Showing posts with label Sahabatku:). Show all posts
Showing posts with label Sahabatku:). Show all posts

Tuesday, 2 October 2012

Apabila jalinan ukhuwwah diuji..



Allah..
Ianya merupakan satu pertemuan yang indah..Semuanya diatur oleh Allah SWT..Ikatan di jalin dengan tali 'Lailahaillallah'..Semuanya menjadi indah..dek persaudaraan di atas satu kalimah yang suci kerana Allah..

Berada di Mesir hampir seminggu.Menyewa sebuah rumah di Hayyu Sabie' (Seksyen7) Kaherah.Dalam rumah ada 10 orang ahlul bait..Seronok selama seminggu bersama.Mula mengenali antara satu sama lain.Mencari kebaikan dan mengetepikan setiap keburukan.Kerana ikatan dijalin kerana Allah semata.

Dalam masa seminggu,bersama-sama membeli kelengkapan rumah.Bersama-sama menaiki tremco dan bas ke kuliah.Bersama-sama berjemaah di masjid,bersama-sama membaca mathurat..Semuanya dilakukan secara berjemaah demi menjaga ikatan suci yang dipanggil 'ukhuwwah'.

Semalam,rumah kami diziarahi oleh sahabat2 sekuliah seramai 6 orang dari tingkat satu.Naim (ahli rumah) menyediakan menu nasi goreng dan keropok untuk hidangan tetamu.Kami makan bersama dan memulakan sessi taaruf antara satu sama lain.Selesai taaruf,salah seorang dari tetamu yang datang melafazkan satu ikatan perjanjian "Alhamdulillah.Kita dah selesai mengenali antara satu sama lain.Boleh bagi tunjuk ajar antara satu sama lain.Jadi,ingatlah!Walau apa yang terjadi (diulang dua kali).ikatan ukhuwwah kita tidak akan putus.Walau ape terjadi,kita akan harungi bersama." (Lebih kurang la ayat dia)

"Ameen!"

"Insyaallah."

Masing-masing menghadiahkan senyuman..

Tiba-tiba..

"Tok..Tok..Tok.."(Pintu rumah kami diketuk)

Muncul seorang lelaki arab yang tak dikenali.Dengan wajah yang bengis seola-olah ingin marah.kami ingatkan jiran datang kerana marahkan kami mungkin suara kami gelak ketawa menganggu ketenangan mereka.Namun salah tanggapan itu.Yang datang itu adalah tuan rumah yang kami sewa.

Pertanyaan si arab:

"Kalian duduk berapa orang dalam rumah ni?"

"Sepuluh orang."Jawab kami ringkas

"Kamu tido diimana?"

"Dalam bilik dan ada yang tido di ruang tamu."

"Siapa yang hantar kamu disini mula-mula kalian sampai Kaherah?"

"AQM."

"Rumah ni hanya untuk enam orang.Bagi saya nombor orang yang menguruskan kalian sekarang."

Allah..
Nada marah si arab tadi.Terkajut kami dengan kehhadirannya.Ya,memang kami tinggal 10 orang kerana rumah ini besar.

Hati ku dihambat kerisauan.Rasa sedh mula bertandang.Baru sebentar tadi menjalinkan satu hubungan persaudaraan kerana Allah,baru seminggu kami mula mengenali ahlul bait,dah seminggu kami bersama-sama berkongsi dan berpakat untuk melakukan setiap perkara,dah seminggu kami bergurau dan bergelak ketawa..

Allah sahaja yang tau perasaan ini.Mustahil antara kami (4 0rang) perlu keluar dari rumah ini.

Ya Allah!Jangan biarkan ia berlaku!Aku tidak rela.Kerana aku akan merasakan satu kehilangan yang besar..Aku redha andai kena cari rumah sewa lain,tapi aku bagaikan tidak redha kehilangan dan berpisah dengan kalian.Ya,aku tidak rela untuk itu!

