha le..harap2 bertukar tarikh 15Mac ke..hu5





~Harap2 result yang aku da parents aku tgk cemerlang dgn izin Allah..Ameen!~

Kuantan Medical Centre

Pada hari Sabtu,mak+ayah bawak aku ke Kuantan Medical Centre.Pagi2 lagi kitorang dh keluar dari rumah Yama.Yang tinggal kat rumah masa tuh Makmuk+Fadilah+Aida.Alaa nk ikut pun buat apa?Bukan nak pergi bersuka ria,tapi ade urusan.Mak+ayah aku bawak ke situ untuk cek lah ape yang aku alami selama ni.Sebab aku asyik sakit tak habis2.Selain dari gangguan jin adakah aku menghidap penyakit lain kan.


So,after city scan+x-tray,dalam jam 12 tgh hari tu dapatlah result.So,Doc yang cek aq hari tu Doc Sastri.Katanya,tidak ade masalah ape2.Semuanya normal.Otak dan dada pun normal.Alhamdulillah,syukur tak terhingga kuungkapkan sebab memang tak ade ape2 penyakit fizikal.Doc tu cuma cakap ade sedikit ketumbuhan dalam tulang pipi sebelah kanan.Tapi tak ada kena mengena dengan ape yang aku alami selama ni.Maksudnya tak ade kena mengena dengan sakit kepala,sakit dada,kerap pitam dan lain2.Maknanya ape yang aku alami selami ini memang gara-gara gangguan jin.Doc tu sarankan agar aku terus berjumpa pakar tulang untuk penjelasan yang lebih detail berkenaan ketumbuhan tu.Aku rase tak payah nak jumpa pun pakar.Buat mahal bill nak bayar jek.:)


Bukan ape,pakar tulang yang aku patut jumpa tu ayah kawan aku,Irfan nerd.Hu5.So,i have to contact Irfan.No need nk jumpa pakar.Hu5.Allah permudahkan segala urusan.


Alhamdulillah..semuanya dipermudahkan Allah :)



Thursday 16 February 2012

Istikharahku mebisikkan sesuatu....Part2





Galakan Istikharah :


Sangat tinggi galakan istikharah dalam islam sehingga ada ulamak yang menganggapnya adalah wajib.Namun ulamak salafussaleh (generasi awal yang dekat dengan Rasulullah) bersepakat mengatakan istikharah adalah sunnah bukan wajib.


Kata Jabir Bin Abdullah,"Rasulullah SAW mengajar kami istikharah dalam semua pekerjaan seperti baginda mengajar kami satu surah daripada Al-Quran,sabdanya,'Apabila seseorang kamu mempunyai rancangan untuk melakukan sesuatu hendaklah dia melakukan solat sunnah dua rakaat,kemudian bacalah doa ini...'(Hadis shahih dilaporkan oleh Bukhari)



Imam Al-Syawqani berkata dalam Naylul Awtar bahawa istikharah disyariatkan dalam islam dan tidak diketahui khilaf padanya.


Rasulullah SAW bersabda : "Antara sumber kebahagiaan anak Adam adalah beristikharah kepada Allah dan redha dengan apa yang ditentukan kepadanya,dan daripada keburukan anak Adam adalah meninggalkan istikharah kepada Allah dan membenci apa yang telah ditentukan kepadanya."(Riwayat Ahmad dan Al-Tirmizi)






 Petunjuk istikahar melalui mimpi??


Petunjuk tidak semestinya hadir melalui mimpi.Ia boleh hadir dalam bentuk ketenangan hati.Demikian pendapat Imam Nawawi RA dan disokong oleh kebanyakan ulama.Selepas beristikharah dan berbincang,kemudian diteguhkan pendirian dan dipermudahkan jalan ke arahnya,itu pun satu petunjuk.Jadi tak perlu takut untuk istikharah :) Just redha..hu5


Sekiranya seseorang itu mengalami mimpi yang menenangkan hatinya setelah beristikharah,ia hanyalah bonus dari Allah untuknya kerana petunjuk tidak semestinya melalui mimpi.



Jangan terpedaya dengan seseorang yang berhujah dengan mimpinya sendiri bagi memaksa orang lain menerimanya.Mimpi orang lain tidak boleh menjadi hujah untuk kita hatta mimpi kita sendiri setelah beristikharah.


Justeru,sebelum istikharah kita perlu memastikan hati kita tidak cenderung kepada sesuatu dan tidak terpengaruh dengannya.Kadang2 ianya berlaku akibat kekhilafan kita sendiri yang tidak menjaga hati dan membiasakan diri dengan banyak perkara yang melalaikan hati.:)


Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani menekankan supaya jangan cenderung kepada satu antara dua atau lebih pilihannya sebelum melakukan istikharah.(Fath Al-Bari 11/223).


