Saturday, 14 July 2012

Kemana hilangnya...??????

Alhamdulillah diberi peluang untuk menjadi fasilitator sekolah rendah di sekitar bandar Kuantan.Fasilitator untk Kem Tahsin Solat.Rasa teruja pulak.Sebab masa nilah nk berkongsi dan cucuk jarum dakwah pada adik2 kan :)


Aku diberi amanah untk menjaga kelas darjah dua dan tiga.Dalam kelas lebih kurang 38 orang la..Kami sebenanrnya diberi silibus untk dihabiskan mengikut darjah.


Sebelum memulakan sessi 'tahsin solat',aku bertaaruf dulu.Macam biasalah..Tak kenal maka tak cinta..ce wah..eh bukanlah,tak kenal maka tak kenal la..huhuhu


Setelah selesa sessi taaruf,aku memulakan sessi 'tahsin solat'..Tapi sebelum masuk pada silibus,aku ade satu permintaan..


"Sebelum kita mula,boleh tak ustaz nak kamu semua mengucap dua kalimah syahadah?Boleh ye,ok start.Ramai2"

Terpinga2 aku sbb satu suara pun x kedengaran.Mungkin malu kot..

"Ok cepat adik2..Ramai2."

Tiba2..bertambah kecut perut,tercengang dan bermacam2 'ter' lg jadi kat aku...

"Ustz,mengucap kalimah syahadah tu ape?"Soal salah seorang dari depa.

"Ha???!!Tak tau ke?"

"Takkkkk..."Bergema suara satu kelas dengan jawapan takk..

Lembik lutut aku sejenak.Bergenang air mataku.Nasib tak menitis je.Ya Allah,satu kelas tak pandai mengucap.Macam mana aku nak ajar solat kalau satu kelas tak pandai mengucap.Ini bukan main2.Separuh masa aku ajar mengucap sahaja.

Sebelum aku ajar mengucap tu,aku ingin menguji lagi macam2 perkara..

"Solat subuh ade berapa rakaat?"

Jawap mereka dengan penuh yakin..

"Tiga!"

"Empat!"

Aku menguji lagi..

"Kat rumah solat tak?"

"Takk!"

Aku tanya lagi sebagai observation..

"Mak ayah tak marah ke?"

"Takk!"


Allah2..Oklah..stop setakat tu soalan aku..Aku sebenarnya ingin mmbuat kajian untk diri sendiri.





Apa yang ingin aku kongsikan..Bagaimana hal ini bisa terjadi??Sapa yang patut dipersalahkan?Guru?Parents?Atau sapa??


Sahabat2,rakan2,guru2,adik2,akk2,atok2 dan semua golongan kat muka bumi ini,this is not the time nak tuduh orang ni salah.Bukan masa untuk menghukum sapa2!Kita semua berasalah!Sebab kita tak kisah dengan agama kita sendiri.Kite sume masih dibuai mimpi sedang kiamat itu hampir dengan kita!Bayangkanlah?Mengucap tak pandai.


"Alaaaa..Budak darjah dua dan darjah tiga..Kecik lagi..."


Berasap telinga aku mendengar jawapan tuu..


"So??Nak tunggu umur 30 tahun?Dah tua bangka baru nak ajar mengucap??Ke dah nazak baru nak ajar mengucap??Itu perkara asas mengucap tu..Bukan tanya soalan fekah."


Balasku dalam nada lembut tapi sangat sinis.Terdiam sang penyoal.Bukan ape bagi jawapan begitu,sang penyoal perlu sedar statusnya sebagai daie..


Wahai pejuang2 agama Allah!Ini bukan masa untuk kite berlengah.Bukan masa untk menghukum sapa2.Bukan masa untuk mencari alasan mengapa hal sedemikian berlaku.Tp kite kena bergerak!Bergerak!!Bila???Lagi mau tanyaa??NOW!!WHAT ARE YOU WAITING FOR HA??
Bayangkan anak2 kita satu hari nanti tak pandai mengucap?Nauuzubillah.Itu perkara asas.Bukan main2.Soal akidah.bagaimana dengan ibadah kita kalau mengucap tak tau?


ALLAH..ALLAH..ALLAH..


KEMANA HILANGNYA bekas2 pelajar SMKA?SMA?MRSM?SBPI?SEKOLAH2 ELIT?Mana kamu semua?Hanya belajar untuk masa depan sendiri?Tanpa memikirkan masa depan Islam?Hanya jaga amal masing??Nak masuk syurga sorang?Ingat tak kena soal ke nanti??