Menitis sebentar air mataku mengenangkan apakah yang akan berlaku.

KehadratMu ya Ilahi,ku bermohon dengan kekuasaanMu dan keagunganMu,jangan kau pisahkan kami.Kami rela terpaksa mencari rumah sewa lain,asal kami bersama mengahrungi setiap dugaan dan cabaran di Mesir.Allah..Kau yang menyatukan hati kami,Kau yyang menghubungkan tali ikatan yang indah ini,Kau juga yang menjagaNya..Ameen..

Memang sangat-sangat terasa.Namun,ini ujian pertama di Bumi Kinanah.





MIM,SHAD,RHA  (مصر )

MIM- Musibah

SHAD- Sabar

RHA- Redha

Inilah disebalik kalimah Mesir..

Ya,ujian pertama barangkali.Ujian seterusnya menyusul.Apa yang terjadi sekalipun,Allah sentiasa bersama kami,Allah sentiasa melindungi kami.Kerana kami yakin,ikatan ini diredhaiNya.Walau apa jua mehnah dan ibtila' yang dihadapi,ikatan ini tetap dan terus terjalin.Hingga akhir hayat.Uhibbukum FILLAH!Love u all Lillahi azza wa jalla!

Ukhuwwah Fillah >Manul,Fatah,Aiman,Luqman,Azka,Naim,Idrus,Asyraf,Hadi,Amir Aizat

"Ukhuwwah dijalin kerana Ilahi." (^_^)


Friday, 28 September 2012

Ukhuwwah untuk akhirat...

Hubungan ukhuwwah yang mantap bukanlah dengan hebatnya orang itu bergaul,dengan gelak ketawa,membenarkan setiap perbuatan teman kita,lamanya kitaa mneganlai sesorang itu dan sebagainya.Namun,ukhuwwah yang hebat itu ialah ukhuwwah yang mampu menghasilkan iman yaang tulen dan taqwa yang mantap pada Allah kepada kedua2 pihak.

Jangan menyangka dengan berborak bab-bab dunia seperti artis,bola sepak,jualan harga murah,kereta dan sebagainya mampu melunaskan hak ukhuwwah yang disebut oleh Allah SWT.

Sudah tentu itu langsung tidak memadai.Bahkan apa yang kita harapkan satu ikatan ukhuwwah itu lebih hebat dari itu.Ukhuwwan yang terjalin hingga ke syurga :) Ciptalah ukhuwwah yang memberi manfaat kepada dunia dan isinya,kepada islam dan bisa menjadi saham akhirat kita. (^_^)

Perancangan ukhuwwah yang sebegini memerlukan perasatuan/jemaah untk mentadbirnya.


Jadikan Al-quran dan Sunnah sebagai pegangan!

Jom sama2 sahabat kita mengepung dunia dengan kebaikan melalui satu jalinan ukhuwwah yang mantap!Selamatkan ummah!Ayuh!

Berukhuwwah dan Berikhwan :)

49-10:  Sesungguhnya orang Mukmin adalah bersaudara, maka damaikanlah antara kedua-dua saudara kamu, dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat.

Ahli bahasa berkata perkataan ukhuwwah itu diambil daripada perkataan al akh min aN naSab iaitu adik beradik manakala perkataan ikhwan pula bermaksud persaudaraan untuk menyumbang kepada islam..


Imam Fakhruddin Ar-Razi mengatakan apabila Allah menggunakan pekataan ikhwah dalam ayat tadi,ia merupakan satu penegasan dan arahan agar umat islam menjadi seperti 'ayah' seperti kata hukama'


"Bapaku adalah islam,tidak ade bapa lain selain islam/selainnya" (Tafsir Al-Kabir 28/111)


Imam Qurtubi pula menambah persaudaraan yang disebut Allah tadi bermaksud persaudaraan dalam urusan agama dan kehormatan (Tafsir Al-Qurtubi 12/322)


Kesimpulannya,ayat ini secara langsung menyeru umat islam agar mengukuhkan hubungan antara satu sama lain dengan didasari oleh iman. :)



Bertaut ukhuwwah di bumi kinanah bersama Syahiirul Aiman bin Ahmad Shukri dan Fatah Hakimi (Habibullah) dan juga Luqman,Manul,Hadi,Naim,Ashraf,Idrus dan Azka..:)

Tuesday, 17 January 2012

Jalinan Ukhuwwah...

