Showing posts with label Jihad Lil Islam. Show all posts
Showing posts with label Jihad Lil Islam. Show all posts

Sunday, 30 September 2012

Bahtera Penyelamat 2

Sambungan Bahtera Penyelamat 1..

Orang Mukmin Yang Dengki Padanya


  • Hasad dengki merupakan penyakit yang sangat bahaya
  • Hasad bisa menghakis iman seseorang mukmin jika dia tidak kembali bertaubat kepada Allah SWT.
  • Sabda Rasulullah SAW:
"Penyakit umat sebelum kamu telah menular kepada kamu,iaitu hasad dengki dan permusuhan.Permusuhan tersebut ianlah pengikis atau pencukur.Saya tidak maksudkan ia mencukur rambut,tetapi yang saya maksudkan ialah ia mengikis agama" (Hadis Riwayat Baihaqi)

Sabda Rasulullah SAW lagi:

"Bencana melepaskan seekor serigala lapar di dalam kandang kambing tidak lebih besar daripada bencana yang menimpa pegangan agama seseorang Muslim dari sifat serakah terhadap harta dan hasad dengki.Sesungguhnya sifat hasad memamah segala kebaikan seperti api yang memamah kayu kering."







Para duat khususnya yang masyhur,alim,aktif dan berbakat kebiasaannya terdedah kepada hasad dengki manusia yang sentiasa menunggu-nunggu ruang untuk mencetuskan pertembungan dan pergaduhan antara mereka dan nenjatuhkan mereka.

Ibnu Mu'taz pernah berkata:

"Orang yang hasad tu marah kepada orang yang tidak berdosa,kikir terhadap sesuatu yang bukan kepunyaannya dan sentiasa mencari dan meminta sesuatu yang tidak akan diperolehinya."

Dalam hal ini Allah memerintahkan nabi supaya berlindung dari golongan hasad seperti dalam firmanNya dalam Surah Al-Falaq.

Nantikan sambungannya....:)

Friday, 28 September 2012

Bahtera Penyelamat 1

Bahagian Pertama:
-Rintangan Perjuangan Dalam Kehidupan Pendakwah



Ketahuilah,sesungguhnya Allah akan menguji kita.Dia akan menguji hakikatmu.

Firman Allah dalam Surah Al-Ankabut :Ayat 1-3

"Alif lam mim.Adakah manusiaa mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja untuk mengaku bahawa Kami telah beriman sedangkan mereka tidak diuji lagi?Sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka,maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yyang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yaang dusta."

Di dalaam hadis ada menyebut:

"Orang yang paling kuat diuji ialah para nabi,kemudian yang paling baik selepasnya,kemudian orang yang paling baik selepas itu."

"Sesungguhnya Allah SWt apabila mengasihi sesuatu kaum,dicubanya mereka itu (dengan berbagai cubaan),barangsiapa yang rela dengan cubaan itu maka mereka mendapat kerelaanNya (Allah),dan barangsiapa yang benci (marah),maka baginya kemuurkaan Allah."

Pengakuan keimanan sebenarnya memerlukan kepada bukti.Jalan perjuangan jihad ialah jalan yang panjang yang penuh dengan derita dan sengsara.

"Jalan syurrga dihampiri oleh kesukaran manakala jalan ke neraka dihampiri oleh keghairahan syahwat."

Jadi sekiranya seorang daie itu tidak ada tali yaang kukuh dengan Allah SWT,tidak berpegang keepada Al-Quran dan Sunnah,sesungguhnya dia sedang dilanda musibah daan bencana yang besar.

Rasulullah SAW bersabda:

"Orang mukmin itu sentiasa di aambang 5 dugaan susah:

1-Mukmin yang dengki padanya
2-Munafiq yang benci kepadanya
3-Kafir yang memeranginya
4-Syaitan yang menyesatkannya
5-Nafsu yang sering bertarung untuk mengalahkannya

Dalam hadith ini Baginda menghuraikan pelbagai kesusahan untuk para daie.Jadi,meeka memerlukan bekalan yang cukup dan mantap!




"Sesungguhnya kebijaksanaan adalah laksana barang yang hilang dari seorang mukmin.Maka dimana saja ia ditemui dialah berhak mengambilnya"

Cukup sekadar ini InsyaAllah..Nantikan sambungannya :)


Sunday, 5 August 2012

BANGKITLAH PEMUDA..USAH FUTUR


Bangkitlah Pemuda, Usah Futur






Penyakit yang seringkali dihadapi oleh para pemuda hari ini ialah futur iaitu kecundang di tengah perjuangan. Penyakit futur merupakan halangan terbesar bagi Islam mencapai kemenangan.


