Friday, 13 January 2012

Asas Bangunan Dakwah!

Asas Bangunan Dakwah



Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekalian,

Membangun kekuatan dakwah yang mutlak memerlukan perajurit yang memiliki visi perjuangan yang jelas kerana kefahaman dan persepsi seseorang sangat memberi pengaruh kepada sikapnya.

Asas kepada sebuah bangunan dakwah yang kukuh ada tiga (3) iaitu :

1.    Kefahaman terhadap visi perjuangan.
2.    Kekuatan niat yang mengiringinya.
3.    Kekuatan amal yang dilaksanakan.

-Ketiga-tiga asas di atas akan memberi aliran semangat yang tidak pernah kenal lemah bagi para pendakwah.

KEFAHAMAN TERHADAP VISI PERJUANGAN

Tanpa memiliki fikrah yang jelas, dakwah akan :

1.    Kehilangan ‘bashirah’.
2.    Miskin ketajaman langkah.
3.    Mudah terjebak oleh suasana yang menipu.
4.    Dilanda fitnah.

-Perjalanan dakwah yang panjang, diikuti oleh karakteristik fasa yang dilaluinya mestilah disedari oleh setiap pendakwah.

Ramai orang yang gugur di jalan dakwah kerana tidak faham dengan langkah-langkah dan strategi umum dakwah di mana :

1.    Wujud ketidaksabaran dan sikap tergesa-gesa yang mendorong seseorang untuk memetik buahnya sebelum masak.
2.    Ada juga sebaliknya iaitu yang justeru seolah-olah terseret dan tidak mampu mengikuti sifat dinamik dakwah.
3.    Kurangnya kreativiti, inovasi, apalagi kerja kuat dalam kerja dakwah. Kadangkala, ada yang terlampau ‘jumud’ sehingga sentiasa menunggu untuk diperintah, bagaikan gong yang tidak akan berbunyi jika tidak dipukul.

Selain memahami ‘khittah’ (perancangan) dakwah, para pendakwah  juga mesti memahami dengan jelas apa sahaja rintangan dan halangan yang akan dihadapi dalam dakwah.
Perjuangan dakwah mempunyai khazanah pengalaman yang berharga di mana selain jalannya yang panjang, ianya juga bukan jalan yang ditabur dengan bunga dan intan berlian bahkan ianya umpama hutan belantara yang penuh dengan duri dan binatang buas. Selain itu, seorang pendakwah juga mestilah memahami petunjuk-petunjuk atau‘manhaj’ dakwah.

Apabila kefahaman tentang fikrah dakwah ini telah dimiliki, maka kewajiban lain adalah menjaga agar kefahaman yang baik itu tetap stabil. Ertinya, dalam menghadapi berbagai persoalan, seorang pendakwah tidak akan terjerumus kepada pendapat individu yang bertentangan dengan ‘grand design’ yang telah ditetapkan oleh perancangan dakwah.
Namun demikian, kelurusan visi dakwah juga mesti terus diasah melalui interaksi yang lebih mendalam dengan komuniti dakwah. Informasi sekitar langkah dan urusan dakwah seharusnya diterima melalui alur dan sumber yang jelas.
Dalam sesebuah organisasi dakwah, ada saluran informasi yang betul di mana ini adalah salah satu pelajaran dari firman Allah swt :

“Dan apabila datang kepada mereka suatu berita tentang keamanan ataupun ketakutan, mereka lalu menyiarkannya. Padahal kalau mereka menyerahkannya kepada Rasul dan Ulil Amri di antara mereka, tentulah orang-orang yang ingin mengetahui kebenarannya dapat mengetahui dari mereka.”(QS An-Nisaa’ : 83)

Sikap ini penting dijaga agar bangunan dakwah tidak hancur berantakan.

Seorang penyair pernah bermadah :

“Jika ada seribu pembangun, seorang penghancur sahaja sudah cukup. Bagaimana dengan seorang pembangun apabila dibelakangnya ada seribu penghancur?”