Jalinan Ukhuwwah yang terlalu akrab..MashaAllah.Itulah kenangan indah ku di SMKA TAHAP bersama sahabat2 batch 2007-2011.Akan ku semadikan kenangan kita bersama sahabat2ku:)


Malam tadi,aku hantar dua pesanan message.Satu pada Fatah dan satu lagi untuk Afi.Mungkin sedikit luahan..


"Assalamualaikum.Fatah/Afi,malam ni mungkin message terakhir aku untuk ko.Hari esok insyaAllah dengan izin dan restuNya aku akan masuk Sungai Salan.Fatah/Afi,aku merayu sangat,tolonglah doakan aku ye.Demi untuk aku mencapai mardhatillah.Doakan kesihatan untuk aku.Tadi pun aku masih sakit.Kat masjid tiba2 tangan kiri aku sakit sangat.Dan terus lembik.Aku sedih sangat sebenarnya.Doakan aku ye..:)"

Ya Allah,sedikit luahan hati ku pada sahabat2ku.Aku terlalu rindukan mereka.Lagipun dah lima tahun kami bersama.Dah tiga tahun juga aku sakit.Dari F3-F5.Jadi mereka inilah yang sentiasa bersamaku ketika aku sakit di sekolah.Tidak kira waktu mereka tetap setia bersamaku.Jadi aku yakin mereka cukup memahami apa yang aku lalui dan rasai.Afi,pernah sebilik denganku waktu F3.Tidur sebelah aku kadang2 dengan Amin.Bukan ape,takut aku sakit tengah malam kang.Amin dan Afi pernah bangun terkejut 3 pagi sebab aku menangis2 sakit.Mereka bacakan yassin untuk aku.Afi pun sering teman aku waktu aku F5 di surau.Samalah dengan Fatah,nampak aku lain macam je,mulalah pegang tangan aku.Tarik aku.Ya Allah,indahnya jalinan ukhuwwah yang terpateri dek kerana iman dan lillahi taala..Pasti jalinan ini akan kekal hingga akhir hayat.Ameen!!

Dalam pukul 2.16am,handphone berbunyi.Owh,reply message dari Fatah.MashAllah,masih kuat untuk balas SMS aku walhal dah jam 2.16am.Hebatkan ikatan ukhuwwah??

"Salam.Koi harap aok kuat n mampu hadapi sume nie.Koi pun doakan aok agar aok dapat mardhatillah abadan abada.Semoga memperoleh kejayaan n keberkatan dunia n akhirat.Jumpa di len waktu yang takkan lg kite ketahui.semoga cepat sembuh.Doaku sentiasa mendampingi kamu.Wallahua'lam n uhibbukafillah n jazakallah dengan nasihat yang banyak dicurahkan."

MashaAllah,menitis air mataku mambaca SMS dari Fatah kerana aku dapat rasakan keikhlasan dari seorang sahabat.Aku juga agak terkesan dengan katanya "Jumpa di len waktu yang takkan lg kite ketahui.semoga cepat sembuh.Doaku sentiasa mendampingi kamu."

Lantas aku terus berdoa 

"Ya Allah,panjangkan umur aku dan sahabat-sahabatku.Agar kami dapat berkumpul sekali lagi dengan sebuah kejayaan.Ya Allah,kurniakan kejayaan kepada semua sahabat2ku.Ya Allah,lindungi kami Ya Allah."

Aku rasa terharu sangat.Entah kenapa perasaan sebegini hadir dalam diriku..Aku pun mencapai handphoneku dan membalas SMS Fatah..