Pemuda yang dikenali dengan semangat yang tinggi serta kekuatan yang optimum menjadi tunggak utama dalam memperanankan sesebuah gerakan Islam. Dengan kelebihan yang ada pada pemuda, segala gerak kerja dapat dilaksanakan. Inilah yang disebutkan oleh seorang tokoh gerakan yang disegani mengenai 4 keistimewaan yang ada pada pemuda sehingga di anggap sebagai tiang ummah, iaitu :

- Keimanan atau keyakinan yang tinggi
- Keikhlasan yang nyata
- Semangat yang berkobar-kobar
- Tenaga dan pengorbanan yang tinggi

Keempat-empat ini jika digunakan dengan baik, maka pemuda tersebut mampu menggegarkan dunia sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh para pemuda semenjak zaman dahulu sehingga kini.Antaranya kita dapat lihat bagaimana Usamah bin Zaid yang diamanahkan untuk menjadi panglima perang di kala usia baru mencecah sekitar 17 tahun, walaupun di sana ada para sahabat yang lain yang lebih berketerampilan. Namun, atas dasar semangat kepemudaan yang ada, beliau diberikan kepercayaan untuk mengetuai batalion tentera Islam.

Begitu juga dengan sejarah Salahuddin Al-Ayubi yang berjaya merampas kembali hak umat Islam iaitu Baitul Maqdis dari tangan tentera Salib sejak sekian lama. Sultan Muhamad Al-Fateh, yang berusia sekitar 19 tahun, telah dipilih untuk membenarkan janji Nabi SAW iaitu pembukaan Kota Kostantinopal.

Ini adalah semangat juang yang tinggi yang membuak-buak di dalam dada seorang pemuda di samping keyakinan dan keimanan yang mantap.

Namun, pemuda mestilah berhati-hati agar tidak futur di dalam perjuangan.

Tahap futur yang paling kecil ialah malas. Iaitu seseorang yang sedang dalam perjuangan, malas untuk terus berjuang atau hanya melakukan perkara yang biasa saban tahun, tidak berusaha meningkatkan keupayaan diri. Ini dinamakan malas.

Dan tahap futur yang paling teruk ialah mereka yang terus lari daripada perjuangan. Mereka yang tidak mahu lagi untuk meletakkan diri mereka di dalam dunia perjuangan.

Justeru, untuk mengelakkan diri tidak terjebak dengan penyakit futur ini, pemuda mestilah mengetahui simpton-simpton berkenaan dengannya, iaitu:-

- Terlalu ghairah mendapatkan kemenangan

Pemuda yang terlalu ghairah dan tidak bersabar dalam mengecapi kemenangan akan mudah futur. Hal ini demikian, asam garam dalam perjuangan adalah dugaan. Tidak dinamakan sebagai perjuangan melainkan dengan pengorbanan. Bahkan dakwah merupakan satu amanah yang berat serta tempohb yang berpanjangan. Mereka yang tidak sabar serta tidak menelusuri sunnah dalam perjuangan akan kecundang dengan lebih awal.

- Merasa lama dalam perjuangan

Bagi mereka yang sudah berada di dalam perjuangan juga akan merasakan malas untuk bekerja apatah lagi memikul jawatan. Hal ini demikian, antara faktor ialah merasakan diri sudah berada lama dengan perjuangan dan sudah tiba masa untuk berehat seterusnya digantikan dengan generasi yang baru. Fenomena ini selalu berlaku di kalangan pemuda yang berkecimpung lama dalam medan dakwah. Pemuda kena jelas, tempoh perjuangan adalah berpanjangan samada kemenangan Islam atau mati syahid, maka tidak ada istilah sudah lama dalam perjuangan atau sudah tiba masa berehat. Yang ada dalam gerakan Islam hanyalah pertukaran posisi dalam gerak kerja. Apa yang penting ialah terus bekerja.

- Tidak meyakini kekuasaan Allah, hanya yakin kepada usaha semata-mata

Selaku pemuda yang membawa risalah Islam, perbezaan dengan orang kafir ialah pemuda Islam bekerja dengan mengharapkan keredhaan Allah sepenuhnya di samping usaha yang gigih dikerahkan melalui perancangan yang dibuat.Menjadi masalah apabila pemuda terlalu yakin dengan perancangan sendiri sehingga alpa dengan kekuasaan Allah. Hasilnya, apabila ditimpa ujian dengan kegagalan dalam perancangan yang dilaksanakan, akan menyebabkan futur.

- Bekerja disebabkan individu

Antara faktor lain ialah pemuda yang bekerja disebabkan tertarik dengan kotokohan individu yang berjuang. Semangat perjuangan yang diberikan adalah kerana disebabkan ketokohan individu tersebut bukannya kerana dakwah itu merupakan suatu kewajipan. Apabila individu tadi bermasalah, pemuda tersebut turut bermasalah. Bahkan ia boleh menyebabkan intima' syakhsi dalam diri pemuda tersebut yang akan melarikan fokusnya dalam perjuangan. Mereka berjuang untuk individu bukan untuk melaksanakan amanah Allah.