KEKUATAN NIAT YANG MENGIRINGI

Ikhlas niat adalah sebuah kekuatan yang hebat bagi perjuangan para pendakwah. Ia berjuang hanya mengharapkan apa yang ada disisi Rabbnya bukan selain itu kerana jika tidak, ia pasti akan kecewa dan tidak akan mendapat hasilnya.

Seorang pendakwah mestilah sentiasa sensitif dalam niatnya agar jangan sampai keikhlasan hati dalam berdakwah dikotori oleh :
  
  1. 1.   Kekuasaan.
  2. 2.    Harta benda.
  3. 3.    Lawan jenis.


Keikhlasan niat mestilah dijaga dari sebelum melakukan sesuatu sehinggalah setelah melakukan perbuatan tersebut di mana seluruh fokus kehidupannya hanyalah untuk Allah swt kerana Allah swt hanya menerima amal sesiapa yang menghajatkan diri kepadaNya semata-mata dan Allah swt tidak memerlukan sekutu apapun dalam setiap perbuatan manusia.

Orang yang faham mestilah sentiasa ikhlas terhadap kefahaman ilmunya sedangkan orang yang ikhlas mestilah faham dalam mengamalkan apa yang difahaminya sehingga akan lahirlah amal yang ‘hebat’ kerana ditegakkan oleh kefahaman dan ikhlas.

Ketika seseorang mempersembahkan sesuatu hanya khusus bagi orang yang dicintainya, ia tentulah akan mempersembahkan yang terbaik dan paling istimewa untuknya; bukan yang biasa-biasa sahaja, apalagi yang berkualiti buruk.

Demikian pula orang yang ikhlas yang mempersembahkan amalnya hanya untuk Allah, Penciptanya di mana ia hanya akan mempersembahkan amalan terbaik dan paling istimewa untuk-Nya.

Akhirnya, ikhlas sesungguhnya akan membuahkan ihsan, yakni melakukan amalan terbaik sesuai dengan yang apa yang Allah kehendaki.

Jika dikaitkan dengan aktiviti dakwah, dakwah yang ikhlas adalah dakwah :

  1. 1.    Yang berkualiti.
  2. 2.    Yang terbaik.
  3. 3.    Yang optimum.


Seorang pendakwah yang ikhlas akan sentiasa melakukan dakwah yang berkualiti, yang terbaik dan optimum untuk dipersembahkan kepadaNya. Ringkasnya, ia akan memiliki ihsan dalam dakwahnya.
Sebaliknya, pendakwah yang tidak ikhlas atau kurang ikhlas, amal dakwahnya hanya‘biasa-biasa’ sahaja, seolah-olah amal dakwahnya bukan kerana Allah.

Seorang ulama’ pernah menulis beberapa ciri pendakwah yang tidak atau kurang ikhlas dalam dakwahnya seperti berikut :

  1. 1.    Hanya memberikan waktu yang tersisa bagi dakwahnya.
  2. 2.    Bermalas-malasan dalam menunaikan amanah dakwahnya.
  3. 3.    Sesekali berdakwah, tetapi seringkali meninggalkan dakwah.
  4. 4.    Jika ada ruang dan kesempatan, ia akan berusaha untuk melemparkan beban kewajiban dakwah kepada orang lain lalu berlepas diri dari dakwah.
  5. 5.    Dilihat tidak bersungguh-sungguh dalam merancang dan melaksanakan amanah dakwah serta tidak berusaha untuk menghasilkan dakwah yang terbaik dan optimum.
  6. 6.    Mudah putus asa, bahkan gugur di jalan dakwah ketika dihadapkan dengan berbagai rintangan dakwah.


Dengan merenungkan keenam ciri-ciri di atas, seseorang yang mengaku dirinya sebagai pendakwah tentulah boleh menilai apakah dakwahnya merupakan dakwah yang ikhlas atau tidak.
Dengan itu, ia akan dapat memastikan apakah selama ini amalan dakwahnya diterima oleh Allah swt ataupun tidak. Jika
tidak, betapa ruginya kerana Allah dan RasulNya telah menempatkan dakwah pada kedudukan yang sangat terpuji.