"Fatah,syukran.InsyaAllah,kita jumpa bulan tiga nanti ye.Nanti koi sendiri turun Temerloh.Sayang aok jugak Fatah."

Subhanallah..Allah mengurniakan aku sahabat2 yang terlalu baik.Kini kami telah berjauhan dan akan tetap berjauhan.Namun,itu tidak memberi kesan apa2 kepada diriku.Kerana kata Imam Al-Ghazali.."Ukhuwwah itu bukan terletak pada pertemuan,bukan pada manisnya ucapan di bibir tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya."

Hatiku menjadi tenang.Terlalu tenang.Aku doakan agar semua sahabat2ku berada dalam keadaan yang sama walau apa jua yang sedang mereka lalui.

Akan ku akhiri coretanku ini dengan sebuah hadis:

Daripada Anas Bin Malik RA,sabda Rasulullah SAW: "Tiga perkara apabila terdapat pada diri seseorang,ia akan merasai kemanisan iman;sesiapa yang cintanya kepada Allah dan Rasul melebihi cintanya kepada yang lain,sesiapa yang mencinta orang lain hanya kerana Allah (dan bukan kerana sesuatu tujuan duniawi),dan ia benci kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkannya (daripada kekufuran),sebagaimana ia benci untuk dicampakkan ke dalam api nerka."(Riwayat Muslim)



*Selamat Berjuang Fatah Hakimi*
(Fatah-berkaca mata)
Turut di dalam gambar:
1-Irfan(berserban)
           2-Hakim(sebelah Fatah)
3-Zainul(depan rehal)


*Semoga makrifat yang diburu tercapai Afi (senyum sokmo)*
Turut di dalam gambar:
1-Abg Muaz(hujung sekali sebelah Afi)
2-Abg Rizuan(sedang berniat solat:)
3-Muiz Manan(sedang angkat takbir)


~Wallahua'lam~
^Salam Ukhuwwah Sekencang Dakwah^ 

Friday, 13 January 2012

Miss U All Fillah!! ^_^

Hari Khamis...


Aku dapat call.Rizqan rupenye yang call alu..Pelik jugak aku.Mana Dia tau aku ada kat jerantut..Kan kononnya aku gi Selangor :) Rupenye dia tanya Irfan..


"Aizat,aok kat mana?Kome,Shahfuan n Shariman nak datang umah aok ni.."


"MashaAllah..Datanglah sini..Aku ade kat umah ni.Mai datang cepat aku tunggu."


Subhanallah.Masa tu hanya Allah yang tau perasaan aku betapa aku excited.First sebab ade tetamu nak datang umah.Second sebab rindu sangat2 kat korang semua.Allah jua yang mempertemukan kita kembali :)


Dalam bebrapa minit depa pun sampai.Seronoknya aku bukankepalang.Melepaskan rindu dengan sahabat2 lama.Dah lima tahun kami bersama.Baru sebulan berpisah.Dah macam bertahun2 rasenya.


Aku pun ape lagi,ajak depa bertiga gi al-hijrah.Menyantap.Hehe..Sambil 'story telling' dan 'story sharing'..
Sape tak kenal Rizqan,rahsia orang pasti dikorek.Rahsia dia?Hanya Allah yang tau..hehe


Lepas zohor depa dah sibuk nak balik.Kata Rizqan,"Aizat,kalau tak ade bas kome balik umah awak balik ye.."Dalam hati aku pun terus berdoa,harap2 tak ade bas..Hahaha.Puas aku ajak depa nak tido umah aku tapi sebok nak balik.Terpaksa aku berdoa dalam hati macam tu.


Petang tu aku nak tepon depa tak ade kewdit.Nak tanya dah sampai tembeling belum.Tibe2 dapat call dari Cikgu Mat Jusoh.Cikgu Mat ajak aku gi kuliah kat Bukit Dinding.Dalam kul 7 Cikgu Mat ambik kat umah.Aku pun bersiap2.Lepas siap2,dapat call dari Shariman.