- Semangat tanpa kefahaman

Ramai pemuda yang bekerja dengan berlandaskan semangat semata-mata tanpa kefahaman yang jelas. Ekoran fitrah pemuda yang mempunyai semangat juang yang tinggi, bekerja merupakan perkara yang tidak menjadi masalah dalam diri. Namun permasalahan yang timbul ialah tidak memahami dasar perjuangan yang dilakukan. Akhirnya, perjuangan yang dilakukan mengikut rentak isu serta habuan dunia bukannya kerana disebabkan kefahaman yang betul iaitu menjulang panji Islam di dunia. Pemuda yang hanya berkorban atas dasar semangat semata-mata perlu diberikan pengisian yang berterusan agar mendapat kefahaman yang jelas.

Ini adalah beberapa simpton yang menyebabkan penyakit futur. Bahkan terdapat beberapa lagi simpton yang perlu diketahui oleh pemuda dengan membaca buku-buku yang dikarang oleh tokoh-tokoh gerakan.

Pemuda perlu meyakini bahawa perjuangan yang mereka bawa adalah perjuangan yang benar yang diwariskan oleh para Nabi terdahulu. Tiada istilah rehat berterusan dalam dunia perjuangan. Apa yang mesti diyakini oleh pemuda ialah 2 sahaja samada kemenangan Islam atau mati syahid.

Justeru, bagi mahasiswa/wi Islam Malaysia di Mesir, medan untuk terus bekerja di lapangan dakwah adalah melalui medium PMRAM yang sudah berkecimpung dengan dunia dakwah semenjak dahulu lagi. PMRAM mahukan pemuda yang bersemangat tinggi di samping keyakinan yang mantap dengan kekuasaan Allah. PMRAM yang terus meletakkan Al-Quran dan As-Sunnah menjadikannya medan untuk mahasiswa/wi ditarbiyah dan seterusnya mentarbiyah.

Kemantapan Fikrah Membina Syakhsiah

Muhamad Zuhaili Saiman
Presiden
PMRAM 2011

Tuesday, 17 January 2012

Hidup Mulia Atau Mati Syahid??

Ajaibnya Mati Syahid!



Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekalian,

“Dan jangan sekali-kali kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; sebenarnya mereka hidup, di sisi Tuhannya mendapat rezeki.”(QS Ali Imran : 169)

1.      Allahlah Yang Maha Tahu bagaimana para syuhada’ itu tetap hidup di sisiNya.
2.      Allah Yang Maha Menyaksikan bagaimana para syuhada’ itu memperolehi kenikmatan hakiki dariNya.
3.      Allah pula Yang Maha Berkehendak bila para syuhada’ itu diberi kesempatan untuk melihat keadaan orang-orang yang masih menunggu-nunggu, apakah benar mereka istiqamah menunggu syahid ataukah mereka menunggu-nunggu kerana mencari-cari alasan untuk meringan-ringan urusan jihad.

Ada hidup yang lebih dari sekadar hidup secara jasad.

Ada hidup yang tidak berakhir hanya kerana kematian dan hanya para syuhada’ yang mendapatkan keistimewaan ini.

Ruh jihad mereka terus hidup hingga ruh terakhir manusia di muka bumi dicabut dari jasad.

Ruh jihad mereka terus menyala di sanubari para penunggu syahid untuk menjadi saksi atas janjiNya.

Inilah kehidupan yang zaman pun mengakui maknanya.

Inilah kehidupan yang tidak difahami oleh musuh. Mereka mengira dengan memadamkan nafas seorang pejuang, maka ruh jihadnya akan terhenti.

Sungguh mengkagumkan bahwa ruh jihad itu menular lebih cepat dari satu tarikan nafas itu sendiri.

Mereka mengira bahwa ikatan persaudaraan kaum muslimin itu hanya dijalin dari satu tanah sebuah negara ke tanah sebuah negara yang lain hingga mereka berfikir bahwa ikatan persaudaraan itu akan putus bila tanah sebuah negara itu telah mereka hancurkan.

Sungguh dangkal pemahaman mereka.

Ikatan persaudaraan kaum muslimin itu sebenarnya dijalin dengan tali langit, ketika hati hanya tertuju kepadaNya.

Bila mereka hendak memutuskan ikatan ini, satu-satunya jalan yang tersedia adalah memutuskan kesatuan langit, dan cubalah mereka lakukan itu jika mereka mampu.

MUS’AB BIN UMAIR

Masih ingatkah kita dengan akhir hidup seorang pemuda yang tampan wajahnya mirip dengan wajah Rasulullah saw?
Di Makkah, dialah pemuda yang diminati. Bila ia berjalan, setiap mata pun tertuju kepada si penarik perhatian ini.

Tetapi bagaimana keadaan pemuda ini setelah dia menzahirkan ketauhidan?
Tertunduk wajah para Sahabat melihatnya. Amat berbeza antara sebelum dan sesudahnya. Dia lah Duta Islam yang pertama. Hijrah menjadi begitu bermakna melalui peranan pentingnya.

Justeru bagaimanakah akhir hayatnya ?

