Thursday 8 November 2012

Jalan Menuju Taqwa-Penjagaan Hati

"Hati-Hati Jaga Hati"


Simple sentences phrased,but difficult on a practical..

Hati,ianya berada di dalam jasad kita.Namun,tak pernah kita lihat rupanya,tak pernah kita menyentuhnya,dan tak pernah kita 'set' mengikut kehendak kita.Kerana semuanya di bawah naungan Allah Azza wa Jalla.Allah jua yang menyucikan hati kita,Allah jua yang menghijab hati kita,Allah jua yang membolak balik dan mentadbir hati kita.

Hati,ianya merupakan elemen paling penting.Hati itu lah yang menentukan 'who i am'..Ianya memerlukan penjagaan yang tersangat-sangat rapi.

Apabila hati sakit,ianya memerlukan jangka masa yang lama untuk dipulihkan dan terlalu payah untuk diikesan.Lagi-lagi bila hati dah mati.Hati bukanlah seperti anggota tubuh badan kita yang lain.Rasa sakit sikit,boleh pergi hospital,doktor dapat kesan jenis penyakit kita,doktor bagikan ubat yang sesuai mengikut penyakit yang kita hadapi.

Hurm..Susahnya jaga hati..

Namun,manusia kini (kita semua termasuk yang menulis) terlalu menumpukan penjagaan wajah,rambut dn perkara-perkara yang zahir dari tubuh badan kita..Penjagaan hati kita abaikan.Rupa dan wajah boleh ditilik dan diukur di cermin,namun hati tidak sedemikian.Ianya adalah rahsia Allah.BUT,WE ARE THE DECIDER TO OUR HEART.

Hati adalah tempat pertama dan utama yang dinilai Allah.Seperti sabda Rasulullah SAW,

"Sesungguhnya Allah tidak melihat pada rupa dan kulit kamu,tetapi Allah melihat hati kamu."

Hati menyimpan banyak khazanah dan rahsia antaranya:

1-Akal : Dapat mengenal Allah dan membahagiakan kita
2-Mata hati yang cerdik : Dapat kemajuan hidup di dunia dan akhirat
3-Ikhlas : Syarat untuk raih pahala
4-Akhlak yang mulia turut datang dari hati

Hati berbeza dengan anggota lain 5 perkara:

1-Hati tempat tujunya ilham seruan antara syaitan dan malaikat.Syaitan sentiasa menyerangi hati kita.
2-Hati sentiasa sibuk kerana akal dan nafsu sentiasa berada di hati.Hati adalah tempat pertempuran antara akal dan nafsu.
3-Banyak perkara yang datang kepada hati secara bertalu tanpa disedari seperti anak panah atau hujan yang turun dan kita tewas dalam menghadapinya.
4-Merawat hati itu terlalu sukar dan payah.Kerana hati bukanlah elemen yang zahir seperti anggota-anggota lain.Hati yang sakit dan mati susah untuk dikesan dan dirawat.Untuk mengubati hati memerlukan kesungguhan,kesabaran,kekuatan dan istiqamah.
5-Hati mudah rosak dan cepat binasa.Hati itu dinamakan qalbun itu kerana ianya mudah dibolak balik.hati mudah tergelincir dan mudah cenderung pada selain Allah.

~Jelaslah disini hati tersangat berbeza dengan anggota lain.Mata boleh berehat ketika kita tidur,dilindungi oleh kelopak mata dan mampu dikawal.Hati bukan semudah itu.Ujian hati bertalu-talu pasti hadir tak kira masa.Pelbagai lintasan itu pasti dan pasti akan menjengah dalam hati tanpa henti..

^Hati-hati jaga hati.Mujahadah menjaga hati.Jangan takut untuk hadapi.Mengatakan diri anda lemah sebelum terbukti anda lemah adalah kelemahan anda yang PASTI^


No comments:

Post a Comment