Monday, 9 January 2012

Ujian itu manis..^_^

Ya Allah...
Aku terlalu excited..Alhamdulillah aku diterima masuk ke Maahad Tahfiz di Sabak Bernam.Pada hari Sabtu,7hb,aku dan keluargaku berangkat ke Kuala Lumpur untuk menziarahi nenek Serbanon.Nenek sakit waktu kami bercuti di PD minggu lalu.Aku melihat wajah nenek,mashAllah..kesiannya nenek.Nenek kena strok.Sebelah kirinya terlalu lemah.


Aku rase terlalu insaf.Aku turut rasa terlal kerdil di sisi Allah.Nenek seorang yang sihat sejahtera.Boleh berjalan dengan laju.Baru sje pulang dari tanah suci dari menunaikan ibadah haji bersama Pakcik Yazid.Namun,apabila Allah ingin menguji,terlalu mudah dan sekelip mata sje.Sedangkan sebelum ke PD,aku jumpa nenek,masih sihat dan boleh bercerita pengalamannya di tanah suci.Tiba2,kini aku melihat nenek terlantar sakit dan tidak bercakp.Subhanallah,pilunya hatiku..


Setelah melawat nenek,kami sekeluarga meneruskan perjalanan ke Sabak Bernam.Dalam perjalanan,amat terkejut sebab nak ke Sabak Bernam masih jauh lagi.Rupanya Sabak Bernam dah dekat dengan Teluk Intan Perak.Kami masih belum makan tegah hari.Perut terlalu lapar hanya Allah yang tau.Jam dah pukul 5.30pm.Mak mula berat hati untuk meneruskan perjalanan ke Sabak Bernam.Ialah,jauh sangat.Kami pun berhenti di Pasar Malam di Kuala Selangor ketika itu untuk cari makanan.Mak cakap,"Macam nilah.Kita cari tempat lainlah.sebab jauh sgt ni.Letih Ya Rabbi.Kita singgah solat Maghrib dulu.Then,abang gi borak dengan orang masjid kot2 ade pusat tahfiz dekat2 sini.Kalu ada,masuk je kat sini."Ayah pun setujulah..


So kami solat maghrib di Masjid K.Selangor.Ayah pun berborak dgn orang kat situ.Ditakdirkan Allah,imam yang mengimamkan solat Maghrib tadi rupenya mudir sekolah tahfiz.MashAllah,Allah permudahkan aku.Aku gembira.Kami terus ke Pusat Tahfiz itu untuk mendaftar.Hari esok boleh masuk.Malam tu bermalam di Hotel Sunn Inn dulu.Sebelum tu beli barang keperluan di Tesco.MashAllah,Allah permudahkan segala2nya.


Esoknye,kul 9 pagi,kami terus ke Akademi Syahadah Tahfiz Al-Faizin(ASTAF).Ramai penjaga yang baru mendaftarkan anak2 mereka.Tempat pun alhamdulillah,nampak baik dan ok..Selesa kata orang.Aku mula seronok.Berkobar2 untuk belajar.Kami sekeluarga duduk mendengar taklimat setelah mak ayah bayar segala yuran.Rse excited sbb lepas taklimat tu ceramah motivasi dari Ustaz Halin Baharim.Pendakwah bebas tanah air.


Aku duduk di depan mak sementara ayah pergi bank in duit yuran dalam akaun ASTAF.Ble ayah balik,aku menoleh ke belakang dan mak aku teresak2 menangis.Rupanya,baru dapat berita kematian nenek Serbanon.Innalillah wainna ilaihi rajiuun..Lembik jugak lututku.Rase terlalu sekejap ajal menjemput arwah.Rase mati juga semakin hampir denganku.