Pemegang Panji Islam dalam Perang Badar dan Uhud ini menunjukkan bagaimana mukmin yang amanah itu sebenarnya.
Siapakah pemuda ini?

Beliaulah Mus’ab bin Umair.

Kematian sudah menghampirinya ketika tusukan pedang musuh meminta ia melepaskan panjinya. Sambil tetap memegang panjinya, lidahnya tidak berhenti mengulang-ulang bahwa Muhammad adalah Utusan Allah dan telah berlalu sebelumnya utusan-utusan Allah.

Ketika syahid, tidak ada kain yang mencukupi untuk menutup jasadnya. Bila bahagian kepala yang ditutup maka bahagian kaki terbuka, bila bahagian kaki yang ditutup maka bahagian kepala pula yang terbuka.

Ketika melihat jasad Mus’ab, tidak ada kalimat yang keluar dari Rasulullah saw selain :

“Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada ALLAH. Dan di antara mereka ada yang gugur, dan di antara mereka ada yang menunggu-nunggu dan mereka sedikit pun tidak mengubah” (QS Al Ahzab : 23)

ZAID HARITHAH, JA’FAR ABU TALIB DAN ABDULLAH RAWAHAH

Siapakah yang tidak bergetar hatinya membaca kisah gugurnya tiga pemuda panglima Islam sekaligus, Zaid bin Harithah, Ja’far bin Abu Talib dan Abdullah bin Rawahah, hanya untuk menjaga agar panji Islam tidak jatuh hingga Rasulullah saw pun terdiam ketika mendapat khabar dari langit mengenai syahidnya orang-orang yang terdekat dan dicintainya itu ?

Menangkah musuh kerana syahidnya mereka ?
Amat jauh perbezaannya apa yang disangka dan apa yang nyata.

Justeru keangkuhan Romawi menjadi padam kerana ruh jihad mereka. Perginya mereka justeru ‘melahirkan’ seorang Khalid, sang panglima yang dikurniakan Allah untuk tidak pernah merasakan kekalahan dalam setiap peperangan yang dipimpinnya.

Terhentikah hidup mereka?
Ruh jihadnya semakin menyala di hati para pejuang penegak kalimatNya hingga akhir zaman.

ABDULLAH AZZAM

Siapakah yang melumpuhkan kekuatan Soviet Union yang menakutkan bagi mereka yang takut selain kepada Allah ?
Afghanistan pun menjadi seperti neraka bagi tentera beruang merah itu. Afghanistan menjadi bahan bukti betapa golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak iaitu hanya dua syarat :

1.      Ketauhidan yang disertai dengan kesabaran.
2.      Persaudaraan orang-orang beriman seumpama satu tubuh. Bila bahagian yang satu disakiti, bagaimana mungkin bahagian yang lain tidak merasakan sakit.

Syaikh Abdullah Azzam yang bergabung dalam Mujahidin Afghanistan seolah-olah mengulangi apa yang pernah terjadi dahulu ketika seorang Syaikhul Islam IbnuTaimiyyah pun terjun ke medan jihad menyelamatkan Syam yang diserang oleh pasukan Tartar.

Lalu bagaimanakah keadaan Afghanistan ketika ini ?
Apakah yang diperolehi oleh musuh di sana ?
Syurgakah atau Nerakakah ?

AHMAD YAASIN

Apakah bentuk ketakutan yang wujud di benak musuh ketika mereka merancang untuk memadamkan nafas seorang Ahmad Yaasin sehingga mereka perlu menunggu waktu solat subuh berjamaah di mana cara yang digunakan itu hanya menunjukkan siapakah yang pengecut dan siapakah yang takut.

Roket tanpa kendalian manusia dari sebuah helikopter tempur yang istimewa pula perlu ditembak hanya untuk menghentikan ruh seorang Ahmad Yaasin.

Jadi, siapakah Ahmad Yassin?

Seorang tua dan boleh dikira sebagai seorang buta yang lidahnya tidak digunakan kecuali untuk berzikir.
Ia benar-benar mendefinasikan siapakah ulama’ itu sebenarnya ketika tidak ada ketakutan dalam hatinya kecuali hanya kepada Allah.

Medan jihad membebaskan tanah yang dirampas adalah rumah baginya yang hanya mampu duduk di kerusi roda ketika sisa bahagian tubuh yang mampu digerakkan hanya tinggal sedikit iaitu di bahagian kepalanya yang gerakannya tidak lebih dari sebuah isyarat.

Berhasilkah musuh menghentikan ruh jihadnya ?
Cukuplah Gaza menjadi jawabannya.

Logik apakah lagi yang mampu menjelaskan golongan yang sedikit mampu memukul golongan yang banyak?

Masihkah kita ingat akan Solat Jumaat pertama di Gaza setelah pencerobohan kaum yang pengecut itu?

Pesawat tempur musuh berlegar-legar di atas para jamaah yang menyelesaikan solat mereka. Udara bergetar menderu-menderu dek kerana dekatnya sang burung besi pemangsa dengan mereka yang hendak dijadikan mangsa.