KEMANA HILANGNYA ANTUM SEMUA??HAA???Mereka memrlukan kita!Mereka memrlukan kalian!Tak sedih ke kita tgk orang seagama dengan kita,sebangsa dengan kita,senegara dengan kita tak pandai mengucap??


KEMANA HILANGNYA ANTUM SEMUA?JAngan tunding jari pada orang lain.KITA!!!!KITA YANG BERTANGGUNGJAWAB!!!KITA YANG KENA GERAK!!


BANGKITLAH WAHAI REMAJA ISLAM!ISLAM IS OUR RELEGION.ITS BELONGS TO US!WE HAVE TO SUPPORT ISLAM..

BANGKITLAH REMAJA ISLAM!
BANGKITLAH REMAJA ISLAM!
BANGKITLAH REMAJA ISLAM!
BANGKITLAH DARI LENAMU!
BANGKITLAH!!!!!!!!!!!!

Friday, 13 July 2012

Mengemis CintaMu Ya Rabb...


Mengemis cintaMu...

Wahai Allah, limpahkanlah kepadaku kekuatan untuk mencintaiMu, mencintai orang yang mencintaiMu, dan mencintai perkara-perkara yang mendekatkan diri untuk mencintaiMu. Jadikanlah rasa mencintaiMu lebih aku sukai berbanding air dan embun...

Ya Rabbi,
kini aku berada di antara belantara dunia & tidak mampu membawa benderang Al-Quran tanpa pertolonganMu & tidak akan mampu aku menyeru tanpa kuasaMu & sertailah aku di setiap saat dan waktu Ya Rabbi...

Ya Rabbil Izzati,
Aku memerlukanmu pada setiap langkahku..
Aku butuh bimbinganMu ya Allah..
Aku hanya musafir didunia ini..
Aku tidak mahu tersesat di pertengahan jalan dek kejahilanku dalam mengenalMu..

Ya Allah,
KepadaMu aku berserah diri..
KepadaMu aku bermohon..
Suburkan hatiku dengan keimanan yang ketaqwaan padaMu..

Ya Rabbi,
Pandanglah daku dengan rahmatMu..
Janganlah Engkau berpaling dariku..
Tanpa belasMu,tidak ade erti sebuah kehidupan untukku..

Ya Allah,
Ampunkanlah aku..Ampunkanlah aku..
Atas kederhakaanku padaMu..
Atas setiap kelalaianku dengan nikmatMu..
Atas keangkuhanku sedang aku hanya menumpang di bumiMu..

Ya Allah,
Ampunkanlah aku..
Andai setiap nafas dariMu untukku mengundang murkaMu..
Andai setiap langkahku di bumiMu melanggar perintahMu..
Andai setiap tubuh pinjamanMu ini tidak kupelihara aibnya dari Sang Ajnabi..
Andai aku mengkhianati amanahku sebagai hamba khalifah di bumiMu ini..

Ya Rabbi,
Aku hanya hamba yang lemah..
Bimbinglah aku kepadaMu..
Redhailah setiap langkahku..
Sesungguhnya aku sentiasa MENGEMIS CINTAMU YANG HAKIKI...


BALASLAH CINTAKU YA ALLAH..
BALASLAH CINTAKU YA RABB..
BALASLAH CINTAKU YA RABBUL IZZATI..




Wednesday, 11 July 2012

Nanti jangan lupe datang ye.. (^_-)

Ayat lepas SPM...


"Bye..Jumpa lagi..Mintak maaf ye andai ade salah silap sepanjang 5 tahun kite berkenalan..Moga ukhuwwah kita berkekalan.Jangan lupa aku tau.Ingat aku dalam doa ko tau.Nnti kawen jangan lupe jemput..huhu.."

Atau yang lebih menarik...

"Bye..Jumpa lagi..Mintak maaf ye andai ade salah silap sepanjang 5 tahun kite berkenalan..Moga ukhuwwah kita berkekalan.Jangan lupa aku tau.Ingat aku dalam doa ko tau.Nnti kawen jangan lupe jemput..huhu..By the way,lau dapat berita Allah jemput aku dulu,jemputlah datang ye."

Ayat penegasan...


