Friday 22 June 2012

Bagai permata yang hilang.....







“Aizat,aku rasa rindu sangat kat tarbiyah TAHAP.Dulu masa kat TAHAP aku buat endah tak endah je dengan kuliah ustaz.Bile aku dah keluar ni,aku rasakan ianya terlalu berharga.Menyesal aku main2 dalam salin kuliah.Sekarang kat tempat belajar,aku seolah2 jadi tempat rujukan teman2.Ialah,aku kan dari sekolah agama.Pastu,sekarang,aku rasa kurang selesa.Bahkan rasa sangat2 terseksa dengan alam kampus.Yelah,bercampur antara lelaki dengan perempuan tanpa batasan.Kalau dulu,sentiasa diingatkan dengan perkataan ‘ikhtilat’..Sekarang,takde sapa nak ingatkan.Masing2 jaga diri masing2.Nak couple,suke hatilah!Nak solat ke tak,ikut suke korang r!Yang paling tak tahan,pandang sana jadi dosa.Pandang sini pun jadi dosa.Yelah,perempuan pakai ketat sana,ketat sini.Aku dh tktau nak jalan macam mana.Bile berjalan dari kelas ke kelas,perempuan2 ni bukan nak bagi laluan pada laki yang lalu.Macam tak kisah je nak langgar ke,bersentuh ke.Ya Allah!Betullah kata2 x-tahap dulu.Kehidupan di luar penuh cabaran.Kalau dulu kat TAHAP,sumenye sejuk mata memandang.Sekarang ni,boleh cuci mata.Tangok je mana suke.Free of charge!Betul apa yang Ustaz Hairul selalu cakap dalam kuliah.Di TAHAP lah tempat kite nak benteng diri dengan ilmu,iman dan amal.Kat luar,ape pun boleh jadi tanpa tiga perkara ni.Nak cari kuliah kat sini..emm…entahlah.Ya Allah,aku betul2 rindu bumi tarbiyah SMKA TAHAP..IANYA BAGAI PERMATA YANG HILANG”

Bergenang air mataku mendengar luahan seorang teman.Ya,aku turut merasainya.Namun aku berbeza dengan dirimu,engkau insan hebat!Ditempatkan di tempat yang penuh sosial.Itu tanda engkau mampu hadapinya.Aku tidak,aku masih lagi di tempat yang terkawal.Mungkin aku tidak layak untuk hadapi situasi sepertimu temanku sayang.Mungkin aku akan hanyut dengan suasana itu.

Aku cukup gembira.Terlalu gembira mendengar luahanmu teman.Bukan ape,ini tanda TARBIYAH itu meresap dalam dirimu.Allah masih sayangkan dirimu.Kerana itu dirimu mempunyai tindak balas atas suasana itu.Tahniah!Terus pelihara rasa terseksamu itu!Agar syariat sentiasa memagari dirimu!

Temanku sayang,ingat tiga perkara ini.Pertama,carilah ketenagan jiwamu di MASJID..Kedua,carilah USRAH yang bisa mengubat rindumu pada tarbiyah yang pernah kita hadapi bersama dulu.Ketiga,carilah SAHABAT SOLEH,kerana ia mampu memimpinmu kepada Tuhanmu..

Tidak temanku sayang!Permata itu masih belum hilang.Ianya tersembunyi di dalam dirimu.Ianya perlu digilap!Ya,gilaplah permata itu!Jangan biarkan ia pudar dan hilang sinarnya!

Temanku sayang,aku sentiasa mendoakan kalian di alam baru.Agar kalian sentiasa diberi tiupan oleh Allah.Satu tiupan yang bisa memelihara dirimu.Aku turut kagum denganmu teman,kerana engkau kuat untuk menghadapinya.Engkau masih sedar dan merindui tarbiyah yang pernah kita lalui bersama satu ketika dahulu..

Temanku sayang,teruskan perjuanganmu di alam baru.Alam yang penuh dugaan dan cabaran.Ingatlah!Tempat bukan asbab hanyutnya seseorang..Selagi hati subur dengan keimanan dan kecintaan pada yang SATU!

^Salam Mujahadah Untuk Teman2ku Sayang^
Luv U ALL FILLAH!