Lalu apakah yang terjadi dengan para jamaah solat?

Sedikit pun mereka tidak berganjak dari tempat solat mereka.

Hati mereka khusyuk mengingati Allah, Penggenggam setiap nyawa. Mereka tidak menggembar-gembor untuk menakuti musuh dengan ancaman kosong melainkan dengan lidah yang hanya dipakai untuk berzikir untuk mengukuhkan ketakutan hanya kepadaNya.

Berhasilkah musuh menakuti mereka?

Yakinlah, getaran udara yang menderu-deru mengibas rambut para jamaah tersebut tidak mampu mengatasi getaran ketakutan yang merayap ke dalam hati, jantung dan seluruh tubuh pemandu pesawat tempur itu.
Oleh yang demikian, siapakah yang takut dan siapakah yang menakutkan?

RENUNGAN UNTUK DIRI KITA

a. Sungguh aneh mereka yang menyatakan ingin syahid tetapi kehidupan hariannya menunjukkan apa sebenarnya yang dicari. Cukuplah sebagai pembeza ketika orang-orang yang keadaannya lain di mulut lain di hati lebih senang bersantai daripada memenuhi janjinya. Tempat duduk mereka terlalu nyaman dibandingkan dengan perjuangan menegakkan kalimat tauhid yang kesannya adalah terhadap harta dan jiwa mereka.

b. Sungguh aneh mereka yang menyatakan ingin syahid tetapi banyaknya ketawa mereka yang hanya menjauhkan diri mereka dari apa yang dicita-citakannya.

c. Sungguh aneh mereka yang merindukan syahid tetapi tidak mempersiapkan apapun untuk kedatangan tetamu istimewa mulia itu.

d. Bagaimana mungkin tetamu istimewa berkenaan datang apabila yang dipersiapkan berbeza dari apa yang sepatutnya disediakan untuk sang tetamu tersebut. Tetamu yang ini datang membawa khabar kematian yang mulia dan membawa kehidupan sebenarnya, sedangkan apa yang dipersiapkan jelas untuk tetamu yang membawa khabar betapa indah dan nikmatnya dunia.

e. Sungguh aneh mereka yang menunggu jihad hanya bila sudah bertemu musuh di medan juang.

KESAN TERHADAP UMAT ISLAM

Tidak sedarkah mereka bahwa sekarang adalah masanya :

1. Musuh yang tidak terlihat oleh mata zahir telah merosakkan barisan mereka.
2. Akidah mereka telah disamarkan.
3. Kitab mereka telah digantikan dengan kitab-kitab lain yang mereka baca dan kaji.
4. Waktu mereka dialihkan dengan yang sia-sia dan yang telah membuatkan mereka lupa.
5. Ketakutan mereka kepada Allah telah diimbangi dengan ketakutan kepada manusia.

Adakah mereka yang merasa mampu untuk menegakkan Kalimat Allah senang dengan hanya duduk-duduk sahaja?

Adakah mereka akan meneruskan perjalanan yang dipenuhi dengan :

1.      Canda tawa?
2.      Kesenangan?
3.      Tidur yang nyenyak?
4.      Mensia-siakan waktu?
5.      Harta melimpah ruah?
6.      Pujian dari pencinta dunia?

Hanya mereka yang mengambil pelajaran dari seerah Rasulullah saw dan orang-orang yang beriman mampu meneruskan perjalanan yang dipenuhi dengan berbagai ujian dan cobaan yang tidak jauh berbeza dari apa yang dialami oleh para pendahulu mereka.

Ketika perjuangan mereka dipenjara dan ditawan oleh orang-orang yang lupa, cukuplah kalimat dari sebenar-benar ulama’ yang dijemput oleh malaikat maut dalam penjara penguasa semata-mata untuk menegakkan jihad utama yang menjadi jawaban mereka.




“Manusia yang dipenjara adalah mereka yang terpenjara dari Rabbnya dan manusia yang tertawan adalah mereka yang ditawan oleh hawa nafsunya”(Ibnu Taimiyyah)

Ya Allah, mudahkanlah kami untuk menyusuri jalan para syuhada’ yang telah menunaikan janji mereka kepadaMu kerana sesungguhnya mereka hakikatnya hidup di sisiMu dengan memperolehi rezeki yang tidak terbatas.