Mak pun ajak ayah untuk segera ke Kampung Pandan.Aku tak ikutlah sebab dari Kuala Lumpur ke sini pun bukan dekat2.So aku pun tinggallah.Aku tak kisah sebab rse seronok sangat.Tapi agak janggal sebab masih x kenal sape2.Orang ingat aku orang luar.Al-maklumlah,dengan seluar jeans aku,baju melayu oren,kupiah.Sedangkan pelajar lain semuanya berbaju putih.:) Setelah beberapa minit mak ayah pergi,Ustaz Haslin pun sampai untuk ceramah.Sebelum tu,aku daftar Kelab Memanah.nak ikut sunnah nabi.Aku guna duit bekalan yang mak bagi..so,lepas tu dengar ceramah sampai zohor.Seronok!!


Setelah selesai solat zohor,pelajar2 ASTAF dijemput untuk ke kenduri kahwin berdekatan.Aku naik dengan sorang ibu pelajar sini.Tapi tak kenal pun sape.Main naik je..Kalau malu nanti lapar.(^_^ )


Alhamdulillah,kenyang pun.Lepas tu,aku naik bilik dan bercadang untuk tidur.Tak ade orang dalam bilik sebab ramai yang keluar dengan penjaga.Setelah sejam terlelap,aku terjaga sebab dengar orang berborak2 dalam bilik.Aku pun bangun dan bermanis muka.:) Sessi taaruf!


Tengah2 berborak,dalam pukul 4pm,tibe2 aku terasa sakit dada dan berdebar teramat sangat.Tanganku rase terlau lemah dan bagaikan dicengkam..Bibir ku ketar.Aku istighfar.Ape nak jadi ni.Dah lama aku ok.Monologku dalam hati.Aku berzikir dan tidak hiraukan apa2.Lepas tu,aku turun untuk solat Asar berjemaah.Aku pelik,lidahku kaku untuk baca fatihah dan ayat2 quran.Subhanallah.Setelah selesai Asar,aku mula lembik.Tangan ku mula keras dan mencengkam seperti harimau.Ya Allah,permudahkan aku.Aku menahan sakit.


Mudir ASTAF melihat kelakukan ku dan tanya ape masalah aku.Aku ceritakan tentang sakitku.Mataku mula x nampak ape2.Mudir mengarahkan dua orang pelajar situ untuk teman aku,Haziq dan Aizat.MashaAllah,nama serupa.Dalam bilik kosong itu kami duduk bertiga.Aku sedar,tapi aku tidak mampu mengawal diriku.Aku mula merangkak seperti harimau.Mudir telefon ayah aku yang masih di Kampung Pandan.Ayah cakap,"Ust bawa dulu dia ke mana2 pusat rawatan yang terdekat."Ust pun mengarahkan warden untuk hantar aku ke Darul Syifa'.


Lepas balik dari Darul Syifa',aku dibenarkan rehat pada malm tu.Aku ditemani kawan baru yang sangan mulia hatinya,Haziq.Sangat caring.Teringat pula sahabat2 di TAHAP.Miss U All!Setelah selesai mandi,aku masih sakit.Aku solat maghrib kat bilik je.Aku menangis dalam solatku.Ya Allah,aku rasa terlalu lemah ketika itu.Rasa ujianNya terlalu hebat.


"Ya Allah,ampunilah aku.Aku terlalu lemah ketika ini.Aku ingin menghafaz Al-Quran,namun aku tau ini adalah ujian untukku.Ya Allah,aku menagih simpatiMu,aku merindui belaianMu,aku mengharapkan kasih dan cintaMu,kurniakan aku kekuatan dan kesabaran.Ya Allah,kurniakan aku yang paling baik mengikut ketentuan dan perancanganMu.Ameen!"

Doaku sendirian.Aku rasa terlalu sedih dan lemah..

Aku meneruskan zikir sehingga Isyak.dalam pukul 9.30,tiba2 ayah dan ibuku datang.Mak cakap,

"Aizat,mak rase balik dulu.Sebab sini jauh.Mak payah nak jenguk.Lagipun nanti menganggu orang lain nak belajar macam kat TAHAP dulu.Sampai kena ada yang teman.Nanti aizat masuk Sungai Salan.Lagipun orang sini tak biasa dengan perkara cam ni."