Lebih dari itu, dakwah adalah ‘fardhu’ bagi kaum muslimin. Bahkan dakwah adalah kewajiban yang mesti dilakukan dan tidak boleh diganti dengan sesuatu ‘kafarah’apapun jika ditinggalkan.
Adalah wajar jika para Nabi dan para Rasul Allah menjadikan dakwah sebagai teras hidup mereka. Diceritakan bahwa Nabi Nuh as berdakwah tidak kurang dari 950 tahun dan usaha itu ia lakukan siang dan malam.

Demikian juga yang dilakukan oleh Baginda Rasulullah saw selama 23 tahun sejak baginda diangkat sebagai Utusan Allah.
Ini sekaligus menunjukkan betapa ikhlasnya para Nabi dan Rasul Allah dalam melaksanakan aktiviti dakwah mereka. Jika tidak mana mungkin mereka mempertaruhkan usia, tenaga, fikiran, harta bahkan nyawa mereka di jalan dakwah.

KEKUATAN AMAL YANG DILAKSANAKAN

Amal yang benar adalah hasil dari ilmu yang benar dan keikhlasan niat. Hendaknya seorang pendakwah menjaga sikap istiqamah dan keseimbangan dalam beramal.

Amal yang sedikit lebih baik daripada amal yang banyak tapi tidak berterusan dan ia juga mesti seimbang serta sekata dalam perlaksanaan amal-amal Islam serta tidak mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian lainnya.
Selain itu seorang pendakwah mestilah mempunyai kesungguhan dalam amal dakwahnya di mana ia memiliki kerelaan untuk bekerja kuat serta sanggup menderita demi sesuatu yang diyakininya sebagai kebenaran.

Manusia yang memiliki akal akan mengerti tentang berharganya cincin berlian di mana mereka sanggup berkelahi untuk merebutkannya tetapi anjing yang berada dekat dengan cincin berlian itu tidak akan pernah menghargai cincin berlian itu sebaliknya ia akan terus berlari mengejar tulang yang ada di situ lalu mencari tempat untuk memuaskan kerakusannya.

Apabila kita memandang sesuatu benda bernilai itu sangat berharga, maka kita akan rela berkorban dan berusaha dengan penuh kesungguhan untuk :

a.       Mendapatkannya.
b.      Menjaganya.
c.       Mempertahankannya.

Sebaliknya, jika kita memandang sesuatu benda tersebut tidak cukup berharga untuk kita perjuangkan, maka jangan harap kita akan tergerak untuk berkorban dan berjuang dengan penuh kesungguhan.

Hingga pada akhirnya kesungguhan dalam dakwah memang bergantung kepada :

1.      Bagaimana persepsi pendakwah terhadap dakwah itu sendiri.
2.      Seberapa pentingnya dakwah tersebut bagi pendakwah itu.
3.      Seberapa sesuainya dakwah untuk diperjuangkan dengan penuh kesungguhan.

Namun di sana ada masa-masanya ketika komitmen seorang pendakwah  dibenturkan dengan berbagai kesukaran dan masalah maka, itulah saatnya  untuk mengetahui akan kualiti kesungguhannya.

KESEDARAN AKAN BEBAN DAN AMANAH DAKWAH

Dalam banyak kegiatan dakwah, ketika kita melakukan penilaian terhadap setiap kegiatan dalam organisasi kita, ada satu masalah klasik yang sentiasa menghantui kita dalam setiap hasil penilaian tersebut iaitu masalah sumber tenaga pendakwah di mana ia bukanlah sebuah masalah, namun ia justeru merupakan fitrah dari dakwah itu sendiri.

Ini tidaklah bermaksud untuk mencari pembenaran ke atas kekurangan yang ada pada kerja-kerja dakwah, tapi untuk mempertegaskan bahwa dalam sejarah perjalanan dakwah, jumlah ‘rijal’ yang menyeru kepada kebaikan dan kebenaran sentiasa jauh lebih sedikit dari orang-orang yang memerlukan dan harus ‘diselamatkan’ oleh dakwah.

Keadaan ini kerap kali meletakkan kita pada posisi yang tidak mempunyai pilihan lain atau perlu menetapkan pilihan yang serba sukar.

Begitu banyak amanah yang harus dipikul sementara sumber tenaga manusia begitu terbatas samada :

a.       Jumlahnya yang tidak mencukupi.

atau

b.      Kualitinya yang tidak merata dan seimbang.