Wednesday 20 June 2012

RABIATUL ADAWIYAH -PERINDU CINTA ILAHI


Rabi’ah binti Ismail al-Adawiyah tergolong wanita sufi yang terkenal dalam sejarah Islam. Dia dilahirkan sekitar awal kurun kedua Hijrah berhampiran kota Basrah di Iraq. Dia lahir dalam sebuah keluarga yang miskin dari segi kebendaan namun kaya dengan peribadatan kepada Allah. Ayahnya pula hanya bekerja mengangkut penumpang menyeberangi Sungai Dijlah dengan menggunakan sampan.

Pada akhir kurun pertama Hijrah, keadaan hidup masyarakat Islam dalam pemerintahan Bani Umaiyah yang sebelumnya terkenal dengan ketaqwaan telah mulai berubah. Pergaulan semakin bebas dan orang ramai berlumba-lumba mencari kekayaan. Justeru itu kejahatan dan maksiat tersebar luas. Pekerjaan menyanyi, menari dan berhibur semakin diagung-agungkan. Maka ketajaman iman mulai tumpul dan zaman hidup wara’ serta zuhud hampir lenyap sama sekali.

Namun begitu, Allah telah memelihara sebilangan kaum Muslimin agar tidak terjerumus ke dalam fitnah tersebut. Pada masa itulah muncul satu gerakan baru yang dinamakan Tasawuf Islami yang dipimpin oleh Hasan al-Bashri. Pengikutnya terdiri daripada lelaki dan wanita. Mereka menghabiskan masa dan tenaga untuk mendidik jiwa dan rohani mengatasi segala tuntutan hawa nafu demi mendekatkan diri kepada Allah sebagai hamba yang benar-benar taat.

Bapa Rabi’ah merupakan hamba yang sangat bertaqwa, tersingkir daripada kemewahan dunia dan tidak pernah letih bersyukur kepada Allah. Dia mendidik anak perempuannya menjadi muslimah yang berjiwa bersih. Pendidikan yang diberikannya bersumberkan al-Quran semata-mata. Natijahnya Rabi’ah sendiri begitu gemar membaca dan menghayati isi al-Quran sehigga berjaya menghafal kandungan al-Quran. Sejak kecil lagi Rabi’ah sememangnya berjiwa halus, mempunyai keyakinan yang tinggi serta keimanan yang mendalam.



Maqam Rabia'h Al-Adawiyah

Menjelang kedewasaannya, kehidupannya menjadi serba sempit. Keadaan itu semakin buruk setelah beliau ditinggalkan ayah dan ibunya. Rabi’ah juga tidak terkecuali daripada ujian yang bertujuan membuktikan keteguhan iman. Ada riwayat yang mengatakan beliau telah terjebak dalam kancah maksiat. Namun dengan limpah hidayah Allah, dengan asas keimanan yang belum padam di hatinya, dia dipermudahkan oleh Allah untuk kembali bertaubat. Babak-babak taubat inilah yang mungkin dapat menyedar serta mendorong hati kita merasai cara yang sepatutnya seorang hamba brgantung harap kepada belas ihsan Tuhannya.

Marilah kita teliti ucapan Rabi’ah sewaktu kesunyian di ketenangan malam ketika bermunajat kepada Allah:

“Ya Allah, ya Tuhanku. Aku berlindung diri kepada Engkau daripada segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripada-Mu, daripada segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau!

“Tuhanku! bintang-bintang telah menjelma indah, mata telah tidur nyenyak, semua pemilik telah menutup pintunya dan inilah dudukku di hadapan-Mu.

“Tuhanku! Tiada kudengar suara binatang yang mengaum, tiada desiran pohon yang bergeser, tiada desiran air yang mengalir, tiada siulan burung yang menyanyi, tiada nikmatnya teduhan yang melindungi, tiada tiupan angin yang nyaman, tiada dentuman guruh yang menakutkan melainkan aku dapati semua itu menjadi bukti keEsaan-Mu dan menunjukkan tiada sesuatu yang menyamai-Mu.

“Sekelian manusia telah tidur dan semua orang telah lalai dengan asyik maksyuknya. Yang tinggal hanya Rabi’ah yang banyak kesalahan di hadapan-Mu. Maka moga-moga Engkau berikan suatu pandangan kepadanya yang akan menahannya daripada tidur supaya dia dapat berkhidmat kepada-Mu.”

Rabi’ah juga pernah meraung memohon belas ihsan Allah SWT:

“Tuhanku! Engkau akan mendekatkan orang yang dekat di dalam kesunyian kepada keagungan-Mu. Semua ikan di laut bertasbih di dalam lautan yang mendalam dan kerana kebesaran kesucian-Mu, ombak di laut bertepukan. Engkaulah Tuhan yang sujud kepada-Nya malam yang gelap, siang yang terang, falak yang bulat, bulan yang menerangi, bintang yang berkerdipan dan setiap sesuatu di sisi-Mu dengan takdir sebab Engkaulah Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa.”