"Aizat,kitorang on the way umah aok ni..bas xdek.."


"Ok2..no hal"


Alhamdulillah..Doaku dimakbulkan.Malam ni dapat bersama.Seronok bukan kepalang dapat bersama.Bukan senang.Esok masing2 dah masuk U entah bile dapat jumpa and berkongsi cerita.


Malam tu mak ayah aku bawak depa sume gi makan dekat RnR.Tak kering gusi aku duk umah.Ialah,duk ngan Rizqan n the gang semalaman.Sape tak kenal Rizqan..Happy go lucky..


Masa terlalu cepat.Dah hari Jumaat.Depa sibuk nak balik.Katanya mak2 dah bising.Ialah,depa ni anak dara kat umah.Yang penting anak soleh.


MashaAllah,sedihnye.Terpaksa berpisah.InsyaAllah,nanti jumpa lagi and tido umah aku lagi..


Teringat hadis Rasulullah,antara insan yang dikasihi Allah ialah lelaki yang bertemu dan berpisah kerana Allah.Kini aku tetap akur..Berpisah..


~Ukhuwwah Fillah~
~Miss U All Fillah~

Monday, 2 January 2012

Panggilan PLKN!!

Khidmat Negara!!


Sebelum SPM lagi PLKN telah memanggil melalui internet.Alhamdulillah,aku tidak terpilih ke PLKN.Maha Adil Allah SWT membuat perancangan untuk hambaNya.Al-maklumlah,aku kan tak sesuai untuk tempat seperti itu.Pantang untuk aku tempat macam tu...Aku kan tak sihat : D


Namun,ramai juga antara sahabat2ku yang terpilih untuk PLKN.MashaAllah,masing2 tension.Ialah,semuanya dah buat perancangan masing2 untuk selepas SPM.Tiba2 PLKN!Adoiy,sian depa.Tapi sahabat2 muslimin tidak ade masalah untuk menghadapinya.Alah,pelajar lelaki bukan payah pun.Mudah jek nak bawak diri.Asal reti jaga pergaulan lelaki+pempuan,tutp lutut hingga pusat,jaga solat..ok lah tu..Bukan payah.Ceh wah,lebih2 plak aku nk berkata2..Mentang2 tak kena.. :D


Hari ni,2 Januari 2012,ramai yang dah berangkat ke tmpt msg2 untuk PLKN.Tapi,ade yang dah pergi semalam pun.Antara sahabat2 aku yang terkena PLKN ialah Tengku,Sayahiirul Aiman,Aiman Naem,Irsyad,Khairul,Zafir Ikram,Afiq,Hakim,Iqlima,Adilah,Izani,Juwairiah..ni yang aku teringat..ada lagi..


Pagi2 lagi,aku mesej semua sahabat2 aku..


"Selamat melangkah ke PLKN sahabat2ku..Jaga diri,jaga agama.Melangkahlah sebagai seorang daie@pejuang di sana.Tunjukkan keindahan islam pada semua..Luv U Fillah ^_^

Masing2 berdebar nak menghadapinya..Mungkin kalau pelajar muslimin hanya berdebar dengan 'peraturan' yang bakal dihadapi..Sebab baru 'merdeka' dari peraturan asrama..Tiba-tiba kena ikut peraturan lagi..hehe.Tapi,peraturan Allah tetap berjalan tau!Namun,pelajar muslimat banyak perkara yang perlu dirunsingkan..Antaraa yang paling kesian Iqlima,Adilah dan Izani..Masing2 akan menghadapi suasana yang berlawan dengan jiwa.Kesian mereka.Berulang kali mereka cakap kat aku dan sahabat muslimin lain,"Doakan kami PLKN.Berdebar sangat2.Tak tau bagaimana nak menghadapi susana di sana.Paham2 jelah.." MashaAllah,sedih bunyinye..Terharu aku.Namun,aku tidak ade sebarang autoriti untuk menghalang..Aku cuba untuk menenagkan mereka..