"By the way,lau dapat berita Allah jemput aku dulu,jemputlah datang ye.Datang tau..Jangan lupa datang ye:)"

Sahabat2ku..Itulah hakikat sebuah perjalanan.Pasti akan sampai jua ke destinasi yang dituju.Mahu atau tidak,ianya satu kepastian..Jom renung firman Allah SWT:




"Tiap2 yang bernyawa pasti akan merasai kematian.dan bahawasanya pada hari kiamat jualah akan disempurnakan balasan bagi kamu.Ketika itu siapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya.dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesaran) tidak lain hanyalah untuk kesenangan bagi orang-orang terpedaya."             
(Ali Imran:185)

Sahabat2ku..Ku teruja pada kata2 Imam Al-Ghazali:

"Ukhuwwah itu bukan pada indahnya pertemuan.Tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam setiap doanya."

Sahabat2ku..Renungilah mutiara kata Imam Al-Ghazali ini..Kuharapkan ukhuwwah yang terbina terus mekar hingga Jannatul Firdaus Al-A'la..Ameen..Biarpun kematian itu menjadi pemisah yang sementara..

Sahabat2ku,andai aku dijemput dulu,jangan lupa untuk mendoakanku.Iringi jasadku hingga ke liang lahad tau..

Sahabat2ku,aku suka mengingatkan diriku sendiri dgn saat kematian.Kerana ianya pasti tiba.Walau jauh kita lari darinya.Dan hanya dengan mengingati kematianlah yang akan memutuskan kelazatan dunia.Sepertimana yang disabdakan Rasulullah..

Sahabat2ku..ayuh audit diri kita:
  1. Solat lima waktu-Berjemaah (bg lelaki)?Dh settle penuh?
  2. Puasa ramadhan-Sempurna tak?
  3. Solat sunat-Ade buat tak untk tampung yang wajib tkut2 rosak?
  4. Puasa sunat-istiqamah tak?
  5. Al-Quran-Brp kali khatam setahun?
  6. Selawat keatas Rasulullah-Brp kali shri?
  7. Istighfar-Amal tak tiap2 hari?
  8. Mathurat-Baca tak pg n ptg?
Banyak lagi sahabat2ku yang kite kena audit diri kita..

Sahabat2ku,biarpun kita jauh di mata,biarlah amalan2 ini menjadi pengikat ukhuwwah kita :)

Sahabat2ku,jangan lupa ye..Kita sama2 beramal dan istiqamah dengan setiap amalan kita ye..Kan kita nak berukhuwwah hingga ke syurga :)

Ape pun,nnti jangan lupa datang ye..Bacakan Al-Quran untukku nanti tau..Aq pasti sentiasa merindui setiap bacaanmu sahabat2ku :)

Andai Allah jemput aku dulu..


Jangan lupa datang tau!
Ingat!Jangan lupa datang!
Jangan lupaaaa tauu!

^Salam Ukhuwwah Sekencang Dakwah^
~Sayang Korang FILLAH~







Tuesday, 10 July 2012

Adakah kau lupa...??


Adakah kau lupa??
Kita pernah bersama..!
Mencipta memori di bumi bertuah SMKA TAHAP

Adakah kau lupa??
Kita pernah bersama..!
Menyelami..satu LAUTAN TARBIYAH..
Yang sentiasa menyinari diri

Adakah kau lupa??
Kita pernah bersama..!
Berduyun-duyun ke MUSHALLA..
Tatkala azan berkumandang..

Adakah kau lupa??
Kita pernah bersama..!
Berlaga lutut..Berpanas-panas..
Demi KULIAH TAFAQQUH yang sentiasa menjadi igauan..

Adakah kau lupa??
Kita pernah bersama..!
Memenuhi setiap ruang baris buku..
Demi MENCATAT ILMU AGAMA yang menjadi senjata kita kini..

Adakah kau lupa??
Kita pernah bersama..!
Bersenda gurau di dalam satu bulatan bernama USRAH..
Berkongsi permata ILMU..

Adakah kau lupa??
Kita pernah bersama..!
BERJEMAAH..Dalam satu saf yang erat
Membuktikan kekuatan ukhuwwah dan ikatan akidah yg kukuh

Adakah kau lupa??
Kita pernah bersama..!
Meraih redhaNya di sebalik QIAMULLAIL
Mencari ketenangan ketika waktu DHUHA memancar

Adakah kau lupa??
Kita pernah bersama..!
Mengimarahkan Isnin dan Khamis..
Dengan keajaiban PUASA..