Dalam konteks ini, pengertian amanah yang ‘overload’ pada seorang pendakwah menjadi persoalan yang sering diperdebatkan.

Bukankah dakwah itu sendiri memang berat?

Bukankah sudah menjadi kepastian bahwa bagi seorang pendakwah, bebannya lebih besar dari kebanyakan orang sehingga sudah tidak pada tempatnya lagi jika seorang pendakwah masih mengharapkan waktu senggang dan kesenangan-kesenangan seperti orang-orang lain yang tidak memikul amanah dakwah?

Kesenangan dan hiburan bagi pendakwah hanyalah untuk memulihkan stamina agar dapat terus melangkah di jalan yang panjang ini dan perasaan kebersamaan para pendakwah adalah hiburan dan kesenangan bagi mereka samada kebersamaan dalam menanggung beban, tertawa bersama dan menangis bersama di mana ianya adalah sebahagian dari kebahagiaan di atas jalan dakwah.

Kesungguhan seorang pendakwah akan mendorongnya untuk sensitif dan responsif terhadap permasalahan dakwah. Ia akan merasakan bahwa permasalahan dakwah adalah juga masalah peribadinya, kerana ia sangat menyedari bahwa setiap orang bertanggungjawab atas dirinya sendiri.

Allah azza wa jalla akan meminta pertanggungjawaban dari setiap peribadi atas semua yang dilakukan dan yang tidak dilakukannya. Amanah-amanah yang merupakan sebahagian dari projek dakwah dan beban organisasi, ketika tidak dilaksanakan dengan baik atau terabai, akan menjadi tanggungjawab dari setiap individu pendakwah sebagai sebahagian dari organisasi itu sendiri.

Ketika Bani Israil diperintahkan untuk tidak mencari ikan di hari Sabtu, sebahagian dari mereka cuba untuk melanggar perintah ini dengan memasang perangkap ikan di hari Jumaat dan mengambil hasil tangkapannya pada hari Ahad.

Sebahagian yang lain tetap mentaati perintah Allah, memberikan peringatan kepada saudara-saudaranya yang melanggar namun peringatan mereka diremehkan dan bahkan dikatakan bahwa pelanggaran itu bukanlah urusan mereka.

Orang-orang yang memberikan peringatan ini, mengatakan bahwa mereka memberikan ‘taushiyah’ itu agar mereka mempunyai hujjah atau bukti di hadapan Allah bahwa mereka telah melakukan sesuatu semampu mungkin dalam melaksanakan amar ma’ruf nahi munkar, walaupun hasilnya tidaklah seperti yang diharapkan.

Kisah tersebut mengajarkan kepada kita bahwa kewajiban berdakwah tidaklah gugur hanya kerana mad’u kita menolak dakwah ini. Ia tidak pula gugur kerana saudara-saudara kita meninggalkan dakwah, melalaikan amanah-amanahnya dan meninggalkan kita berjuang sendirian kerana masalah dakwah adalah masalah pertanggungjawaban kita seorang diri di hadapan Allah sehingga kita mempunyai hujjah dihadapan Allah bahwa kita telah melakukan yang terbaik yang kita boleh dan biarkanlah Allah, para rasul dan orang-orang yang beriman yang menilai kerja kuat kita.

Ada satu ungkapan yang indah untuk direnungkan :

“Organsisai itu terdiri dari

1.      Material.
2.      Sumber Tenaga Manusia.
3.      Nilai.

Jika nilai menjadi orbit material dan sumber tenaga manusia maka organisasi itu sihat.
Jika manusia yang jadi orbit nilai dan material, maka organisasi itu sudah sakit.
Jika material yang yang jadi orbit manusia dan nilai, maka organisasi itu mati”.
Ya, Allah tambahkanlah untuk kami keikhlasan niat, kedalaman ilmu, kelapangan hati, kebersihan jiwa, kejernihan fikiran, lautan kesabaran, samudera kelembutan serta indahnya cinta dan kasih sayang dalam ukhuwah dalam kami memikul amanah dakwah dan tarbiyah di jalanMu sehingga kami mendapat keridhaanMu di akhirat nanti.