"Sabar sahabat2ku.Allah Maha Mengetahui.Kalian mampu sbb itu dipilih Allah.Sedang sy,amin tidak dipilih Allah.Mungkin kami tidak mampu dengan suasana di sana nanti.Allah juga sedag mnguji kalian sejauh mana kalian mampu memperaktikkan amal islami yang kalian ade di sana.Be strong!!Bersangka baik dengan perancangan Allah.Sebelum pergi,benteng diri dengan ilmu.Disana,kalian akan menghadapi pelabagai karakter manusia.Mungkn ade yang mempertikaikan agama.Jd,kalianlah orang terpilih untuk memperthankan agama dengan penuh hikmah di samping menghulurkan tangan membantu mereka.Jangan lupa bawa Mazayakni.Penting itu.Di situ jugalah medan tarbiyyah untuk kalian.Peluang keemasan untuk menarik orang lain.Orang yang kurang paham agama,bukan dr sek agama,biasanya akan taat pada agama setelah mereka mengetahui.Berbeza dengan kita yang terlebih paham :) Jangan risau.First sampai nanti cari baju paling besar.Pas tu cari surau.Jadi AJK surau.Buatlah macam surau tahap :D Pakailah pakaian mereka ketika program,selebihnya pakailah pakaian asal kalian..:) InsyaAllah khoir!" ^_^

Panjang lebar pesanan aku.Yelah,aku sendiri risau dengan akhowat2 nanti.Cmne ye mereka kat sane??Namun,aku ttp yakin mereka lebih hebat dari muslimin.Aku sentiasa iringi langkah mereka dengan doa tulus ku.Aku sendiri tak terplih bahkan x berharap pun..^_^


Aku pernah terbaca,tp aku sndri lupe bahan bacaan yang mana.Ape yang aku bace,PLKN ni lebih kurang macam apa yang telah dibuat oleh Kamal Atarturk Laknatullah.Dia merancang untuk rakyat Turki yang dah habis sekolah untuk ke program ketenteraan untuk menghalang dari mereka pergi belajar di Mesir dan lain2.Wallahua'lam.Kalu aku salah,betulkan.Tapi,ape pun,PLKN ade baik dan buruknye.Cume kite kena pandai menghadapi kedaan itu dengan baik sangka.InsyaAllah sahabat2ku.Semuanya akan baik.Miss U All Fillah!!


^Ukhuwwah Fillah Abadan Abada^

Thursday, 29 December 2011

"Bercinta setahun,berkahwin sehari"

"Anda sedang asyik berbalas SMS dengan seseorang yang bukan mahram?Anda ternanti-nanti panggilan dari si dia?Anda sentiasa tertunggu-tunggu saat dapat bertembung dengannya?Anda sedang memilih minyak wangi paling harum untuk keluar dating?Anda sedang memilih pakaian tercantik untuk keluar dengannya?"


Inilah fenomena yang sering berlaku dalam kalangan pasangan2 couple..


Tapi,kenapa ya,jika semasa bercinta dulu terlalu indah,boleh bertahan selama bertahun-tahun,tiba-tiba,bila dah kahwin,semuanya sudah menjadi hambar.Sudah menjadi tidak indah.Bila dah kahwin,bukankah hubungan itu menjadi halal?Tapi kebanyakan pasangan hanya berseronok menikmati malam pertama sahaja.Lepas pada itu semuanya menjadi biasa.


Menurut kajian di JAKIM,kalau diberi nisbah penceraian pasangan islam di Malaysia antara 1-10,masalah penceraian yang berlaku di Malaysia berada pada tahap yang ke-7.Kebanyakan pasangan yang bercerai ialah mereka yang telah memperjuangkan cinta mereka selama bertahun-tahun.Ada yang tujuh tahun dan sebagainya.Tapi,yang menjadi persoalan,mengapakah hal ini bisa terjadi?Sedangkan mereka boleh 'bercouple ' bertahun-tahun lamanya,tapi bila dh berkahwin,senang2 je nak bercerai.MashaAllah...