Aku sedikit pun tidak membantah.Bukan ape,aku dah doa tadi.Pasti ini adalah salah satu dari rancangan Allah.Jadi,malm tu aku punggah balik barang2 dan balik ke Kampung Pandan.MashaAllah,sedihnya,Baru dapat kawan baru.:) Namun Allah itu lebih tahu apa yang terbaik untuk aku.Firman Allah:

"Boleh jadi apa yang kau sukai itu tidak baik di sisi Allah.Dan boleh jadi apa yang kau tidak sukai itu paling baik di sisi Allah."

Ku pegang ayat ini kukuh dalam hatiku..

Sampai rumah adik dalam pukul 11 lebih.Terlalu letih dan rehat..

Esoknya balik ke jerantut lepas tolong adik dan pakcik kemas2 rumah.

MashaAllah,ujian hadir lagi.Sampai je Jerantut,aku kerasukan lagi sebelum Maghrib.Lepas tu,sekali lagi aku kerasukan selepas Mahrib.Dua kali aku kena satu malam.Ya Allah,letihnya.

Masa aku kena,aku rasa duniaku gelap.Aku tak nampak ape2.Apa yang aku dapat rasa ialah aku terlalu sakit.Aku rasa aku sedang melawan sesuatu secara spritual atau batiniah.Ya Allah,sakitnye.Hingga aku berdoa dalam hati..

"Ya Allah,aku terlalu sakit.Tak dapat kugambarkan pada ibu dan ayahku.Namun,hanya Kau yang mengetahui betapa sakitnya aku.Ya Allah,kuatkan aku.Ya Allah,andai waktu ku telah sampai,Kau ampunilah segala dosa2 ku.Kau permudahkanlah sakaratul maut buatku.Ya Allah,andai aku masih ada waktu untuk menumpang di bumiMu ini,izinkan aku untuk mendapat sedikit kesihatan untuk aku beribadat kepadaMu dan menggapai redhaMu.Ya Allah,terlalu perit dan payah untuk aku memperoleh cintaMu yang sering ku dambakan.Namun ketika ini,berikanlah secebis kasihMu dan balaslah cintaku walau sedikit.Hanya itu yang ku harapkan dariMu.Aku bukanlah sesiapa.Aku cuma seorang hamba yang sentiasa memerlukanMu dalam hidupku.Ya Allah,permudahkan segala2nya untuk ku..Ameen!"

Ya Allah,tidak berhenti air mataku meleleh..Namun aku tetap bersyukur dan redha.Andai Allah uji aku seperti ini waktu aku SPM dulu mcmna?Sebab tu,aku rasa Allah itu terlalu adil dan terlalu dekat denganku.Allah amat memahami.Takpe,kena sekarang tkpe.SPM dah lepas.Syukur alhamdulillah..

Allah sebaik2 perancang.Firman Allah:
"Adakah kau mengaku dirimu beriman sedangkan kau masih belum diuji?"

MashaAllah,akan ku sematkan ayat ini dalam sanubariku.Aku yakin Alah itu adil.Inilah antara manisnya ujian yang kurasakan setelah masuk tahun keempat aku sakit.Aku rasakan Allah itu terlalu dekat denganku dan selalu mendengar luahanku..:)

Wallahua'lam..
Sekadar perkongsian dari seorang hamba yang terlalu kerdil dan sentiasa memerlukan Tuhannya..(^_~)







Sabar itu manis :)

Monday, 2 January 2012

Dimanakah Hidayah?Antara Mujahadah Atau Muhajarah..?