Ameen Ya Rabbal Alameen

Wan Ahmad Sanadi Wan Ali
Pengerusi JK Tarbiah IKRAM Shah Alam

“UKHUWAH TERAS KEGEMILANGAN”
“IKRAM WADAH PERJUANGAN”

Miss U All Fillah!! ^_^

Hari Khamis...


Aku dapat call.Rizqan rupenye yang call alu..Pelik jugak aku.Mana Dia tau aku ada kat jerantut..Kan kononnya aku gi Selangor :) Rupenye dia tanya Irfan..


"Aizat,aok kat mana?Kome,Shahfuan n Shariman nak datang umah aok ni.."


"MashaAllah..Datanglah sini..Aku ade kat umah ni.Mai datang cepat aku tunggu."


Subhanallah.Masa tu hanya Allah yang tau perasaan aku betapa aku excited.First sebab ade tetamu nak datang umah.Second sebab rindu sangat2 kat korang semua.Allah jua yang mempertemukan kita kembali :)


Dalam bebrapa minit depa pun sampai.Seronoknya aku bukankepalang.Melepaskan rindu dengan sahabat2 lama.Dah lima tahun kami bersama.Baru sebulan berpisah.Dah macam bertahun2 rasenya.


Aku pun ape lagi,ajak depa bertiga gi al-hijrah.Menyantap.Hehe..Sambil 'story telling' dan 'story sharing'..
Sape tak kenal Rizqan,rahsia orang pasti dikorek.Rahsia dia?Hanya Allah yang tau..hehe


Lepas zohor depa dah sibuk nak balik.Kata Rizqan,"Aizat,kalau tak ade bas kome balik umah awak balik ye.."Dalam hati aku pun terus berdoa,harap2 tak ade bas..Hahaha.Puas aku ajak depa nak tido umah aku tapi sebok nak balik.Terpaksa aku berdoa dalam hati macam tu.


Petang tu aku nak tepon depa tak ade kewdit.Nak tanya dah sampai tembeling belum.Tibe2 dapat call dari Cikgu Mat Jusoh.Cikgu Mat ajak aku gi kuliah kat Bukit Dinding.Dalam kul 7 Cikgu Mat ambik kat umah.Aku pun bersiap2.Lepas siap2,dapat call dari Shariman.


"Aizat,kitorang on the way umah aok ni..bas xdek.."


"Ok2..no hal"


Alhamdulillah..Doaku dimakbulkan.Malam ni dapat bersama.Seronok bukan kepalang dapat bersama.Bukan senang.Esok masing2 dah masuk U entah bile dapat jumpa and berkongsi cerita.


Malam tu mak ayah aku bawak depa sume gi makan dekat RnR.Tak kering gusi aku duk umah.Ialah,duk ngan Rizqan n the gang semalaman.Sape tak kenal Rizqan..Happy go lucky..


Masa terlalu cepat.Dah hari Jumaat.Depa sibuk nak balik.Katanya mak2 dah bising.Ialah,depa ni anak dara kat umah.Yang penting anak soleh.


MashaAllah,sedihnye.Terpaksa berpisah.InsyaAllah,nanti jumpa lagi and tido umah aku lagi..


Teringat hadis Rasulullah,antara insan yang dikasihi Allah ialah lelaki yang bertemu dan berpisah kerana Allah.Kini aku tetap akur..Berpisah..


~Ukhuwwah Fillah~
~Miss U All Fillah~

Thursday, 12 January 2012

Syair Membuatkan Imam Ahmad Menangis-Video

~Salam Muhasabah Untuk Kita Semua~

Syair Membuatkan Imam Ahmad Menangis


?وتُـخفي الذنبَ عن خلقيَ وبالعصيانِ تأتيني

Apabila tiba saat Tuhanku berkata padaku:
Tidakkah engkau malu melakukan maksiat kepadaku?
Engkau menyembunyikan dosa dari makhlukku
sedang dengan dosa engkau datang berjumpaku?

فكيف أجيبُ يا ويحي ومن ذا سوف يحمين ؟

Maka bagaimanakah aku boleh menjawabnya
dan siapalah yang boleh mempertahanku?