Sahabat2 yang kusayangi fillah,mari kita sama-sama muhasabah diri kita.Kita singkap satu persatu..


S-Apa itu cinta?
J-Cinta itu perasaan..
S-Cinta memerlukan ape?
J-Cinta memerlukan pengorbanan
S-Bagaimana perasaan cinta itu bisa hadir dalam hidup kita?
J-Ianya hadir secara tiba-tiba.


Sahabat-sahabt yang kusayangi fillah,ya memang benar cinta itu perasaan.Benar juga jawapan yang telah diberikan iaitu cinta memerlukan pengorbanan.Tetapi cinta itu tidak hadir secara tiba-tiba.Ianya adalah anugerah Allah SWT.


Cinta itu adalah fitrah dan sifatnya sangat suci nan bersih.Namun,ianya mnjadi kotor akibat sikap 'pemilik cinta' itu sendiri.Cinta itu turut menuntut sebuah pengorbanan dari segi harta,masa,tenaga dan lain2.Namun sahabat2ku,pengorbanan itu bukanlah untuk si dia yang kita cintai,tetapi adalah untuk 'Sang Penganugerah' perasaan cinta itu.Siapa ye?Sudah tentu Allah SWT.


Secara simboliknya,ada orang bagi sebuah kotak yang berbalut indah sebagai hadiah dan kita tidak tahu apa isi di dalamnya.Mungkin,isinya mahal dan mungkin juga hanya RM2..Persoalannya,siapakah yang paling kita sayang?Pemberi hadiah itu ataupun hadiah tersebut?Ramai yang menjawab kedua-duanya kite sayang.Baiklah,kite kecilkan lagi skop.Yang mana paling kite sayang?Mana aci nak sayang dua2..Pilih yang mana satu.Maka kita pasti akan menjawab pemberi hadiah tersbut.Mungkin kite menjawabnya dengan ikhlas dan mungkin juga secara terpaksa untuk menjaga hati si pemberi hadiah.


Sahabt-sahabatku,inilah simboliknya dengan cinta.Dah nampak?Kita relatekan dengan perasaan cinta.Baiklah,siapa yang menganugerahkan perasaan cinta?Allah kan..Jadi,yang memberi hadiah itu adalah Allah SWT.Hadiah yang diberikan itu ialah seorang hamba yang mempunyai perasaan untuk mengasihi dan dikasihi.Soalnya sekarang,siapakah yang patut kita cintai@kita sayangi lebih dari segala2nya?Hadia atau pemberi hadiah?


Sahabat-sahabatku,jelas kat sini,Allah lah yang patut kita cintai lebih dari segala-galanya.Kerana,Allah jualah yang mencampakkan perasaan itu kedalam jiwa hambanya.Kerana cinta Allah adalah yang paling hakiki dan abadi.Mencintai manusia itu tidak salah bahkan dituntut dan ianya adalah fitrah yang pasti Allah akan mencampakkan perasaan itu apabila kita semakin remaja.Kata orang,perubahan hormone:)


Namun,bagaimana kita mengendalikan perasaan cinta itu.Adakah secara bersyariat?Atau melanggar syariat?Atau "syibbu syariat"?Jawablah persoalan itu mngikut fatwa hatimu..sahabat-sahabatku.


Solusinya,cintailah si dia secara diam dan berpada-pada.Tak perlulah nak memuja si dia berlebihan.Apabila kita sedang diuji dengan perasaan cinta ini,maka kembalilah kepada 'Sang Pemilik' perasaan tersebut iaitu Allah SWT.