Kehidupan adalah kilauan fajar yang sangat indah dan memukau.Ramai manusia tertipu lalu menjadi hamba pada duniawi tanpa menyedari hujung pangkal hakikat sebuah kehidupan.Sedangkan hidup adalah seperti pedagang yang datangdan akan berangkat ke negeri lain.Walau seindah mana pun hidup di dunia,semewah mana pun hidup di dunia,apabila semboyan dilagukan,mahu atau tidak kita terpaksa berpindah pergi.


Ketaksuban kpd dunia telah melalaikan hati manusia.Cara hidup jahiliah akan berputar dalam kehidupan di bawah putaran masa langit dunia.Dalam kelalian itu manusia lupakan Allah.Dalam mengejar matlamat,manusia berlaku zalim sesama sendiri.Semuanya begitu sempurna kerana dalam kegelaan zulumat itu,kesakitan,kerengsaan,dan penderitaan jadi kian punah kerana ada bius hiburan yng merawat.Pun begitu pada satu saat,tiba2 pintu hati diketuk oleh cahaya hidayah..


Muhajarah dan Mujahadah??


Muhajarah adalah gelaran kepada manusia yang melakukan penghijrahan dalam kehidupan.Hijrah adalah tuntutan agama.Dengan itu,manusia kafir memilih islam,manusia derhaka memilih taat dan sebagainya.


Sementara mujahadah ialah golongan manusia yang sabar,ikhlas dan istiqamah.Mereka dikenali sebagai golongan mukminin,muhsinin dan muttaqin..Hakikatnya semua amalan manusia yang terkandung di dalam syariat ade dalam dua tuntutan :


1-Hijrah ~ Berpindah dari perkara tidak baik kepada baik
2-Mujahadah ~ Melakukan sesuatu amalan baik dengan cara terbaik!


Dari mana rasa untuk berubah ini hadir?


Untuk hijra,semuanya bermula dengan ketukan hidayah intibahah ke dalam hati seseorang.Ia adalah rasa yang sangat dingin tetapi sangat kuat hingga mampu mengubah haluan hidup manusia.Ianya adalah kekuatan untuk membuat U-Turn dalam hidup;merubah cara hidup jahiliah kepada hidup bersyariat..Hidayah intibahah adalah suluhan nur kesedaran.Hanya cahaya Ilahi yang dapat menunjuk jalan Ilahi.Mereka yang berada dalam hidayah ini adalah golongan muhajarah;bersedia untuk berhijrah dan mengorak langkah untuk melalui jalan Alah yang lurus.  


Apakah cara untuk terus mengekalkan keadaan ini?


1-Taubat dengan taubat nasuha atas setiap perkara yang dilakukan.Lakukan solat taubat setiap hari.
2-Menjadi seorang yang dekat dengan ilmu.Jadilah insan yang mencintai ilmu agama dan ilmu dunia.
3-Perlu ada kekuatan hati dengan zikir yang istiqamah.Sesungguhnya zikir dapat membenteng manusia dari     kemungkaran.
4-Perlu mencari sahabat yang baik kerana sahabat adlah pendorong jiwa seseorang ke arah kebaikan.

  'Hidayah' begins here...

Panggilan PLKN!!

Khidmat Negara!!


Sebelum SPM lagi PLKN telah memanggil melalui internet.Alhamdulillah,aku tidak terpilih ke PLKN.Maha Adil Allah SWT membuat perancangan untuk hambaNya.Al-maklumlah,aku kan tak sesuai untuk tempat seperti itu.Pantang untuk aku tempat macam tu...Aku kan tak sihat : D


Namun,ramai juga antara sahabat2ku yang terpilih untuk PLKN.MashaAllah,masing2 tension.Ialah,semuanya dah buat perancangan masing2 untuk selepas SPM.Tiba2 PLKN!Adoiy,sian depa.Tapi sahabat2 muslimin tidak ade masalah untuk menghadapinya.Alah,pelajar lelaki bukan payah pun.Mudah jek nak bawak diri.Asal reti jaga pergaulan lelaki+pempuan,tutp lutut hingga pusat,jaga solat..ok lah tu..Bukan payah.Ceh wah,lebih2 plak aku nk berkata2..Mentang2 tak kena.. :D


Hari ni,2 Januari 2012,ramai yang dah berangkat ke tmpt msg2 untuk PLKN.Tapi,ade yang dah pergi semalam pun.Antara sahabat2 aku yang terkena PLKN ialah Tengku,Sayahiirul Aiman,Aiman Naem,Irsyad,Khairul,Zafir Ikram,Afiq,Hakim,Iqlima,Adilah,Izani,Juwairiah..ni yang aku teringat..ada lagi..