أسلي النفس بالآمالِ من حينٍ الى حيني
وأنسى ما وراء الموت ماذا بعد تكفيني

Aku sentiasa mendamaikan perasaanku
dengan harapan-harapan dari detik ke detik
Sedangkan aku lupa apa yang berlaku selepas kematian,
apalah yang cukup untukku

كأني قد ضمنتُ العيش ليس الموت يأتيني

Seolah-olahnya aku telah dapat menjamin
akan terus hidup dan kematian tidak akan datang

وجاءت سكرة الموت الشديدة من سيحميني؟

Jika tibalah saat sakit kematian siapalah
yang boleh menahannya dariku?

نظرتُ الى الوُجوهِ أليـس منهم من سيفدينـــي؟

Aku hanya mampu melihat wajah-wajah di depanku
adakah seseorang di kalangan mereka yang boleh menebusku?


سأسأل ما الذي قدمت في دنياي ينجيني

Aku bakal ditanya apalah yang telah aku
persembahkah di duniaku dahulu yang
boleh menyelamatkan daku

فكيف إجابتي من بعد ما فرطت في ديني

Bagaimanalah jawapanku setelah mana aku
mengabaikan urusan agamaku?

ويا ويحي ألــــم أسمع كلام الله يدعوني ؟

Oh! Kesalnya, apakah aku tidak pernah mendengar
kalam Allah yang menyeruku?

ألــــم أسمع لما قد جاء في قاف ويسِ

Apakah aku tidak pernah mendengar
kandungan surah Qaf dan surah Ya Sin

ألـــم أسمع بيوم الحشر يوم الجمع و الديني

Apakah aku tidak pernah mendengar tentang
hari perhimpunan, perkumpulan dan pembalasan.

ألـــم أسمع مُنادي الموت يدعوني يناديني

Tidak pernahkah aku mendengar penyeru
kematian yang mengajakku dan memanggilku?

فيا ربــــاه عبدُ تــائبُ من ذا سيؤويني ؟

Wahai Tuhanku, inilah seorang hamba
yang kembali, siapalah yang sanggup menerimanya?

سوى رب غفور واسع للحقِ يهديني

Kecuali Tuhan yang maha pengampun, yang maha kaya,
Yang sentiasa memberiku pedoman ke jalan kebenaran.

أتيتُ إليكَ فارحمني وثقــّـل في موازيني

Aku mendatangiMu maka kasihanilah daku
Dan beratkanlah neraca timbanganku

وخفف في جزائي أنتَ أرجـى من يجازيني

Ringankalah pembalasanku kerana Engkau
sahajalah paling diharap kebaikannya
apabila melakukan pembalasan



Zainab Al-Ghazali..Kekasih Allah






Ada sebuah kisah menarik yang pernah terjadi di suatu negeri pada tahun 1965. Peristiwa ini, perlulah dijadikan pengajaran terutamanya untuk kaum muslimat. Di waktu itu, hiduplah seorang aktivis muslimah yang menyeru manusia kepada Allah SWT. Namanya Zainab Al-Ghazali.

Dia adalah seorang da’ei wanita yang cukup gigih dalam dakwahnya. Dalam hidup sehariannya, yang ada didalam fikirannya hanyalah bagaimana menyebarkan kebajikan dan membimbing manusia ke jalan yang benar. Dia memiliki pengetahuan yang luas dan mendalam. Ketajaman kata-katanya dalam berdakwah membuat dia harus berhadapan dengan pemimpin negeri ini yang zalim pada saat itu.

Zainab Al-Ghazali pun telah menjalani fasa-fasa penyiksaan. Meremang bulu roma di saat mendengar kisahnya. Meski demikian, keyakinanannya akan pertolongan Allah swt., kelazatan iman yang dirasakannya, serta tekad yang membaja membuat ia terus bersabar. Pada Ogos 1965, Rumah Zainab Al-Ghazali digeledah oleh beberapa tentara, tanpa ada izin terlebih dahulu.