Jelas jugalah disini bahawa,kebanyakn punca keruntuhan institusi rumah tangga itu adalah berpunca dari 'couple'.Ya,tidak salah untuk mengenali pasangan kita tapi cukup ketika meminang dan melalui keluarga si dia.Jika kita terlalu asyik bercouple,asyik SMS siang malam,asyik keluar date,dah banyak kongsi cerita peribadi,suka dan duka,dah panggil 'sayang','abang','bi',apa lagi yang kita nak buat selepas kahwin nanti?Hanya untuk merembeskan kepuasan nafsu?Astaghfirullah..


Sahabat-sahabatku,jika kite terlalu awal 'menghalalkan' hubungan tanpa sebarang ijab kabul,pasti nilai2 kemanisan dalam percintaan itu tidak lagi dirasai.Value nya akan hilang..lepas kahwin nanti,panggil 'sayang' pun dh tak indah.Ialah,dah over masa couple dulu.


Tepuk dada tanya iman.Adakah kita kahwin untuk sehari@dua hari je?Kalau kita menikahi si dia untuk seumur hidup kita,hentikanlah dulu SMS si dia,panggil 'baby' dan lain2.Lakukan itu semua selepas kita mempunyai hubungan yang halal untuk si dia.baru ianya akan indah!yang paling penting berkekalan!Sudah pasti yang halal itu sangat diredhai Allah SWT dan diberkatiNya serta bersifat kekal abadi.Tetapi,yang tidak halal itu pasti dimurkai Allah dan bersifat sementara sahaja.Percaya dan yakinlah,'bercouple' selepas kahwin itu lebih nikmat dan indah..


Mari sama-sama kita buat anjakan paradigma.Kalau dulu asyik menanti panggilan si dia,kini kita nantikan panggilan Agong.Kalau dulu cerewet memilih pakaian untuk tampil indah depan si dia,kini kite perindahkan diri kita buat Pencipta.


Sahabat-sahabat,institusi rumah tangga akan selamat dan jamin kekal bahagia hingga akhir hayat selagi kite sentiasa mngikut sunnah dan syariat dari mula hinggalah ke alam perkahwinan.


"Tinggalkan yang haram,pasti kita mendapat yang halal"
"Tinggalkan kemaksiatan,pasti kita memperoleh keindahan"


Moga sentiasa terpagar di dalam syariaatNya
"Hati -hati jaga hati"


~Semoga ianya bermanfaat dan merupakan perkongsian yang indah~
Maaf atas kekurangan:)


^Salam Ukhuwwah Sekencang Dakwah^








Ya,memang mawar buka sekuntum.Boleh dipetik bila-bila aje.Namun,untuk memilik sekuntum 'mawar berduri' itu perlukan mujahadah..(^_-)

Wednesday, 28 December 2011

5 Ibnu Rushdy akan sentiasa dihatiku :)

Ini adalah sahabat-sahabat 5 Ibnu Rushdy.Perdana Menteri nye ialah Afiq Kamaruzaman atau lebih familiar dengan gelaran 'Itik'..Timbalan Perdana Menteri kelas ni Aida Fatonah.Menteri Kewangan kelas ni Faizah dan Abang Syahiirul atau lebih familiar dengan Abang Shimbei..Jangan lupe.Permaisuri Agong kelas ni Teacher Zuhara.Ni gambar masa hari graduasi.InsyaAllah,masing2 akan pakai lagi baju graduasi yang real satu hari nanti.Ameen!!Selamat Berjuang!!Ukhuwwah Fillah Abadan Abada!!

Di atas rantaian ukhuwwah (^_^)

MashaAllah!Inilah sahabat2ku yang amat kurindui..Inilah juga bakal2 pejuang agama Allah..yang akan bertebaran di muka bumi Allah selepas result SPM..Sahabat-sahabatku,ingati daku dalam doamu.Walaupun antum semua jauh dari pandangan mataku,akan kuiringi langkah antum semua dengan doa tulus ku.Selamat berjuang duhai sahabat-sahabatku.Subhanallah,indahnya hidup dapat berkenalan dengan antum semua.Tidak dapat diungkapkan dengan kata2.(^_^)