Pagi2 lagi,aku mesej semua sahabat2 aku..


"Selamat melangkah ke PLKN sahabat2ku..Jaga diri,jaga agama.Melangkahlah sebagai seorang daie@pejuang di sana.Tunjukkan keindahan islam pada semua..Luv U Fillah ^_^

Masing2 berdebar nak menghadapinya..Mungkin kalau pelajar muslimin hanya berdebar dengan 'peraturan' yang bakal dihadapi..Sebab baru 'merdeka' dari peraturan asrama..Tiba-tiba kena ikut peraturan lagi..hehe.Tapi,peraturan Allah tetap berjalan tau!Namun,pelajar muslimat banyak perkara yang perlu dirunsingkan..Antaraa yang paling kesian Iqlima,Adilah dan Izani..Masing2 akan menghadapi suasana yang berlawan dengan jiwa.Kesian mereka.Berulang kali mereka cakap kat aku dan sahabat muslimin lain,"Doakan kami PLKN.Berdebar sangat2.Tak tau bagaimana nak menghadapi susana di sana.Paham2 jelah.." MashaAllah,sedih bunyinye..Terharu aku.Namun,aku tidak ade sebarang autoriti untuk menghalang..Aku cuba untuk menenagkan mereka..

"Sabar sahabat2ku.Allah Maha Mengetahui.Kalian mampu sbb itu dipilih Allah.Sedang sy,amin tidak dipilih Allah.Mungkin kami tidak mampu dengan suasana di sana nanti.Allah juga sedag mnguji kalian sejauh mana kalian mampu memperaktikkan amal islami yang kalian ade di sana.Be strong!!Bersangka baik dengan perancangan Allah.Sebelum pergi,benteng diri dengan ilmu.Disana,kalian akan menghadapi pelabagai karakter manusia.Mungkn ade yang mempertikaikan agama.Jd,kalianlah orang terpilih untuk memperthankan agama dengan penuh hikmah di samping menghulurkan tangan membantu mereka.Jangan lupa bawa Mazayakni.Penting itu.Di situ jugalah medan tarbiyyah untuk kalian.Peluang keemasan untuk menarik orang lain.Orang yang kurang paham agama,bukan dr sek agama,biasanya akan taat pada agama setelah mereka mengetahui.Berbeza dengan kita yang terlebih paham :) Jangan risau.First sampai nanti cari baju paling besar.Pas tu cari surau.Jadi AJK surau.Buatlah macam surau tahap :D Pakailah pakaian mereka ketika program,selebihnya pakailah pakaian asal kalian..:) InsyaAllah khoir!" ^_^

Panjang lebar pesanan aku.Yelah,aku sendiri risau dengan akhowat2 nanti.Cmne ye mereka kat sane??Namun,aku ttp yakin mereka lebih hebat dari muslimin.Aku sentiasa iringi langkah mereka dengan doa tulus ku.Aku sendiri tak terplih bahkan x berharap pun..^_^


Aku pernah terbaca,tp aku sndri lupe bahan bacaan yang mana.Ape yang aku bace,PLKN ni lebih kurang macam apa yang telah dibuat oleh Kamal Atarturk Laknatullah.Dia merancang untuk rakyat Turki yang dah habis sekolah untuk ke program ketenteraan untuk menghalang dari mereka pergi belajar di Mesir dan lain2.Wallahua'lam.Kalu aku salah,betulkan.Tapi,ape pun,PLKN ade baik dan buruknye.Cume kite kena pandai menghadapi kedaan itu dengan baik sangka.InsyaAllah sahabat2ku.Semuanya akan baik.Miss U All Fillah!!