Adakah kau lupa??
Kita pernah bersama..!
Berkongsi air..Berebut kueh..Mengeratkan satu ikatan tarbiyah yang terjalin..Ketika IFTAR di DEMA..

Adakah kau lupa??
Kita pernah bersama..!
Saling INGAT MENGINGATI antara satu sama lain..
Bukti ikatan terjalin tulus kerana Rabbul Jalil..

Adakah kau lupa??
Kita pernah bersama..!
Mempertahankan kemuliaan MUSLIMAT..
Dengan memperjuangkan TUDUNG LABUH..

Adakah kau lupa??
Kita pernah bersama..!
Memelihara kesucian MUSLIMAT..
Dengan ARM GUARD dan SARUNG KAKI yang menjadi benteng kekuatan..

Adakah kau lupa??
Kita pernah bersama..!
Mendaulatkan SUNNAH RASULULLAH..
Dengan keindahan KUPIAH dan SERBAN..

Adakah kau lupa??
Kita pernah bersama..!
Membasahi kalam..Dengan ZIKRULLAH..
Menenangkan jiwa yang merinduiNya..

Adakah kau lupa??
Kita pernah bersama..!
Mengikat JANJI..Menanam AZAM
Untuk mengekalkan semuanya yang pernah dilalui bersama!

Adakah kau lupa??
Adakah kau lupa??
Adakah kau lupa??!!!!





~Khas Buat Sahabat-Sahabatku~
Maaf atas setiap kekurangan..
Hanya renungan bersama..
Dimanakah kita tinggalkan semua SENJATA TARBIYAH yang pernah kita cipta dahulu..Bukankah senjata ini berguna ketika ini??

^JOM AUDIT DIRI^










Friday, 22 June 2012

Bagai permata yang hilang.....







“Aizat,aku rasa rindu sangat kat tarbiyah TAHAP.Dulu masa kat TAHAP aku buat endah tak endah je dengan kuliah ustaz.Bile aku dah keluar ni,aku rasakan ianya terlalu berharga.Menyesal aku main2 dalam salin kuliah.Sekarang kat tempat belajar,aku seolah2 jadi tempat rujukan teman2.Ialah,aku kan dari sekolah agama.Pastu,sekarang,aku rasa kurang selesa.Bahkan rasa sangat2 terseksa dengan alam kampus.Yelah,bercampur antara lelaki dengan perempuan tanpa batasan.Kalau dulu,sentiasa diingatkan dengan perkataan ‘ikhtilat’..Sekarang,takde sapa nak ingatkan.Masing2 jaga diri masing2.Nak couple,suke hatilah!Nak solat ke tak,ikut suke korang r!Yang paling tak tahan,pandang sana jadi dosa.Pandang sini pun jadi dosa.Yelah,perempuan pakai ketat sana,ketat sini.Aku dh tktau nak jalan macam mana.Bile berjalan dari kelas ke kelas,perempuan2 ni bukan nak bagi laluan pada laki yang lalu.Macam tak kisah je nak langgar ke,bersentuh ke.Ya Allah!Betullah kata2 x-tahap dulu.Kehidupan di luar penuh cabaran.Kalau dulu kat TAHAP,sumenye sejuk mata memandang.Sekarang ni,boleh cuci mata.Tangok je mana suke.Free of charge!Betul apa yang Ustaz Hairul selalu cakap dalam kuliah.Di TAHAP lah tempat kite nak benteng diri dengan ilmu,iman dan amal.Kat luar,ape pun boleh jadi tanpa tiga perkara ni.Nak cari kuliah kat sini..emm…entahlah.Ya Allah,aku betul2 rindu bumi tarbiyah SMKA TAHAP..IANYA BAGAI PERMATA YANG HILANG”

Bergenang air mataku mendengar luahan seorang teman.Ya,aku turut merasainya.Namun aku berbeza dengan dirimu,engkau insan hebat!Ditempatkan di tempat yang penuh sosial.Itu tanda engkau mampu hadapinya.Aku tidak,aku masih lagi di tempat yang terkawal.Mungkin aku tidak layak untuk hadapi situasi sepertimu temanku sayang.Mungkin aku akan hanyut dengan suasana itu.