Jangan sandarkan keputusan sepenuhnya kepada mimpi tanpa mempertimbangkan hujah yang jelas dengan perbincangan melalui petunjuk Al-Quran dan as-Sunnah.:)






~Wallahua'lam.Wait for the next entry~
^Istikhrahku membisikkan sesuatu Part3^

Friday 10 February 2012

Istikharahku mebisikkan sesuatu....

"Bagaimana kita nak tau si dia baik untuk kita atau tak?"

"Betul ke lepas istikharah dapat mimpi?"

"Dia kata dia tetap akan mendapatkan saya sebab saya menjelma dalam mimpi dia  setelah istikharah.Perlukah saya terima dia?Sedangkan saya kurang yakin padanya?"

"Saya takutlah nak buat istikharah.Takut keluar insan yang tak berkenan.."

(Persoalan yang bermain di benak remaja)

Apa itu istikharah?

  • Suatu doa untuk membuat sesuatu pilihan sama ada dilakukan dalam bentuk doa sahaja ataupun sebaik2nya dilakukan solat sunat terlebih dahulu dan diikuti dengan doa.
  • Ianya bukan dilakukan dalam urusan memilih jodoh semata2,tetapi dalam apa jua urusan.
Bagaimana membuat pilihan?

  • Buatlah pilihan dengan istikharah dan musyawwarah.
  • Berdoa kepada Khaliq dan berbincang dengan makhluk.
  • Ikut garis panduan Al-Quran dan As-Sunnah
Yang paling penting,tidak ada istikharah dalam menolak perintah Allah.Contohnya,nak pakai tudung atau tidak?Nak pakai seluar jean atau pakai baju kurung?Nak pergi dating atau pergi kuliah?

Istikharah menghapus unsur2 ramalan.

Islam datang menerangi seluruh pelusuk alam ketika masyarakat Arab jahiliah sedang tenggelam dengan amalan menilik nasib,dukun,mantera dan meramal masa depan.Mereka menggunakan kaedah2 ni untuk mengetahui waktu yang sesuai untuk memulakan perniagaan dan sebagainya.

Firman Allah SWT:

"Wahai orang yang beriman,bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib adalah semata2 amalan kotor daripada perbuatan syaitan.Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya."(Al-Maidah:90)

Sebagai pengganti kepada amalan2 itu,Allah SWT menggantikannya dengan istikhrah yang mengandungi benih tauhid dan tersirat kebahagiaan di dalamnya.Tidak akan menyesal orang yang memilih istikharah sebelum memulakan urusan.:)

Maaf,sampai di sini sahaja coretan ini.Ada panjang lagi.Tapi,masa tidak mengizinka kerana Asar sudah tiba!Nantikan "Istikarahku membisikkan sesuatu part 2" dan seterusnya.


~Salam Ukhuwwah Sekencang Dakwah~





Thursday 9 February 2012

Jeritan Batinku Part 2:)

"Ya Allah,aku redha dengan ujianMu.Kerana aku yakin,ini adalah didikanMu untukku.Ya Allah,aku redha dengan ujian ini,kerana aku yakin akan ganjaranMu yang lumayan buatku.Ya Allah,aku rela menempuhi peritnya penderitaan atas sakitku ini,kerana aku yakin inilah lumrah bercinta denganMu.Ya Allah,nilaian ujian Mu terhadapku ini terlalu kecil di sisiMu berbanding ujian Rasul kekasihmu dalam memperjuangkan agamaMu.Ya Allah,aku takut.Aku takut!Aku takut!Andai ujian ini tidak melayakkan aku untuk menghuni syurgaMu.Ya Allah,ampunkan aku.Terlalu kerdil aku di sisiMu.Ya Allah,kurniakan aku kesabaran untuk tabah menghadapinya.Ya Allah,dengan penuh kehinaan,dengan penuh kefakiran,aku mohon Ya Rabb,kurniakan aku ketabahan.Ya Allah,angkatlah darjatku di sisiMu dengan ujian ini.Ya Allah,kurniakan aku 'cinta sejatiMu' melalui ujian ini.Ya Allah,kurniakan aku kemanisan dalam mengabdikan diri padaMu melalui ujian ini.Ya Allah,kurniakan aku ketenangan di jiwa melalui ujian ini.Ya Allah,kurniakan aku kehebatan di sisiMu di sebalik ujian ini.Ya Allah,aku adalah seorang hamba yang fakir lagi kerdil.Aku tidak mempunyai apa-apa selainMu.Aku seolah-olah seorang pengemis di jalanan yang sentiasa memohon belas dan kasihMu.Ya Allah,tidak ada yang ku harapkan melainkan cinta Mu.Ya Allah,tidak ada yang kuharapkan melainkan rahmatMu.Ya Allah,jangan Engkau jadikan ujian ini sebagai asbab untuk aku menjadi kufur dan lupa kepadaMu.Ya Allah,sebaliknya jadikan ujian ini sebagai asbab untuk aku lebih akrab denganMu.Ya Allah,redhailah aku sebagai hambaMu.Ya Rabb,jadikan ujian ini sebagai pengukuh ikatan jalinan percintaan antara kita.Ameen Ya Rabbal A'lamin."