Tatkala ia meminta diperlihatkan surat penggeledahan, mereka menjawab, “Surat tugas yang mana, hai orang gila! Kami sekarang dalam masa, dimana kami bebas melakukan apa saja yang kami kehendaki terhadap kamu.” Tanpa penjelasan lain yang menjadi bukti, mereka terus mengheret Zainab Al-Ghazali keluar rumah dan dibawa dengan kereta. Tanpa pembelaan, muslimah yang tekun beribadah ini terus dimasukkan ke penjara. Namun dia tetap sabar dan mengharap pahala dari Allah swt. atas ujian yang diterimanya itu. Ia dimasukkan ke dalam ruangan penjara bernombor 24. Berikut adalah cerita pengalaman beliau sepanjang berada didalam penjara:

“Sebuah pintu ruangan yang sangat gelap dibuka, lalu aku dimasukkan kedalamnya. Dan ketika ruangan itu telah menelan diriku, aku mengucapkan, “Bismillah As-salamu’alaikum.” Kemudian, pintu itu ditutup kembali. Setelah itu, lampu yang sangat terang dinyalakan dengan tiba-tiba. Ini dimaksudkan untuk menyiksa diriku. Ruangan itu dipenuhi oleh beberapa anjing. Aku tidak mengetahui berapa jumlahnya. Aku pejamkan kedua mataku dan aku letakkan kedua tanganku didadaku, kerana ketakutan yang mencekam. Lalu aku dengar suara pintu dikunci dengan rantai dan gembok besar. Anjing-anjing itu terus menyerangku dan mengigit sekujur tubuhku, kepalaku, kedua tanganku, dadaku, punggungku dan di seluruh bagian tubuhku kurasakan tusukkan taring-taring anjing.

Sakit sekali. Tatkala aku mencuba membuka mata untuk melihat, maka dengan segera kupejamkan kembali kerana ketakutan yang sangat. Lalu kuletakkan kedua tanganku di bawah kedua ketiakku, sambil menyebut asma-asma Allah swt. (Asmaul Husna), mulai dari kata, “Ya Allah, Ya Allah…” Satu per satu nama agung Allah kubaca. Sementara anjing-anjing tiada berhenti mengigit tubuhku. Tusukkan taringnya kurasakan di kepalaku, pundakku, punggungku, dadaku, dan disekujur tubuhku.

Saat itu saya berdo’a kepada Allah swt. dengan mengatakan,

“Ya Allah sibukkanlah aku dengan (mengingat)-Mu, hingga melupakan selain-Mu. Sibukkanlah aku dengan (mengingat)-Mu, wahai Tuhanku. Wahai zat Yang Maha Esa, wahai zat Yang menjadi tempat bergantung. Bawalah aku dari alam kasar (dunia) ini. Sibukkanlah aku agar tidak mengingat seluruh hal selain-Mu. Sibukkanlah aku dengan (mengingat)-Mu, bawalah aku di hadirat-Mu. Berilah aku ketenangan yang sempurna dari-Mu. Liputilah aku dengan pakaian kecintaan-Mu. Berikanlah kepadaku rezeki mati syahid dijalan-Mu. Karunikanlah kepadaku kecintaan yang tulus kepada-Mu, keridhaan pada (ketentuan)-Mu dan Ya Allah, teguhkanlah diriku, sebagaimana keteguhan yang dimiliki oleh para ahli tauhid ya Allah!”

Doa tersebut kuucapkan, sementara binatang-binatang buas itu tidak berhenti menusukkan taringnya disekujur tubuhku. Detik demi detik, minit demi minit dan jam demi jam pun berlalu. Tiba-tiba pintu ruanganku terbuka, lalu aku dikeluarkan dari kamar. Aku membayangkan, bahawa pakaian putih yang kukenakan telah berlumuran darah. Itulah yang saya rasakan dan bayangkan bahwa anjing-anjing itu benar-benar telah mengigitku. Akan tetapi, betapa terkejutnya aku. Seolah-olah pakaianku tidak terkena sesuatu apapun, dan seolah-olah tiada satu pun taring yang menembus tubuhku. Mahasuci Engkau ya, Allah. Sesungguhnya Dia selalu bersamaku dan selalu mengawasiku. Ya Allah, apakah aku ini layak mendapatkan kurnia dan kemuliaan dari-Mu. Ya, Tuhanku bagimu segala puji. Semua itu kuucapkan di dalam hatiku. Para penjaga penjara hairan ketika mengetahui bahawa anjing-anjing tidak merobek-robek tubuhku.