Aku cukup gembira.Terlalu gembira mendengar luahanmu teman.Bukan ape,ini tanda TARBIYAH itu meresap dalam dirimu.Allah masih sayangkan dirimu.Kerana itu dirimu mempunyai tindak balas atas suasana itu.Tahniah!Terus pelihara rasa terseksamu itu!Agar syariat sentiasa memagari dirimu!

Temanku sayang,ingat tiga perkara ini.Pertama,carilah ketenagan jiwamu di MASJID..Kedua,carilah USRAH yang bisa mengubat rindumu pada tarbiyah yang pernah kita hadapi bersama dulu.Ketiga,carilah SAHABAT SOLEH,kerana ia mampu memimpinmu kepada Tuhanmu..

Tidak temanku sayang!Permata itu masih belum hilang.Ianya tersembunyi di dalam dirimu.Ianya perlu digilap!Ya,gilaplah permata itu!Jangan biarkan ia pudar dan hilang sinarnya!

Temanku sayang,aku sentiasa mendoakan kalian di alam baru.Agar kalian sentiasa diberi tiupan oleh Allah.Satu tiupan yang bisa memelihara dirimu.Aku turut kagum denganmu teman,kerana engkau kuat untuk menghadapinya.Engkau masih sedar dan merindui tarbiyah yang pernah kita lalui bersama satu ketika dahulu..

Temanku sayang,teruskan perjuanganmu di alam baru.Alam yang penuh dugaan dan cabaran.Ingatlah!Tempat bukan asbab hanyutnya seseorang..Selagi hati subur dengan keimanan dan kecintaan pada yang SATU!

^Salam Mujahadah Untuk Teman2ku Sayang^
Luv U ALL FILLAH!



Wednesday, 20 June 2012

RABIATUL ADAWIYAH -PERINDU CINTA ILAHI


Rabi’ah binti Ismail al-Adawiyah tergolong wanita sufi yang terkenal dalam sejarah Islam. Dia dilahirkan sekitar awal kurun kedua Hijrah berhampiran kota Basrah di Iraq. Dia lahir dalam sebuah keluarga yang miskin dari segi kebendaan namun kaya dengan peribadatan kepada Allah. Ayahnya pula hanya bekerja mengangkut penumpang menyeberangi Sungai Dijlah dengan menggunakan sampan.

Pada akhir kurun pertama Hijrah, keadaan hidup masyarakat Islam dalam pemerintahan Bani Umaiyah yang sebelumnya terkenal dengan ketaqwaan telah mulai berubah. Pergaulan semakin bebas dan orang ramai berlumba-lumba mencari kekayaan. Justeru itu kejahatan dan maksiat tersebar luas. Pekerjaan menyanyi, menari dan berhibur semakin diagung-agungkan. Maka ketajaman iman mulai tumpul dan zaman hidup wara’ serta zuhud hampir lenyap sama sekali.

Namun begitu, Allah telah memelihara sebilangan kaum Muslimin agar tidak terjerumus ke dalam fitnah tersebut. Pada masa itulah muncul satu gerakan baru yang dinamakan Tasawuf Islami yang dipimpin oleh Hasan al-Bashri. Pengikutnya terdiri daripada lelaki dan wanita. Mereka menghabiskan masa dan tenaga untuk mendidik jiwa dan rohani mengatasi segala tuntutan hawa nafu demi mendekatkan diri kepada Allah sebagai hamba yang benar-benar taat.

Bapa Rabi’ah merupakan hamba yang sangat bertaqwa, tersingkir daripada kemewahan dunia dan tidak pernah letih bersyukur kepada Allah. Dia mendidik anak perempuannya menjadi muslimah yang berjiwa bersih. Pendidikan yang diberikannya bersumberkan al-Quran semata-mata. Natijahnya Rabi’ah sendiri begitu gemar membaca dan menghayati isi al-Quran sehigga berjaya menghafal kandungan al-Quran. Sejak kecil lagi Rabi’ah sememangnya berjiwa halus, mempunyai keyakinan yang tinggi serta keimanan yang mendalam.



Maqam Rabia'h Al-Adawiyah

Menjelang kedewasaannya, kehidupannya menjadi serba sempit. Keadaan itu semakin buruk setelah beliau ditinggalkan ayah dan ibunya. Rabi’ah juga tidak terkecuali daripada ujian yang bertujuan membuktikan keteguhan iman. Ada riwayat yang mengatakan beliau telah terjebak dalam kancah maksiat. Namun dengan limpah hidayah Allah, dengan asas keimanan yang belum padam di hatinya, dia dipermudahkan oleh Allah untuk kembali bertaubat. Babak-babak taubat inilah yang mungkin dapat menyedar serta mendorong hati kita merasai cara yang sepatutnya seorang hamba brgantung harap kepada belas ihsan Tuhannya.