Ameen Ya Rabbal Alameen

Wan Ahmad Sanadi Wan Ali
Pengerusi JK Tarbiah IKRAM Shah Alam

“UKHUWAH TERAS KEGEMILANGAN”
“IKRAM WADAH PERJUANGAN”

Friday, 13 January 2012

Pendakwah Idaman

Pendakwah yang kita ingini
Oleh: Dr. Hamdi Fattouh Waly




Dakwah Islam adalah mulia. Golongan yang mampu memperolehinya hanyalah para amilin (aktivis) yang ikhlas. Tugas dakwah merupakan tugas para rasul, yang merupakan manusia terbaik di kalangan hambaNya, dan menjadi utusanNya kepada manusia, dan tugas khalifah-khalifah  Rasul dan pewaris mereka yang terdiri dari para ulamak yang bekerja, jujur dan bersifat rabbani. Ini adalah perniagaan terbaik setelah iman kepada Allah:

“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh, dan berkata: “Sesungguhnya Aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?” (Fussilat: 33)

Pendakwah adalah lelaki yang bersih jiwanya, halus hatinya, khusyuk anggotanya, dan merdeka fikirannya. Ia sentiasa menemui Tuhannya, bersungguh-sungguh menghadapkan wajah kepada-Nya, tinggi harapan dan mengharapkan rahmat-Nya dan takut hukuman-Nya, iaitu antara ketakutan dan harapan, selalu berharap kepada Allah supaya menerima amal solehnya, dan memberkati usahanya, dan membuka hatinya sepertimana hati-hati para solihin dari kalangan hamba-Nya, dan membasahkan lidahnya yang sentiasa mengulang-ulang sebutan:

“Ya Tuhan kami terimalah daripada kami (amalan kami), Sesungguhnya Engkaulah yang Maha mendengar lagi Maha Mengetahui”. (al-Baqarah: 127),

Ia berharap Allah menempatkan dirinya bersama maqam orang-orang yang melakukan perubahan atau pembaikan, seperti yang Allah nyatakan tentang mereka:

“Dan orang-orang yang berpegang teguh dengan Al Kitab (Taurat) serta mendirikan shalat, (akan diberi pahala) Karena Sesungguhnya kami tidak menyia-nyiakan pahala orang-orang yang mengadakan perbaikan”. (Al-A’raf: 170)

Pendakwah yang kami maksudkan bukan seorang penceramah atau pemidato, kerana jikalau pendakwah seorang penceramah maka dia hanya berceramah sahaja. Cukuplah kenyataan ini: “Pendakwah adalah seorang yang menyakini kepada fikrah, gagasan atau idealismanya. Ia berdakwah atau menyeru manusia kepada fikrah secara tulisan, ceramah atau perbualan biasa, kerja keras, secara peribadi dan umum, dan segala perkara yang boleh digunakan yang berupa alat-alat penyebaran maklumat. Oleh sebab itu, pendakwah boleh menjadi penulis, penceramah, penyampai dan menjadi teladan yang mempengaruhi orang melalui perbuatannya”. (Tazkirah Duat –Bahiy Khouly)

“Pendakwah juga seorang ‘doktor masyarakat’ yang merawat penyakit di dalam jiwa, dan memperbaiki keadaan masyarakat yang rosak. Oleh itu, pendakwah adalah pengkritik yang celik, hidupnya digunakan untuk melakukan perubahan dan pembaikan ke arah yang Allah kehendaki. Pendakwah adalah rakan dan teman, saudara kepada yang kaya dan miskin, tua dan muda, dan melalui sifat ini tercerna dalam hatinya perasaan kasih mengasihi, dan mengalirkan rahmat di matanya, dan mendatangkan kecerian dan pengharapan dari lidah dan tangannya. Ini sangat diperlukan bagi pendakwah.. Dakwahnya melimpahkan kekuatan dan keceriaan kepada ruh, bukan dari kefasihan bicara dan kepetahan lidah. Pendakwah adalah ketua di lingkungannya, ahli politik di persekitarannya, pemimpin kepada fikrah dan orang yang mengikuti di sekelilingnya. Semua ini membuktikan bahawa tidak memadai hanya bergantung kepada syarahan atau ceramah sahaja, tetapi mesti ada pengaruh jiwa, dan dominasi ruhiyyah, berhubungan dengan Allah, dan penggunaan fikiran tentang apa yang telah terjadi dari pengalaman sejarah, dan keadaan manusia”. (Tazkirah Duat – Bahiy Khouly)

Pendakwah hendaklah hidup penuh keprihatinan terhadap umatnya, menyedari dalam dirinya sendiri bahawa dia bertanggung jawab ke atas keselamatan dan kestabilan mereka, mengawal akidah dan memastikan keutuhannya. Pendakwah merasai bahawa apa jua bahaya yang menimpa bangsanya juga adalah bahaya yang turut menimpa dirinya. Pendakwah adalah umpama gembala yang menyayangi peliharaannya dan bapa yang mengasihi anak-anaknya .

Selain pendakwah begitu prihatin terhadap umat, bersemangat terhadap akidah, bimbangkan masa depan, memelihara keselamatan dan kestabilannya, maka ia juga melihat dengan mata hatinya apa yang melemahkan pandangan ramai orang tentang perkara yang dilihatnya, dan menyedari melalui pengalaman dan kepintarannya tentang usaha pihak musuh yang merancang kejahatan dengan memotong dan menyembelih mereka, mereka lebih teliti dalam melancarkan teknik-teknik propaganda, penyesatan dan penipuan. Begitu juga pendakwah seharusnya sedar tentang keadaan musuh-musuh Islam, bijak tentang cara-cara mereka, dan sedar apa yang meracuni jiwa dan menutupi tipu daya, yang tersembunyi dari pengetahuan orang-orang tidak berpendidikan dan orang biasa, dan hanya difahami oleh mereka yang berpandangan ke depan dan memiliki kefahaman.