Saya tidak mengetahui mengapa mereka amat hairan menyaksikan hal seperti itu. Bukankah Allah swt. telah berfirman,“Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” (Muhammad: 7)

Ini adalah peristiwa nyata yang terjadi semasa kekejaman pemerintahan. Peristiwa itu merupakan pertolongan yang diberikan Allah kepada Zainab Al-Ghazali, wanita muslimah tersebut. Mereka tidak berhenti melakukan penyiksaan kepada wanita muslimah ini. Hari demi hari berganti, bulan demi bulan teru berjalan dan tahun-tahun pun berganti. Namun, Zainab tetap terkurung didalam penjara dan menerima berbagai macam penyiksaan, tanpa kesalahan yang jelas.

~Wahai saudaraku muslimah yang mulia, ini adalah realiti yang dialami oleh sebahagian saudarimu seaqidah yang tersebar di berbagai belahan bumi. Meski demikian, Zainab Al-Ghazali tetap bersabar dan mengharap pahala dari Allah, Dzat Yang Maha tinggi dan Maha kuasa. Ia selalu tegar kerana sangat yakin bahawa pertolongan Allah swt. pasti datang. Demikianlah, kekuatan iman itu dapat menimbulkan berbagai hal yang menakjubkan, sulit untuk dicerna oleh pemikiran manusia.
~Bagaimana kita pada hari yang bergelar 'aktivis islam' kononnya?
~Mampukah kita menghadapi ini dengan hati yang penuh yakin pada Allah SWT?
Muhasabahlah dan hisablah amal kita di sisi Allah,bukan kita asyik dengan 'mengislah' insan di sekeliling..Wallahua'lam

^Salam Muhasabah Buat Para Dua't Yang Merindui Syurga Allah^


الشيخ أحمد إسماعيل حسن ياسين Man Hua??






Sheikh Ahmed Ismail Hassan Yassin ; 22 Jun 1937 – 22 Mac 2004 adalah pengasas pertubuhan Palestin Hamas. 

Dilahirkan di desa Al-Jaurah, pinggiran Al-Mijdal, selatan semenanjung Gaza (sekarang dekat Ashqelon di Israel). 

Ketika masih kanak-kanak, beliau dan keluarganya telah dipaksa menjadi pelarian akibat oleh perperangan dengan Israel pada tahun 1948.


Yassin mendirikan Hamas (al-Harakatul Muqawwamatul Islamiyah) dengan rakannya Abdul Aziz al Rantisi dan Khaled Meshal pada tahun 1987. 


Sheikh Ahmed adalah seorang yang hampir buta dan juga seorang kuadriplegia akibat kemalangan sukan pada masa mudanya sehingga beliau perlu menggunakan kerusi roda sepanjang sisa hidupnya.


 Beliau merupakan pejuang Intifadah, mujahid dakwah yang berjuang menegakkan Islam dan penghulu pejuang kemerdekaan Palestin.

 
Sheikh Ahmed Yassin dibunuh pada hari Isnin, 22 Mac 2004 ketika helikopter Israel menghentam 3 buah roket ke atas kenderaannya setelah beliau menunaikan Solat Subuh.
 
 
 
 ~Seorang Mujahid Berkerusi Roda,Tetapi Paling Ditakuti Yahudi~
 
 
 
 
 
 
 

Pakaian Kesukaan Rasulullah









Ummu Salamah meriwayatkan :


"Pakaian paling disukai oleh Rasulullah SAW ialah gamis."
(Riwayat Tirmizi dan Abu Daud)


Asma' Binti Yazid meriwayatkan :


"(Panjang) lengan baju Rasulullah SAW hingga ke pergelangan tangan."
(Riwayat Tirmizi,Al-Nasa'i, dan Abu Daud)


~Dipetik daripada Syamail Muhammad SAW:Peribadi Muhammad,terbitan Telaga Biru Sdn.Bhd~