Marilah kita teliti ucapan Rabi’ah sewaktu kesunyian di ketenangan malam ketika bermunajat kepada Allah:

“Ya Allah, ya Tuhanku. Aku berlindung diri kepada Engkau daripada segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripada-Mu, daripada segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau!

“Tuhanku! bintang-bintang telah menjelma indah, mata telah tidur nyenyak, semua pemilik telah menutup pintunya dan inilah dudukku di hadapan-Mu.

“Tuhanku! Tiada kudengar suara binatang yang mengaum, tiada desiran pohon yang bergeser, tiada desiran air yang mengalir, tiada siulan burung yang menyanyi, tiada nikmatnya teduhan yang melindungi, tiada tiupan angin yang nyaman, tiada dentuman guruh yang menakutkan melainkan aku dapati semua itu menjadi bukti keEsaan-Mu dan menunjukkan tiada sesuatu yang menyamai-Mu.

“Sekelian manusia telah tidur dan semua orang telah lalai dengan asyik maksyuknya. Yang tinggal hanya Rabi’ah yang banyak kesalahan di hadapan-Mu. Maka moga-moga Engkau berikan suatu pandangan kepadanya yang akan menahannya daripada tidur supaya dia dapat berkhidmat kepada-Mu.”

Rabi’ah juga pernah meraung memohon belas ihsan Allah SWT:

“Tuhanku! Engkau akan mendekatkan orang yang dekat di dalam kesunyian kepada keagungan-Mu. Semua ikan di laut bertasbih di dalam lautan yang mendalam dan kerana kebesaran kesucian-Mu, ombak di laut bertepukan. Engkaulah Tuhan yang sujud kepada-Nya malam yang gelap, siang yang terang, falak yang bulat, bulan yang menerangi, bintang yang berkerdipan dan setiap sesuatu di sisi-Mu dengan takdir sebab Engkaulah Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa.”

Setiap malam begitulah keadaan Rabi’ah. Apabila fajar menyinsing, Rabi’ah terus juga bermunajat dengan ungkapan seperti:

“Wahai Tuhanku! Malam yang akan pergi dan siang pula akan mengganti. Wahai malangnya diri! Apakah Engkau akan menerima malamku ini supaya aku berasa bahagia ataupun Engkau akan menolaknya maka aku diberikan takziah? Demi kemuliaan-Mu, jadikanlah caraku ini kekal selama Engkau menghidupkan aku dan bantulah aku di atasnya. Demi kemuliaan-Mu, jika Engkau menghalauku daripada pintu-Mu itu, nescaya aku akan tetap tidak bergerak juga dari situ disebabkan hatiku sangat cinta kepada-Mu.”

Seperkara menarik tentang diri Rabi’ah ialah dia menolak lamaran untuk berkahwin dengan alasan:

“Perkahwinan itu memang perlu bagi sesiapa yang mempunyai pilihan. Adapun aku tiada mempunyai pilihan untuk diriku. Aku adalah milik Tuhanku dan di bawah perintah-Nya. Aku tidak mempunyai apa-apa pun.”

Rabi’ah seolah-olah tidak mengenali yang lain daripada Allah. Oleh itu dia terus-menerus mencintai Allah semata-mata. Dia tidak mempunyai tujuan lain kecuali untuk mencapai keredaan Allah. Rabi’ah telah mempertalikan akalnya, pemikirannya dan perasaannya hanya kepada akhirat semata-mata. Dia sentiasa meletakkan kain kapannya di hadapannya dan sentiasa membelek-beleknya setiap hari.

Selama 30 tahun dia terus-menerus mengulangi kata-kata ini dalam sembahyangnya:

“Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu.”

Antara syairnya yang masyhur berbunyi:

“Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun,
Tiada selain Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun,
Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun,
Akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun.”