Ini adalah kategori orang-orang terdahulu yang ragu dan berdusta seperti yang pernah nabi sampaikan dakwah. Oleh sebab itu, Allah swt menyatakan kepada Nabi saw dengan firman-Nya:

“Dan kalau kami kehendaki, niscaya kami tunjukkan mereka kepadamu sehingga kamu benar-benar dapat mengenal mereka dengan tanda-tandanya. dan kamu benar-benar akan mengenal mereka dari kiasan-kiasan perkataan mereka dan Allah mengetahui perbuatan-perbuatan kamu. (Muhammad: 30).

Tidaklah cukup bagi seorang pendakwah yang menyakini dakwahnya, ikhlas dengan fikrah atau idealismanya dan prihatin terhadap kesakitan umatnya, malah rentetan dari itu, pendakwah hendaklah peka dengan pengetahuan semasa, ‘bersenjata’ setanding dengan senjata musuh,  mampu mengawasi teknik dan strateginya,  terutama ilmu-ilmu moden yang berkembang  dari tamadun barat, yang berteraskan keduniaan dan tanpa agama yang bermatlamat mahu memenuhi keinginan nafsu, menikmati keperluan fizikal dan keseronokan hidup.

Di dalam peradaban Barat yang memperkembangkan pelbagai ilmu sains tidak mahu menghubungkan antara mereka dan penciptaan Yang Mulia dan persepsi iman yang tepat, “Oleh kerana itu pendakwah di zaman ini terpaksa sepenuhnya menguasai ilmu-ilmu ini, untuk menyakinkan fikiran skeptic kerana jika jawapannya hanya terhad pada buku-buku agama semata-mata  ianya tidak mampu menolak hujah-hujah mereka, dan menjadi lebih dangkal dari orang biasa, sedangkan mereka ini fitrahnya beriman, dan tidak perlu usaha yang besar untuk menyeru mereka kepada kebenaran, iaitu untuk mengembalikan mereka kepada kebenaran tidak perlu menambah dasar baru Islam. Bagi pendakwah walaupun tugasnya tidak boleh mengabaikan peneguhan akidah yang jelas dan mengukuhkan hati dengan iman, namun yang paling penting dari semua, ialah meningkatkan tumpuannya yang khusus kepada orang-orang yang mempelajari ilmu-ilmu moden untuk membetulkan pemikiran yang meragukan, dan di antara mereka ialah orang yang  merasa tenang tanpa agama (atheisme) yang sebenarnya jahil dan lemah.

“Pendakwah yang tidak mengambil jalan ini, maka ia umpama debu yang ditiup angin yang tidak tahu ke mana akan pergi. Iman yang diwarisinya menyerunya supaya teguh dan tetap. Tetapi ilmu- ilmu moden menariknya dari setiap arah, sehingga akan mencabut keteguhan iman dari dasarnya. Oleh itu, pendakwah mestilah memastikan dakwah menuju kepada pengkajian ilmu pengetahuan ini, untuk membezakan yang buruk dengan yang baik, dan menarik jiwa kepada kebenaran dengan cepat.” (Majalah Al-Azhar).

Hal ini ditegaskan oleh Sheikh Muhammad al-Ghazali rahimahullah  yang menyangkal orang-orang Islam yang jahil tentang reality mereka, sibuk dengan urusan-urusan remeh temeh, dan prihatin dengan perkara yang kecil. “Lihatlah apakah perkara yang menyibukkan para cendikiawan dan pemikir kita sekiranya kehidupan beragama seumpama ‘debu yang ditiupkan angin’! Apakah isu terpenting yang perlu diberi perhatian dan mula difikirkan? Apabila umat Islam memikul amanah dakwah ‘alamiyyah, adakah mereka perlu mempelajari tentang dunia di sekeliling mereka? Adakah mereka telah mengenali musuh dan rakan?”. (Humum da’iyyah- Muhammad al-Ghazaly)

Jika mereka diberitahu dalam Al-Quran tentang golongan yang menunggu-nunggu peluang untuk menghancurkan mereka:

“Mereka tidak henti-hentinya memerangi kamu sampai mereka (dapat) mengembalikan kamu dari agamamu (kepada kekafiran), seandainya mereka sanggup”. (Al-Baqarah: 127)

Adakah telah membuka mata mereka tentang ancaman bahaya ini dan telah mengambil langkah berjaga-jaga”. (Humum da’iyyah- Muhammad al-Ghazaly)

