Sunday 5 August 2012

BANGKITLAH PEMUDA..USAH FUTUR


Bangkitlah Pemuda, Usah Futur






Penyakit yang seringkali dihadapi oleh para pemuda hari ini ialah futur iaitu kecundang di tengah perjuangan. Penyakit futur merupakan halangan terbesar bagi Islam mencapai kemenangan.


Pemuda yang dikenali dengan semangat yang tinggi serta kekuatan yang optimum menjadi tunggak utama dalam memperanankan sesebuah gerakan Islam. Dengan kelebihan yang ada pada pemuda, segala gerak kerja dapat dilaksanakan. Inilah yang disebutkan oleh seorang tokoh gerakan yang disegani mengenai 4 keistimewaan yang ada pada pemuda sehingga di anggap sebagai tiang ummah, iaitu :

- Keimanan atau keyakinan yang tinggi
- Keikhlasan yang nyata
- Semangat yang berkobar-kobar
- Tenaga dan pengorbanan yang tinggi

Keempat-empat ini jika digunakan dengan baik, maka pemuda tersebut mampu menggegarkan dunia sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh para pemuda semenjak zaman dahulu sehingga kini.Antaranya kita dapat lihat bagaimana Usamah bin Zaid yang diamanahkan untuk menjadi panglima perang di kala usia baru mencecah sekitar 17 tahun, walaupun di sana ada para sahabat yang lain yang lebih berketerampilan. Namun, atas dasar semangat kepemudaan yang ada, beliau diberikan kepercayaan untuk mengetuai batalion tentera Islam.

Begitu juga dengan sejarah Salahuddin Al-Ayubi yang berjaya merampas kembali hak umat Islam iaitu Baitul Maqdis dari tangan tentera Salib sejak sekian lama. Sultan Muhamad Al-Fateh, yang berusia sekitar 19 tahun, telah dipilih untuk membenarkan janji Nabi SAW iaitu pembukaan Kota Kostantinopal.

Ini adalah semangat juang yang tinggi yang membuak-buak di dalam dada seorang pemuda di samping keyakinan dan keimanan yang mantap.

Namun, pemuda mestilah berhati-hati agar tidak futur di dalam perjuangan.

Tahap futur yang paling kecil ialah malas. Iaitu seseorang yang sedang dalam perjuangan, malas untuk terus berjuang atau hanya melakukan perkara yang biasa saban tahun, tidak berusaha meningkatkan keupayaan diri. Ini dinamakan malas.

Dan tahap futur yang paling teruk ialah mereka yang terus lari daripada perjuangan. Mereka yang tidak mahu lagi untuk meletakkan diri mereka di dalam dunia perjuangan.

Justeru, untuk mengelakkan diri tidak terjebak dengan penyakit futur ini, pemuda mestilah mengetahui simpton-simpton berkenaan dengannya, iaitu:-

- Terlalu ghairah mendapatkan kemenangan

Pemuda yang terlalu ghairah dan tidak bersabar dalam mengecapi kemenangan akan mudah futur. Hal ini demikian, asam garam dalam perjuangan adalah dugaan. Tidak dinamakan sebagai perjuangan melainkan dengan pengorbanan. Bahkan dakwah merupakan satu amanah yang berat serta tempohb yang berpanjangan. Mereka yang tidak sabar serta tidak menelusuri sunnah dalam perjuangan akan kecundang dengan lebih awal.

- Merasa lama dalam perjuangan

Bagi mereka yang sudah berada di dalam perjuangan juga akan merasakan malas untuk bekerja apatah lagi memikul jawatan. Hal ini demikian, antara faktor ialah merasakan diri sudah berada lama dengan perjuangan dan sudah tiba masa untuk berehat seterusnya digantikan dengan generasi yang baru. Fenomena ini selalu berlaku di kalangan pemuda yang berkecimpung lama dalam medan dakwah. Pemuda kena jelas, tempoh perjuangan adalah berpanjangan samada kemenangan Islam atau mati syahid, maka tidak ada istilah sudah lama dalam perjuangan atau sudah tiba masa berehat. Yang ada dalam gerakan Islam hanyalah pertukaran posisi dalam gerak kerja. Apa yang penting ialah terus bekerja.

- Tidak meyakini kekuasaan Allah, hanya yakin kepada usaha semata-mata

Selaku pemuda yang membawa risalah Islam, perbezaan dengan orang kafir ialah pemuda Islam bekerja dengan mengharapkan keredhaan Allah sepenuhnya di samping usaha yang gigih dikerahkan melalui perancangan yang dibuat.Menjadi masalah apabila pemuda terlalu yakin dengan perancangan sendiri sehingga alpa dengan kekuasaan Allah. Hasilnya, apabila ditimpa ujian dengan kegagalan dalam perancangan yang dilaksanakan, akan menyebabkan futur.

