Friday 9 November 2012

Rindu Serindu-Rindunya :)





Alhamdulillah..8 November 2012,genap 47 hari aku berada di bumi Mesir.Sebagai seorang 'pengembara' dalam mencari ibrahNya.Sebagai 'orang asing' dalam menuntut ilmu.Alhamdulillah,syukur tak terhingga atas segala kurniaan nikmat.Sehingga kini aku masih diberi pinjaman nyawa,diberi pernafasan,diberi penglihatan dan diberi segala-galanya.Thank You Allah!!Thanks for Your given!

Sedar tak sedar agak lama juga aku tak bertemu seluruh ahli keluarga ku.Wah,tak pernah sebegini sebelum ini.Namun,alhamdulillah,Allah sentiasa menghiburkan hatiku..Thats mean,tak adalah rasa nak balik ke,nak nangis ke atau sebagainya.Very strong dear ^_^

Akan tetapi,"rindu serindu,rindunya"..Waa,macam menyanyi pulak :)





Itulah hakikat bila dah berjauhan.Namun,dapat kurasai satu kenikmatan besar dalam setiap doa yang kukirimkan buat keluarga di Malaysia.Seolah-olah,Allah mengkhabarkan kebaikan buatku.Sangat nikmat!

Jauh di sudut hatiku,aku terlalu sayang pada mereka yang bernama 'keluarga'.Aku sedikit tidak peduli sama ada aku menjadi sebahagian dari ingatan mereka ataupun tidak,yang penting aku sangat menhargai mereka.:)

Dan sayangku bukanlah di dunia,bahkan kekal selama-lamanya.Siapa pun kalian,apa jua yang kalian lakukan,kalian adalah keluarga aku.Aku bercita-cita,dan berazam,aku akan sedaya upaya berusaha di dunia ini,mengumpul saham untuk kita semua,bersama-sama menuju syurga yang kekal abadi.Lebih membahagiakan dan menyeronokkan dari dunia!Yakinlah!Allah..

Aku sentiasa mendoakan kebahagian kalian.Item pertama dan utama yang sentiasa ku doakan,"Ya Allah,ampunkan dosa seluruh ahli keluargaku,Kurniakan mereka HIDAYAHMU,masukkan kami dalam syurgaMu yang abadi dan janganlah Engkau jadikan kami dari golongan yang 'MUFLIS' di hadapanMu."

Allah..bergenang air mataku.Aku begitu takut sekali.Aku bukanlah dari kalangan yang mulia dan terbaik,namun aku sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk kita semua.Aku takut bagaimana keadaan kita kelak??Adakah masih bersama dan berkumpul?Atau dunia ini tempat terakhir pertemuan dan pengumpulan buat kita?Oh tidak,jangan begitu!







Buat keluarga ku yang kucintai lagi kukasihi,renung kembali tujuan kita di dunia.Segala-galanya untuk akhirat sebenarnya.Bahagia di dunia tidak beerti bahagia di sana,sengsara di dunia tidak beerti sengsara di sana.Namun,segalanya berpaksikan iman dan taqwa yang dibina disini.

Dalam hidup,harta dan kekayaan itu tidak kunafikan adalah elemen terpenting.Masakan orang yang tidak berharta mampu bersedekah dan membantu umat?Jadi,bagiku,jangan tolak apa-apa dalam kehidupan ini selagi ianya bermanfaat untuk kita di sini dan di sana kelak.

Cuma,yang ingin kusampaikan ialah,ada satu perkara yang lebih dan tersangat penting dari itu.Iaitu HIDAYAH!Yea,itu lebih penting.Tanpa hidayah,siapalah kita di sini?Tanpa hidayah,tidak beerti sedikitpun hidup ini walaupun dilimpahi kemewahan.Hidayah itu penguat dan pembimbing pada hati.Hidayah dan hati perlu seiringan dan seangkatan.:)

Selain itu,TERAPI HATI..Yeah!Jangan lupa.Hati adalah penentu siapa kita,bagaimana akhlak kita,bagaimana ibadah kita,bagaimana kita dalam mengamalkan syariat Allah dan bagaimana kita di hadapan Allah.Hati yang baik akan menghasilkan tubuh dan fizikal yang baik.Ibaratnya,akar yang baik akan menghasilkan pokok yang segar bugar dan buah yang mengancam :)

Itulah peranan HATI dan HIDAYAH.

Buat keluarga ku jua,ayuh audit diri.Ayuh muhasabah.Siapakah kita di hadapan Allah kelak?Siapakah kita ketika Rasulullah menanti umatnya nanti?Adakah kita sebahagian dari mereka?Atau kita terkeluar dari mereka dek kederhakaan kita di dunia..Nauuzubillah..Allah..

Emm..Bukanlah niatku untuk berceloteh panjang,tapi ingin sekali aku menzahirkan kebahagiaan yang sebenar yang belum pernah kulalui namun bakal dilalui insyaallah.Dan,tulisan ini (harap kalian baca) adalah sebahagian dari 'erti kasihku' padamu.

Andainya aku tidak bertemu lagi dengan kalian selepas ini,ingatlah,aku sentiasa menyayangi,mengasihi,menyintai dan menanti saat-saat indah bersama kalian nun di syurga yang kekal abadi..


Credit to:
Arwah Aye,Makmuk+Arwah Atok,Mak+Ayah,Makyong+Pakyong,Awah+Pakngah+Adek+Pakcik,Yama+Pakcu

Abang Ain,Abengah,Azrul,Hazwani,Harith,Anis Aqillah,Aida,Fadilah,Damia,Hazim..

Dan dicapkan ahlan wasahlan wa marhaban bika buat ahli baru,Azfar Kharraz..Dapat kurasakan bahawa dirimu bakan menjadi hebat kelak!Allahumma Ameen!

No comments:

Post a Comment