Setiap malam begitulah keadaan Rabi’ah. Apabila fajar menyinsing, Rabi’ah terus juga bermunajat dengan ungkapan seperti:

“Wahai Tuhanku! Malam yang akan pergi dan siang pula akan mengganti. Wahai malangnya diri! Apakah Engkau akan menerima malamku ini supaya aku berasa bahagia ataupun Engkau akan menolaknya maka aku diberikan takziah? Demi kemuliaan-Mu, jadikanlah caraku ini kekal selama Engkau menghidupkan aku dan bantulah aku di atasnya. Demi kemuliaan-Mu, jika Engkau menghalauku daripada pintu-Mu itu, nescaya aku akan tetap tidak bergerak juga dari situ disebabkan hatiku sangat cinta kepada-Mu.”

Seperkara menarik tentang diri Rabi’ah ialah dia menolak lamaran untuk berkahwin dengan alasan:

“Perkahwinan itu memang perlu bagi sesiapa yang mempunyai pilihan. Adapun aku tiada mempunyai pilihan untuk diriku. Aku adalah milik Tuhanku dan di bawah perintah-Nya. Aku tidak mempunyai apa-apa pun.”

Rabi’ah seolah-olah tidak mengenali yang lain daripada Allah. Oleh itu dia terus-menerus mencintai Allah semata-mata. Dia tidak mempunyai tujuan lain kecuali untuk mencapai keredaan Allah. Rabi’ah telah mempertalikan akalnya, pemikirannya dan perasaannya hanya kepada akhirat semata-mata. Dia sentiasa meletakkan kain kapannya di hadapannya dan sentiasa membelek-beleknya setiap hari.

Selama 30 tahun dia terus-menerus mengulangi kata-kata ini dalam sembahyangnya:

“Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu.”

Antara syairnya yang masyhur berbunyi:

“Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun,
Tiada selain Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun,
Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun,
Akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun.”

Rabi’ah telah membentuk satu cara yang luar biasa di dalam mencintai Allah. Dia menjadikan kecintaan pada Ilahi itu sebagai satu cara untuk membersihkan hati dan jiwa. Dia memulakan fahaman sufinya dengan menanamkan rasa takut kepada kemurkaan Allah seperti yang pernah diluahkannya:

“Wahai Tuhanku! Apakah Engkau akan membakar dengan api hati yang mencintai-Mu dan lisan yang menyebut-Mu dan hamba yang takut kepada-Mu?”

Kecintaan Rabi’ah kepada Allah berjaya melewati pengharapan untuk beroleh syurga Allah semata-mata.

“Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu.”

Begitulah keadaan kehidupan Rabi’ah yang ditakdirkan Allah untuk diuji dengan keimanan serta kecintaan kepada-Nya. Rabi’ah meninggal dunia pada 135 Hijrah iaitu ketika usianya menjangkau 80 tahun. Moga-moga Allah meredainya, amin!

Sekarang mari kita tinjau diri sendiri pula. Adakah kita menyedari satu hakikat yang disebut oleh Allah di dalam Surah Ali Imran, ayat 142 yang bermaksud:

“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum nyata bagi Allah orang yang berjihad di antaramu dan belum nyata orang yang sabar.”

Bagaimana perasaan kita apabila insan yang kita kasihi menyinggung perasaan kita? Adakah kita terus berkecil hati dan meletakkan kesalahan kepada insan berkenaan? Tidak terlintaskah untuk merasakan di dalam hati seumpama ini:

“Ya Allah! Ampunilah aku. Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Hanya kasih-Mu yang abadi dan hanya hidup di sisi-Mu sahaja yang berkekalan. Selamatkanlah aku daripada tipu daya yang mengasyikkan.”

Sesungguhnya apa juga lintasan hati dan luahan rasa yang tercetus daripada kita bergantung kepada cara hati kita berhubung dengan Allah. Semakin kita kenali keluhuran cinta kepada Allah, maka bertambah erat pergantungan hati kita kepada Allah serta melahirkan keyakinan cinta dan kasih yang sentiasa subur.