- Bekerja disebabkan individu

Antara faktor lain ialah pemuda yang bekerja disebabkan tertarik dengan kotokohan individu yang berjuang. Semangat perjuangan yang diberikan adalah kerana disebabkan ketokohan individu tersebut bukannya kerana dakwah itu merupakan suatu kewajipan. Apabila individu tadi bermasalah, pemuda tersebut turut bermasalah. Bahkan ia boleh menyebabkan intima' syakhsi dalam diri pemuda tersebut yang akan melarikan fokusnya dalam perjuangan. Mereka berjuang untuk individu bukan untuk melaksanakan amanah Allah.

- Semangat tanpa kefahaman

Ramai pemuda yang bekerja dengan berlandaskan semangat semata-mata tanpa kefahaman yang jelas. Ekoran fitrah pemuda yang mempunyai semangat juang yang tinggi, bekerja merupakan perkara yang tidak menjadi masalah dalam diri. Namun permasalahan yang timbul ialah tidak memahami dasar perjuangan yang dilakukan. Akhirnya, perjuangan yang dilakukan mengikut rentak isu serta habuan dunia bukannya kerana disebabkan kefahaman yang betul iaitu menjulang panji Islam di dunia. Pemuda yang hanya berkorban atas dasar semangat semata-mata perlu diberikan pengisian yang berterusan agar mendapat kefahaman yang jelas.

Ini adalah beberapa simpton yang menyebabkan penyakit futur. Bahkan terdapat beberapa lagi simpton yang perlu diketahui oleh pemuda dengan membaca buku-buku yang dikarang oleh tokoh-tokoh gerakan.

Pemuda perlu meyakini bahawa perjuangan yang mereka bawa adalah perjuangan yang benar yang diwariskan oleh para Nabi terdahulu. Tiada istilah rehat berterusan dalam dunia perjuangan. Apa yang mesti diyakini oleh pemuda ialah 2 sahaja samada kemenangan Islam atau mati syahid.

Justeru, bagi mahasiswa/wi Islam Malaysia di Mesir, medan untuk terus bekerja di lapangan dakwah adalah melalui medium PMRAM yang sudah berkecimpung dengan dunia dakwah semenjak dahulu lagi. PMRAM mahukan pemuda yang bersemangat tinggi di samping keyakinan yang mantap dengan kekuasaan Allah. PMRAM yang terus meletakkan Al-Quran dan As-Sunnah menjadikannya medan untuk mahasiswa/wi ditarbiyah dan seterusnya mentarbiyah.

Kemantapan Fikrah Membina Syakhsiah

Muhamad Zuhaili Saiman
Presiden
PMRAM 2011

KEMATIAN DEMI KEMATIAN...

"Grrrr..grrr..grrr.."Handphone ku berdering..


"Aizat..Kawan ustazah di Mesir meninggal..Baru lagi.."


Aku terpane sebentar..Emm..memang tak kenal pun sapa..Tapi,rasa takut menyelebungi diri..Entah2 lepas ni aku pulak..emm..Allah..
Aku pun kebetulan memang nak ke bazaar ramadhan naik motor..beli juadah skit untk kongsi ramai2..Masa keluar dari pintu pagar maahad,tengok dekat kubur depan maahad tu penuh orang..Rupenye ade orang meninggal..


Allah..terus aku terdiam tanpa rasa..Rasa takut dan tak sedap hati..Bukan ape..risau akan persediaan peribadi.


Tiga hari lepas tu..Dapat message dari seorang sahabat di Tahap dulu..


"Aizat..kawan saya meninggal dah..Jatuh bilik air je.."


Tak semena2 air mataku mengalir..


Aku bermonolog sendirian..


"YA ALLAH..MASA MEREKA TELAH TIBA!MASA AKU HANYA ENGKAU YANG TAHU!AKU TAKUT YA ALLAH..ANDAI AKU DIAMBIL TIKA AKU SEDANG LALAI DARI MENGINGATIMU..AKU TAKUT YA ALLAH,ANDAI AKU DIAMBIL TIKA PERSEDIAAN KU MASIH KURANG..ALLAH!!!!AKU TAKUT!!AKU BIMBANG AKAN DIRIKU SENDIRI!ANDAI RAMADHAN KALI INI ADALAH PALING BURUK BUAT KU..DAN KEMATIAN TURUT MENJEMPUTKU..ALLAH!!!AMPUNKAN AKU!"







SAHABAT2 KU..
KEMATIAN DEMI KEMATIAN...
IANYA HADIR TANPA DIDUGA...
DAN IANYA PASTI HADIR...
TIDAK AKAN TERKECUALI SEORANG PUN DARI KITA..
HADIR TANPA DILEWATKAN WALAU SESAAT..
TANPA DIAWALKAN WALAU SESAAT..
HADIRNYA IA SATU KEWAJIPAN..
TANPA PENANGGUHAN ATAU PERMOHONAN UNTUK DILEWATKAN..
HADIRNYA IA DENGAN MENANTI SATU KEPUTUSAN..
YANG TELAH DIBUAT TIKA HAYAT MENJADI MILIK KITA..
MUNGKIN BAIK YANG DIPILIH..MUNGKIN BURUK YANG DIPILIH..
MUNGKIN IANYA DIPILIH SECARA TIDAK SENGAJA..KERANA RASAKAN KEMATIAN ITU MASIH JAUH DARI KITA..