^Ukhuwwah Fillah Abadan Abada^

Sunday, 1 January 2012

Tragedi 2012!!



Allah Akbar..Subhanallah..Alhamdulillah..


Lafaz syukur tak terhingga ku ungkapkan ke hadrat Ilahi.Masih diberi pinjaman nyawa.Diberi kekuatan oleh Allah untuk melihat keindahan alam ciptaanNya.


Kini,2011 telah melabuhkan tirainya.2012 telah kembali.Mungkin ramai yang gembira menyambut tahun baru.Ade yang menyambutnye dengan kegembiraan,kesedihan,pesta,ceramah dan lain2.Mngikut selera masing2.


Tapi,hatiku rasa begitu gundah gulana.Aku terasakan masaku terlalu singkat.Aku bimbang,kira2 Allah menjemputku secara tiba2.Mampukah aku berhadapan denganNya?Raja sekalian alam..Aku rasakan diri ini terlalu hina untuk terus menumpang dalam bumi Allah ini.Namun,apa yang mampu aku lakukan.Aku tetap seorang hamba yang memerlukanNya untuk terus mengembara.


Kini,sudah pasti,masa akan terus melangkah kehadapan.Tidak akan sekali mengundur mahupun berpatah kembali ke belakang.Aku terfikir sejenak,apa yang telah aku lakukan sepanjang hidupku hingga 31 Disember 2011?Kira2,kalau aku mati esok lusa,layakkah aku menghuni syurgaNya?MashaAllah..Ianya tidak mampu untuk ku jawab..walhal persoalan yang ku timbulkan sendiri.


Menitis air mataku mengenangkan nasib ku andai ajal datang terlebih dahulu.Takutnya aku untuk menghadap Allah SWT.Terasa diri ini terlalu kerdil di sisiNya.


"Ya Allah,andai hari ini adalah hari terakhirku untuk menghuni di muka bumiMu ini,ampunilah daku.Ya Allah,andai hari ini adalah hari terakhirku untuk menatap wajah ibu dan ayahku,redhailah aku.Ya Allah,andai hari ini adalah saat akhirku untuk munajat dan bersujud padaMu,maafkanlah aku.Ya Allah,Kau ambillah aku dalam keadaan aku telah bersih dari dosa-dosaku.Ya Allah,ambillah aku dalam keadaan aku beriman kepadaMu dengan sebear2nya.Ameen!!!"
(Monologku sendirian)

Hurm..sayu hati.mengenangkan saat2 bahagia aku disekolah bersama sahabat2 perjuangan.Kini,aku benar2 bergelar X-Tahap..

Dalam monologku sendirian,tiba2 terdapa SMS 'berdarah' dari Kak Saripah.

"URGENT: HIMPUNAN AMAN TAKLIN AUKU BERTUKAR MENJADI TRAGEDI BERDARAH.AKTIVIS MAHASISWA DITANGKAP DAN DIPUKUL.SAFWAN ANAG (PENGERUSI BEBAS) DAN BEBERAPA SAHABAT LAIN DIPUKUL TERUK DAN KINI MENDAPAT RAWATAN DI PUSAT RAWATAN DI TANJUNG MALIM.ADAM ADLI,SHUKRI RAZAK DAN RAMAI LAGI AKTIVIS DITANGKAP.MOHON DOAKAN SAHABAT AKTIVIS"
(SMS)

MashaAllah,terkedu sekejap.Peajar UPSI dipukul teruk..Aku tanya Kak Saripah..Ya Allah..
ape nak jadi ni?Apa kesalahan mereka?