Lanjutan itu jiwa kita tidak mudah berasa kecewa dengan gelagat sesama insan yang pelbagai ragam. Keadaan begini sebenarnya terlebih dahulu perlu dipupuk dengan melihat serta merenungi alam yang terbentang luas ini sebagai anugerah besar daripada Allah untuk maslahat kehidupan manusia. Kemudian cubalah hitung betapa banyaknya nikmat Allah kepada kita.

Dengan itu kita akan sedar bahawa kita sebenarnya hanya bergantung kepada Allah. Bermula dari sini kita akan mampu membina perasaan cinta terhadap Allah yang kemudian mesti diperkukuhkan dengan mencintai titah perintah Allah. Mudah-mudahan nanti kita juga akan menjadi perindu cinta Allah yang kekal abadi.

Tuesday 19 June 2012

Israk dan Mikraj...

Menurut Bukhari:

  • Nabi tidur dengan Hamzah dan Jaafar
  • Kemudian,Nabi didatangi Jibril dan Mikail dan mengangkat Nabi ke telaga zam-zam
  • Dada Nabi dibedah dan dibersihkan hati dan dimasukkan iman+ilmu+hikmah
  • Dua insan wafat iaitu bapa saudaranya dan Saidatina Khadijah
3 Golongan Orang Islam Pada Zaman Itu:
  • Golongan membenarkan
  • Golongan yang menguji Baginda
  • Golongan kembali murtad (orang islam)
3 Tempat Persinggahan Rasulullah (Baginda turut solat sunat):
  • Madinah
  • Madain (Bukit Tursina)
  • Baitul Ham




Gambaran Pertama Israk dan Mikraj:
  1. Nabi bertemu Jin Ifrit yang mengejar baginda sambil membawa obor api untuk menghalang perjalanan Baginda.
  2. Petani yang bercucuk tanam dan memungut hasil
  3. Bau wangi pusara Masyitah
  4. Manusia memecahkan kepalanya dengan batu kerana sengaja tinggalkan solat
  5. Manusia makan duri dari api kerana enggan membayar zakat
  6. Manusia memakan daging busuk kerana berzina
  7. Manusia berenang dalam darah kerana makan riba'.
3 Perkara Penting:
  • Solat lima waktu
  • Penutup Surah Al-Baqarah
  • Alla mengampunkan kesemua dosa umat baginda kecuali orang syirik
^Wallahua'lam..Ma'zirotan a'la kulli hal^

Rejab menjelama..tanda Ramadhan semakin hampir..



^Semoga Allah mempertemukanku dengan Ramadhan Kareem^

Perbualan seorang "Arifbillah"..

Seseorang bertanya kepada 'Si Arifbillah'.."Wahai tuan,kenapa engkau terlalu zuhud dengan dunia?Sehingga engkau seolah-olah tidak memandang dunia langsung?"


Jawab 'Si Arifbillah'.."Kerana sifat yang ada pada dunia itulah kami tidak memandang dunia sedikit pun."


Orang itu bertanya lagi,"Apakah dia sifat buruk dunia?"


Jawab 'Si Arifbillah':


1-Kerana dunia terlalu pendek dan dunia ini akan hancur(samada ada dunia hancur dahulu atau kita hancur dulu)
2-Kerana banyaknya kekotoran di dunia ini.
3-Kerana sedikitnya kekayaan dunia.
4-Kerana dunia ini akan cepat musnah.


Firman Allah (kalau tak salah dalam hadis qudsi,sila rujuk balik):


"Aku melihat dunia ini bukanlah dari pandangan penghargaan.Bakan Allah berkata pada dunia,'kau jadilah khadam (dunia) kepada manusia jika manusia itu bertuhankan Aku.Tetapi jika manusia itu bertuhankan engkau (dunia),maka engkau permainkan dan perolokkan mereka (manusia)"


~Sahabat2,bukan bermakna zuhud itu kita menjadi papa kedana dan miskin lantas membuang dunia terus.Bukan begitu kerana dunia ini adalah ladang dan jambatan menuju akhirat.Tetapi,letkakan dunia di dalam tapak tangan kita,bukan dalam hati kita (kata ulamak).
~'Arifbillah' bermaksud org yang kenal dan paling hampir dengan Allah..Taraf wali2..