Rabi’ah telah membentuk satu cara yang luar biasa di dalam mencintai Allah. Dia menjadikan kecintaan pada Ilahi itu sebagai satu cara untuk membersihkan hati dan jiwa. Dia memulakan fahaman sufinya dengan menanamkan rasa takut kepada kemurkaan Allah seperti yang pernah diluahkannya:

“Wahai Tuhanku! Apakah Engkau akan membakar dengan api hati yang mencintai-Mu dan lisan yang menyebut-Mu dan hamba yang takut kepada-Mu?”

Kecintaan Rabi’ah kepada Allah berjaya melewati pengharapan untuk beroleh syurga Allah semata-mata.

“Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu.”

Begitulah keadaan kehidupan Rabi’ah yang ditakdirkan Allah untuk diuji dengan keimanan serta kecintaan kepada-Nya. Rabi’ah meninggal dunia pada 135 Hijrah iaitu ketika usianya menjangkau 80 tahun. Moga-moga Allah meredainya, amin!

Sekarang mari kita tinjau diri sendiri pula. Adakah kita menyedari satu hakikat yang disebut oleh Allah di dalam Surah Ali Imran, ayat 142 yang bermaksud:

“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum nyata bagi Allah orang yang berjihad di antaramu dan belum nyata orang yang sabar.”

Bagaimana perasaan kita apabila insan yang kita kasihi menyinggung perasaan kita? Adakah kita terus berkecil hati dan meletakkan kesalahan kepada insan berkenaan? Tidak terlintaskah untuk merasakan di dalam hati seumpama ini:

“Ya Allah! Ampunilah aku. Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Hanya kasih-Mu yang abadi dan hanya hidup di sisi-Mu sahaja yang berkekalan. Selamatkanlah aku daripada tipu daya yang mengasyikkan.”

Sesungguhnya apa juga lintasan hati dan luahan rasa yang tercetus daripada kita bergantung kepada cara hati kita berhubung dengan Allah. Semakin kita kenali keluhuran cinta kepada Allah, maka bertambah erat pergantungan hati kita kepada Allah serta melahirkan keyakinan cinta dan kasih yang sentiasa subur.

Lanjutan itu jiwa kita tidak mudah berasa kecewa dengan gelagat sesama insan yang pelbagai ragam. Keadaan begini sebenarnya terlebih dahulu perlu dipupuk dengan melihat serta merenungi alam yang terbentang luas ini sebagai anugerah besar daripada Allah untuk maslahat kehidupan manusia. Kemudian cubalah hitung betapa banyaknya nikmat Allah kepada kita.

Dengan itu kita akan sedar bahawa kita sebenarnya hanya bergantung kepada Allah. Bermula dari sini kita akan mampu membina perasaan cinta terhadap Allah yang kemudian mesti diperkukuhkan dengan mencintai titah perintah Allah. Mudah-mudahan nanti kita juga akan menjadi perindu cinta Allah yang kekal abadi.

Tuesday, 19 June 2012

Israk dan Mikraj...

Menurut Bukhari:

  • Nabi tidur dengan Hamzah dan Jaafar
  • Kemudian,Nabi didatangi Jibril dan Mikail dan mengangkat Nabi ke telaga zam-zam
  • Dada Nabi dibedah dan dibersihkan hati dan dimasukkan iman+ilmu+hikmah
  • Dua insan wafat iaitu bapa saudaranya dan Saidatina Khadijah
3 Golongan Orang Islam Pada Zaman Itu:
  • Golongan membenarkan
  • Golongan yang menguji Baginda
  • Golongan kembali murtad (orang islam)
3 Tempat Persinggahan Rasulullah (Baginda turut solat sunat):
  • Madinah
  • Madain (Bukit Tursina)
  • Baitul Ham




Gambaran Pertama Israk dan Mikraj:
  1. Nabi bertemu Jin Ifrit yang mengejar baginda sambil membawa obor api untuk menghalang perjalanan Baginda.
  2. Petani yang bercucuk tanam dan memungut hasil
  3. Bau wangi pusara Masyitah
  4. Manusia memecahkan kepalanya dengan batu kerana sengaja tinggalkan solat
  5. Manusia makan duri dari api kerana enggan membayar zakat
  6. Manusia memakan daging busuk kerana berzina
  7. Manusia berenang dalam darah kerana makan riba'.
3 Perkara Penting:
  • Solat lima waktu
  • Penutup Surah Al-Baqarah
  • Alla mengampunkan kesemua dosa umat baginda kecuali orang syirik
^Wallahua'lam..Ma'zirotan a'la kulli hal^