Adam Adli menurunkan bendera PM 5 minit.Dan orang umno marah dengan hal itu.Keluarga Adam Adli diugut bunuh oleh umno.Dan kes ini berlanjutan.Sedangkan mereka menuntut keadilan secara aman.Dan pembangkang turut dipersalahkan..Ya Allah..entah ape nk jadi dengan Malaysia..Tahun yang pilu pada permulaannya..

Pembukaan tahun baru 2012 mencatat lembaran dengan KEGANASAN PDRM.. ini lah "perwira" yg bisa dicatat dalam lembaran Sejarah Malaysia versi akan datang sebagai "perjuang" keamanan... Sebaliknya yg di lakukan seperti haiwan dikatakan "penghancur" negara.. Sambutan tahun baru 2012 BUNGA API di dataran Merdeka VS Hadiah tahun baru berDARAH di Tanjung Malim..

Selain tu,ade lagi satu tragedi..ini pasti berlaku tiap-tiap tahun sebenarnya.Tapi,tak tau ade orang sedar atau tak.Tp bg aku ianya perlu diberi perhatian oleh pihak berkuasa lebih dari perkara tadi..Ni patut diambil tindakan agresif,bukan kes tadi.Pendapat akulah..Mungkin tak pada orang lain..Nak tau??

Anak luar nikah!!

Di dataran merdeka,sambutan tahun baru diadakan.Ya,memang meriah dengan bunga api.Tapi,lepas pada tu,bukan sahaja pesta tahun baru dengan bunga api,tapi pesta 'buat anak' beramai2.Astaghfirullah..Mintak jauh dari segala perbuatan mungkar.Sesungguhnya Allah jua yang membolak balikkan hati manusia.Sedar tak sedar peratus anak luar nikah makin meningkat.Bahkan,sedar tak sedar,peratus 'KEMURKAAN ALLAH' juga semakin menigkat.

Ya,benar kata sesetengah pihak.Memang Allah tak turun bala lagi.Sebab,Allah akan biarkan dulu hambaNya berseronok dengan kemungkaran hingga masuk 'hubbud dunya' dalam jiwa.Ade dua sebab je.pertama,Allah nk kumpulkan hujah untuk hambaNya.Kedua,Allah akaan turunkan bala ketika kite sedang berseronok.Bayangkan,andai Allah turunkan bala dalam keadaan kite bermaksiat?Nauuzubillah.

Bala takkan turun pada pemimpin je,walaupun depa terbabit.Tapi,sume.Orang beriman atau tak,tetap kena bala.

Jadi,insaflah sahabat2.Mari kita buat anjakan paradigma sempena 2012.Bukan berada di takuk yang lama.Ingat,nyawa pinjaman Allah untku kita.Free je.Gunakan untuk kebahagiaan kite kelak.Wallahua'lam.

Maaf andai ade terkasar bahasa dan mengguris mana2 pihak.Tak ade niat dihati,namun,kerana semangat jihad yang berkobar2,memanggil untuk menulis coretan ini..

^Salam Ukhuwwah Sekencang Dakwah^

7 Sunnah perlu dijaga!

1-Tahajud :
  • Kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya..
2-Membaca Al-Quran :
  • Alangkah indahnye jika mata terjaga dari lena kita menatap Al-Quran terlebih dahulu sebelum melihat dunia dan memahaminya..
3-Jangan tinggalkan masjid terutama waktu subuh :
  • Imarahkanlah masjid..lambang kekuatan orang mukmin...
4-Jaga Solat Dhuha :
  • Pintu murah rezeki :)
5-Banyakkan bersedekah :
  • Allah suka orang yang bersedekah dan malaikat sentiasa doakan orang bersedekah..Allah akan gandakan harta yang disedekah dalam pelbagai bentuk..yakinlah
6-Jaga wudhu terus menerus :
  • Orang yang selalu berwudhu akan sentiasa merasakan dirinya bersolat dan dijaga oleh dua doa : "Ya Allah sayangi dia dan ampuni dia" (Saidina Ali)
7-Banyakkan istighfar :
  • Dengan istighfar Allah akan jauhkan masalah yang berpunca dari diri kite sendiri.