SAHABAT2KU..MARI BERSAMA KITA MERENUNG..
MEMBUAT SATU ANJAKAN PARADIGMA..
ALLAH MASIH MEMEBeRI RUANG PADA KITA..
MENJADI TETAMU RAMADHAN..
BIARLAH KITE MENJADI TETAMU PADA TUAN RUMAH RAMADHAN YANG SAMA..TETAPI KITE MEMPEROLEH JUADAH NATIJAH YANG BERBEZA DARI YANG SEBELUMNYA..

~RAMADHAN YANG SAMA,NATIJAH YANG BERBEZA~

16 HARI YANG BERSEJARAH.....

Hari ini hari ke-17 Ramadhan..


Bagaikan baru semalam Ramadhan menjengah..Hari ni hari yang ke-17 sudah..
Apabila dihitung,apakah yang telah dilakukan selama 16 hari yang telah menjadi sejarah?
Andai hari ini bukan milik kita,apakah yang bakal dibawa bertemuNya?
Aku rasakan diri ini terlalu hina..
Rasa hari yang telah menjadi sejarah dalam hidupku,bagaikan tidak diisi..tidak dihargai..
Namun,ianya telah menjadi sejarah..
Tidak akan dipusing kembali..tidak akan diulang lagi..
Sejauh mana telah dihidupkan 16 hari itu..
Atau ianya hanya hari2 biasa seperti sedia kala yang tidak bernilai??
Yang hanya dihuni rasa lapar dan dahaga??


ALLAH...ALLAH..ALLAH...ALLAH..ALLAH..


Bayangkan...detik ini..saat ini..adalah ramadhan terakhir buat kita..
Namun..kita masih lagi leka dengan dunia kita..Tidak berganjak sedikitpun..
Jangan diceritakan sampai atau tidak dengan Ramadhan akan datang..
Hari yang ke-17 ini..adakah sampai ke penghujung untk iftar nnti?
Atau...Allah menjemput kite terlebih dahulu..
Apa yang akan dibawa??Apa??
Hanya dengan............



  1. Tarawekh- 8 rakaat je.
  2. Quran- Kalau sempat baca..
  3. Tahajud- Kalau sempat buat,sebab takut tak dan sahur..Atau tunggu 10 terakhir
  4. Dhuha- Susah sikit..terikat dengan jadual belajar
  5. Zikir- Buat yang sempat je..
  6. Tazkirah- Kalau tak ngantuk..
  7. Solat jemaah- Adelah buat jugak..
  8. Sedekah- Emm..ade lah jugak rasanya
  9. Tadarus- Hahaha...hari pertama je
  10. Sahur- Hohoho..lawak2..x pun..susah nak bangun
ALLAH...ALLAH...ALLAH...ALLAH...ALLAH

Campur tolak dengan..

  1. Sakit hati dengan orang
  2. Meluat sana sini
  3. Buat orang sakit hati
  4. Dengar orang ngumpat
  5. Tengok TV
  6. Pergi bazaar beli banyak2 pastu buang
  7. Dengar lagu tak tentu hala..
  8. FB siang malam,kadang2 sampai sahur..
  9. Siang dipenuhi dengan tido je sbb malam berjaga dgn FB
ALLAH...ALLAH...ALLAH...ALLAH...ALLAH

Ape nak jadi dengan diri ini..
Ramadhan yang hadir bagaikan tidak mempunyai erti buat diri kita..
Ianya datang dan pergi begitu saja..

ALLAH...ALLAH...ALLAH...ALLAH...ALLAH

Lupekah kita pada satu hadis Rasulullah..

"Celakalah bagi orang :1-Yang masih ade ibu bapa yang telah tua tapi dia tidak boleh masuk syurga
                                   2-Apabila datang bulan Ramadhan tapi masih tidak diampunkan
                                   3-Apabila disebut namaku,tapi tidak berselawat kepadaku

Alaa..sume orang makruf tentang hadis ini..
Tapi wat2 tak tau je..

Soalnya sekarang..Mampukah dapat maghfirah dari Allah?
Sedangkan caturan untuk mendapat maghfirah itu menurut Maulana Johari,perlukan rahmat Allah terlebih dahulu..
Tapi..Fasa rahmat telah pun berlalu..Itupun entah ape yang diisi..

ALLAH...ALLAH...ALLAH...ALLAH...ALLAH

Diri ini terlalu kosong..

SAHABAT-SAHABATKU...

Ianya masih belum terlambat..Walaupun telah separuh Ramadhan berlalu..
Kita masih diberi peluang..

PASTIKAN HARI INI MENJADI MILIK KITA!!
IA PASTIKAN ITU BERLAKU!
BUKAN MAKSUDNYA KITA BISA LARI DARI KEMATIAN,TAPI PENUHI HARI INI DENGAN KEBAIKAN!
CEPAAAT!!!ALLAH MASIH MENANTI KITA SEMUA!PELUANG MASIH TERBUKA LUAS!!

BANGUN!!!SEBELUM KAMU TIDAK AKAN BANGUN LAGI SELAMA2 NYA!