^Wallahua'lam..Semoga bermanfaat untuk semua^

Abu Yazid Al-Bustami VS Bishop

Di dalam sebuah gereja yang dipenuhi oleh penganut Kristian,seorang Bishop bertanya pada Abu Yazid Al-Bustami mengenai beberapa soalan:

1.Apa yang satu tidak ada dua?
2.Apa yang dua tidak ada tiga?
3.Apa yang tiga tidak ada empat?
4.Apa yang empat tidak ada lima?
5.Apa yang lima tidak ada enam?
6.Apa yang enam tidak ada tujuh?
7.Apa yang tujuh tidak ada lapan?
8.Apa yang lapan tidak ada sembilan?
9.Apa yang sembilan tidak ada sepuluh?
10.Apa sesuatu perkara yang tidak lebih dari sepuluh?
11.Apa sebelas perkara tidak ada dua belas?
12.Apa dua belas perkara tidak ada tiga belas?
13.Apa yang tiga belas perkara tidak ada empat belas?
14.Apakah kubur yang berjalan dengan tuannya?
15.Apakah dia pokok yang ade 12 dahan,pd tiap2 dahan ada 30 daun,pd tiap2 daun ade 5 buah,3 dari buah itu berlaku dlm bayangan,dua lagi dalam cahaya matahari.

Lalu Abu Yazid Al-Bustami bangun menjawab kesemua soalan tersebut.

1.Allah!
2.Malam dan siang (Al-Israk:12)
3.Kekhilafan yang dilakukan Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan,membunuh budak,menegakkan dinding yang hampir roboh.
4.Taurat,Injil,Zabur,Al-Quran
5.Solat lima waktu
6.Jumlah hari ketika Allah ciptakan alam
7.Allah menciptakan langit 7 lapis (Al-Mulk:3)
8.Jumlah malaikay yang memikul arasy Allah (Al-Haqqah:17)
9.Mukjizat Nabi Musa (antaranya tongkat,tgn brcahaya dan lain2)
10.Ganjaran kebaikan (Al-An'am:160)
11.Sebelas saudara Nabi Yusof
12.Nabi Musa ketuk batu dan keluar 12 mata air.
13.Keluarga Yusof
14.Ikan Nun Nabi Yunus
15.Lima kali solat fardhu,3 berlaku pada malam hari,2 waktu berlaku pada siang hari.

Bishop tersebut terpegun dengan setiap jawapan Abu Yazid.

Kemudian Abu Yazid Al-Bustami bangun dan bertanya satu soalan pada Bishop:

"Apakah dia kunci syurga?"

Bishop terduduk dan terdiam.Namun semua hadirin dalam gereja memaksa Bishop menjawab soalan tersebut.Bishop menjawab,

"Kunci syurga itu ialah LAILAHAILLALLAH"

~Dengan izin Allah,satu gereja dapat diislamkan~
^Wallahua'lam..Luv U All FILLAH^

Bergelar pelajar maahad...

Alhamdulillah..setelah sekian lama blog ini tidak dibuka.Dengan taufiq dan hidayah dari Allah,hari ini aku membukanya kembali untuk berkongsi dan terus berkongsi.Kerana aku berpegang teguh pada prinsip hidupku,"Erti hidup pada memberi" dan "Share for all Muslims".Itulah diriku.Apa jua yang kumiliki,akan kukongsi bersama semua insan khususnya yang bergelar Muslim.Moga sama-sama dapat menuai hasil yang lumayan di akhirat kelak.Ameen!


Alhamdulillah juga,setelah kembali dari Tanah Suci 19Mac yang lalu,aku dihubungi oleh pihak Maahad Tahfiz Negeri Pahang untuk menghadiri sessi temuduga yang tertangguh dulu.Dengan izin Allah aku bermusafir ke Kuantan ditemani Syabani untuk menghadiri temuduga tersebut(tak pernah naik bas sendiri).Bersyukur tak terhingga,aku lulus temuduga tersebut dan dipilih untuk simulasi selama 5 hari.Begitu juga Irfan,Syabani,Adilah,dan Juwairiah.


Pelbagai ujian dibuat oleh pihak maahad untuk memilih yang terbaik dalam kalangan terbaik.Ujian bahasa,hafazan dan sebagainya.Setelah seminggu habis simulasi,alhamdulillah,aku mendapat berita gembira dari pihak maahad bahawa aku terpilih untuk sambung diploma di situ.Subhanallah..Irfan,Syabani,Adilah,Juwairiah turut diterima.Syukur yang tak terhingga..Itulah kebesaran Allah yang memilih kami untuk mejadi hamalatul quran dan pendokong al-quran satu masa nanti.Moga kami semua tetap thabat dan thiqah menghadapi pelbagai mehnah dan tribulasi di sana..


~Mungkin sekadar ini perkongsian~
^Wallahua'lam..Luv U All FILLAH^