~Mari amalkan..tunggu ape lagi.Yakinlah!Pasti bahagia!~
^Salam Ukhuwwah Sekencang Dakwah^

Aurat mu adalah permata..

DALIL PERINTAH TUTUP AURAT:
Hendaklah mereka melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. (Surah Al-Ahzab,33:59)

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka. (Surah An-Nur,24:31)

Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. (Surah Al-A’raaf7:26)

Asma’ binti Abu Bakar telah masuk ke tempat Rasulullah s.a.w berada sedangkan dia memakai pakaian nipis. Rasulullah s.a.w lalu berpaling daripada memandangnya sambil berkata: Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haid) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya. (Hadith Riwayat Imam Abu Daud)

Ummu Salamah pernah bertanya Rasulullah s.a.w: Apakah seorang wanita boleh menunaikan solat di dalam pakaian labuh dan tudungnya jika dia tidak mempunyai sarung? Rasulullah s.a.w menjawab: Asal pakaian labuh (jubah) itu sempurna dan menutupi zahir kedua kakinya. (Hadith Riwayat Imam Abu Daud)

DAPAT SAHAM DOSA DAN TAK MAHU MASUK SYURGA:
Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk (maksiat), maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya. (Hadith Riwayat Imam Ahmad)

Rasulullah s.a.w bersabda: Semua umatku akan masuk syurga kecuali yang enggan. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, siapakah orang yang enggan? Baginda menjawab: Barangsiapa yang taat kepadaku, dia masuk syurga dan barangsiapa yang melanggar perintahku, dia telah enggan. (Hadith Riwayat Imam Bukhari)

BALASAN BAGI MEREKA YANG MENDEDAHKAN AURAT:
Rasulullah s.a.w bersabda: Golongan dari ahli neraka yang belum pernah aku lihat, yakni perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang (nipis, ketat, seksi), yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, kepala mereka seakan-akan bonggol unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian. (Hadith Riwayat Imam Muslim)

TIDAK TAAT KEPADA ALLAH KERANA MENGIKUT ORANG KAFIR:
Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak ada ketaatan kepada siapa pun dalam maksiat kepada Allah, ketaatan hanyalah dalam perkara yang baik menurut syariat. (Hadith Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka. Sahabat bertanya: Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan? Rasulullah s.a.w menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka. (Hadith Riwayat Imam Muslim)

KESIMPULAN: Menutup aurat itu wajib. Aurat wanita adalah keseluruhan tubuhnya (dari hujung rambut sehingga hujung kaki) kecuali wajah dan pergelangan tangannya. Wanita Islam wajib melabuhkan tudungnya menutupi dada serta menutup aurat kaki. Wanita Islam dilarang memakai pakaian nipis, ketat, jarang, seksi dan tabarruj (berhias berlebihan).

“Sentiasalah ingat bahawa kematian akan datang bila-bila masa sahaja dari sekarang. Oleh itu segeralah bertaubat dan mula meninggalkan maksiat yang menjerumuskan diri sendiri dan orang lain ke Neraka serta banyakkan membuat amal soleh. Hanya amal soleh sahaja yang akan membantu kita di akhirat kelak..




Ya Allah..Jodohkan aku....


"Duhai Tuhan pemilik Luh Mahfuz, jodohku telah kau tetapkan di sana, siapa orangnya, bila 

masanya dan bagaimana pula ia akan dilangsungkan yang ditulis Kalam-Mu. Daku memohon 

kemampuan dan keupayaan serta restu untuk bernikah mengikut sunnah Nabi-Mu s.a.w. Moga Kau 

jodohkan daku dengan yang solehah orangnya, yang mententeramkan hati ketika susah dan 

senangku, yang tunduk taat pada Islam yang dibawa oleh Nabi-Mu."