Hanya Engkau Yang Wujud Di Sanubariku:)


Jeritan Batinku!!!!

Alhamduliilah.Masih diizinkan Allah SWT untuk menghuni di muka bumiNya ini.Masih diberi nikmat yang terlalu banyak.Ada antara kita yang sering melihat nikmat itu dari sudut material.Contohnya jadi kaya,pakai kereta besar.Itu dikatakan nikmat.Ya benar,itu adalah salah satu nikmat dalam kehidupan.Namun,jangan kita lupa dan alpa akan nikmat yang memang takkan putus walaupun kita seorang yang miskin.Nikmat itu ialah nikmat boleh bernafas,boleh melihat,boleh bergerak dan sebagainya.terlalu banyak untuk disenaraikan. :)


Aku ingin kongsikan keindahan berkasih sayang dengan Sang Pencipta.Hari ini,aku mampu untk bangkit untuk update blog aku setelah lama aku tinggalkan dek kerana kesihatanku yang sentiasa diuji.Kini aku tersedar sendiri,inilah dia dinamakan 'percintaan' terindah.


Setelah aku keluar dari ASTAF di Kuala Selangor,aku bernekad untuk masuk ke Madrasah Darul Uloom,Sungai Salan.Alhamdulillah,diberi peluang untuk menikmati nikmat beramal di situ selama dua hari.Namun,itulah dinamakan 'cinta sejati'.Aku diuji sekali lagi dengan kesakitan yang amat perit.Aku menjadi seperti mayat di situ.Badan ku lemah longlai,kaku,kakiku sejuk dan badanku terlalu panas.Aku langsung tidak dapat berkata2 melainkan di dalam hatiku sentiasa berdoa kepada 'Sang Kekasih'.


"Ya Allah,andai masa ku telah tiba untuk menghadapMu,izinkan aku untuk menatap wajah ibu dan ayahku buat kali yang terakhir.Ya Allah,andai aku akan pergi menghadapMu seketika sahaja lagi,berikan aku kesempatan untuk mengucap '  لا إله إلا الله ' terlebih dahulu."






Ini lah sahaja kata2 yang mampu kuungkapkan di dalam sanubariku.Yang tidak ada sesiapa yang mendengarnya melainkan Allah SWT.Betapa sakitnya aku ketika itu hanya Allah yang tau.Bermula jam 6pm-11.30pm aku terlantar.Sahabat2 di situ membacakan pelbagai surah di cuping telingaku.Indahkan?Sedangkan tak sampai sehari kenal,tapi ramai tentera yang Allah hantar untuk memabantuku.

Dalam jam 10 lebih,ayahku sampai bersama ibuku.Mereka membawa Ustaz Zulhazmi sekali.Alhamdulillah,dengan izin Allah SWT aku kembali sedar seperti biasa.Dan aku terus pulang ke rumah.

~Nantikan 'Jeritan batinku!!!!' Part2~

Ya Rasulallah Ya Habiballah..Aku Rindu Padamu

Alangkah indahnya hidup ini

Andai dapat kutatap wajahmu

Kan pasti mengalir air mataku

Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini

Andai dapat kukucup tanganmu

Moga mengalir keberkatan dalam diriku

Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah

Tak pernah kutatap wajahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah

Kami rindu padamu

Allahumma Solli Ala Muhammad

Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )

Alangkah indahnya hidup ini

Andai dapat kudakap dirimu

Tiada kata yang dapat aku ucapkan

Hanya tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada umat

Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami

Syafaatkan kami

Alangkah indahnya hidup ini

Andai dapat kutatap wajahmu

Kan pasti mengalir air mataku

Kerna pancaran ketenanganmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah

Terimalah kami sebagai umatmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah

Kurniakanlah syafaatmu