Dari sudut kepercayaan pendakwah kepada dakwahnya, dan keinginan yang kuat untuk menyebarkan fikrah dan idealismanya, maka ia tidak boleh lupa bahawa anak kunci yang membuka hati bukan terletak di tangannya, tetapi hanya di tangan Allah sahaja yang boleh mengubah pintu hati mereka bagaimana Dia kehendaki. Pendakwah hendaklah menyedari bahawa penjelasannya yang kukuh, akalnya yang pintar dan keazaman yang membara, semua itu tidak cukup untuk membuka pintu hati, membebaskan dari kepalsuan, dan menyelamatkannya dari kesesatan. Pendakwah hendaklah selalu ingat firman  Allah swt:

“Bukanlah kewajibanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk, akan tetapi Allah-lah yang memberi petunjuk (memberi taufiq) siapa yang dikehendaki-Nya”.  (al-Baqarah: 272),

Tidak sepatutnya pendakwah merasa kecewa apabila melihat terlalu sedikit orang yang mengikuti dakwahnya. Ingatlah firman Allah untuk Nabi-Nya:

“Dan sebahagian besar manusia tidak akan beriman – walaupun kamu sangat menginginkannya”. ( (Yusuf: 103).

Ketahuilah bahawa Allah hanya akan bertanya tentang sejauh mana usaha dan kerja kerasnya, keikhlasan dan kesempurnaan iltizam kita dengan agama, dan Allah tidak akan bertanya kenapa hanya sedikit mereka yang menerima dakwahnya. Allah memberi keuzuran kepadanya dalam firman-Nya:

“Sesungguhnya kamu tidak dapat menjadikan orang-orang yang mati mendengar dan (Tidak pula) menjadikan orang-orang yang tuli mendengar panggilan, apabila mereka Telah berpaling membelakang”. (An-Naml: 80)

Pendakwah hendaklah sentiasa mengingati bahawa beliau adalah penyampai agama Allah. Oleh itu hendaklah sentiasa mengamalkan adab-adab dan akhlak mulia, iaitu membersihkan batinnya dari sebarang hasad dengki, sombong, bangga diri, berbuat zalim dan menjaga lidahnya dari mengumpat,  mencerca dan berbohong. Ini kerana jika pendakwah mempunyai sifat-sifat keji seperti itu sudah tentu orang akan menjauhkan diri darinya, dan hanya sedikit yang duduk atau dekat dengannya. Allah swt telah mengajar kita bahawa kejayaan pendakwah di dalam dakwahnya bergantung kepada ketahanan imannya, dan komitmennya terhadap prinsip-prinsip dakwah dan ketinggian akhlaknya berdasarkan firman Allah melalui lidah Nabi-Nya:

“dan Aku tidak berkehendak menyalahi kamu (dengan mengerjakan) apa yang Aku larang”.  ( (Huud: ayat 88).

Jikalau pendakwah telah menyedari bahawa ia hanya menyampaikan ajaran dari Tuhannya, maka wajib baginya jujur menyampaikan dari Tuhannya dan nabi saw.  Pendakwah sentiasa berwaspada dari mendustakan nabi dengan  sengaja walaupun ia menyangka bahawa perbuatannya boleh mendatangkan kebaikan atau mengelakkan kemudaratan. Ini kerana, berdusta kepada Rasulullah saw  bukan satu keadaan yang boleh diambil mudah berdasarkan sabda nabi saw:

“Barangsiapa yang mendustakanku dengan sengaja, maka tempat tinggalnya nanti ialah di neraka”. (Bukhari)

Pendakwah juga perlu berwaspada dari tergelincir kepada kisah dan cerita yang mempersona pendengar dan menarik orang awam, yang bukan dari sumber yang benar, malah sering kisah-kisah ini lebih dekat dengan mitos, jauh dari reality, mudah di tolak, diejek  dan tidak dipercayai. Cerita-cerita seperti ini akan menjatuhkan kewibawaan pendakwah dan dakwah, dan memberikan peluang kepada musuh-musuh untuk mempersoalkan agama, mengolok-olok, dan menghinakannya, lalu mereka mengambil cerita-cerita ‘Israeliyyat’ sebagai senjata untuk tujuan melemahkan pegangan akidah dan keutuhan prinsip-prinsip Islam.

Pendakwah yang telah dikurniakan Allah kesempurnaan teras-teras dakwah dari segi iman, akhlak dan pengetahuan, hendaklah cekal dan teguh pendirian di atas penyiksaan dan kesusahan yang ditempuhi di atas jalan dakwah. Pendakwah hendaklah mengira bahawa semua ini adalah daripada Allah swt. Pendakwah mengetahui bahawa ‘mahar’ Allah tersangat mahal., dan orang yang meminang ‘perkara kebaikan’,  baginya mahar itu tidak mahal. Ingatlah selalu kata-kata nabi kita saw:

“Jalan ke syurga dipenuhi kesukaran dan jalan ke neraka dipenuhi keseronokan”. (Ahmad)

Diterjemahkan oleh:

Ustaz Suhaimi Jairi
Setiausaha IKRAM Pontian

“UKHUWAH TERAS KEGEMILANGAN”
“IKRAM WADAH PERJUANGAN”