Sunday 30 September 2012

Rindu Pertama VS Rindu Utama :)



"Ya Allah..Rindunya aku pada 'si dia'.."

"Sudah beberapa tahun merantau dan terpisah,namun hati masih teringat 'si dia'.."

"Emm..Rindunya..Namun 'si dia' bukan lagi milikku kerana 'si dia' sudah pun bernikah :(  "

Apabila rindu sudah menguasai jiwa..semuanya bisa menjadi tidak keruan..Dek rindu yang keterlaluan

"Kenapa nak rindu dia lebih-lebih?Kan dia dah jadi milik orang lain.."

Jawapan ringkas dari 'si perindu'

"Dia cinta dan rindu pertama ku!"

Emm..Tak mampu melupakan rindu yang pertama?

"Jangan jadikan cinta dan rindu pertama sebagai Tuhan.Jangan jadi hamba padanya!Cinta dan rindulah pada yang utama."

" ???? "

"Cinta dan rindu yang utama adalah cinta dan rindu kita pada Allah.Apabila yang 'utama bertakhta di hati dan jiwa kita,pasti cinta dan rindu pada yang lain akan akur tunduk pada kita."

Its simple..

Setiap sesuatu yang ditakdirkan Allah untuk kita pasti ade hikmahnya.Kita sebagai HAMBA ALLAH,sentiasalah bersangka baik padaNya.

Allah berfirman dalam hadis qudsi "Ana fi zhanni abdi bi" yang bermaksud "Aku berada di sisi sangkaan hambaKu"

Hal ini bermakna,apa yang disangka oleh seorang hamba maka itulah yang diperoleh daripada Allah.Jadi sentiasalah bersangka baik atau husnuzhon pada Allah.

Kuatkan pergantungan pada Allah,insyaallah semuanya pasti khaer..

Kullu min fadhli rabbi :)

Bahtera Penyelamat 2

Sambungan Bahtera Penyelamat 1..

Orang Mukmin Yang Dengki Padanya


  • Hasad dengki merupakan penyakit yang sangat bahaya
  • Hasad bisa menghakis iman seseorang mukmin jika dia tidak kembali bertaubat kepada Allah SWT.
  • Sabda Rasulullah SAW:
"Penyakit umat sebelum kamu telah menular kepada kamu,iaitu hasad dengki dan permusuhan.Permusuhan tersebut ianlah pengikis atau pencukur.Saya tidak maksudkan ia mencukur rambut,tetapi yang saya maksudkan ialah ia mengikis agama" (Hadis Riwayat Baihaqi)

Sabda Rasulullah SAW lagi:

"Bencana melepaskan seekor serigala lapar di dalam kandang kambing tidak lebih besar daripada bencana yang menimpa pegangan agama seseorang Muslim dari sifat serakah terhadap harta dan hasad dengki.Sesungguhnya sifat hasad memamah segala kebaikan seperti api yang memamah kayu kering."







Para duat khususnya yang masyhur,alim,aktif dan berbakat kebiasaannya terdedah kepada hasad dengki manusia yang sentiasa menunggu-nunggu ruang untuk mencetuskan pertembungan dan pergaduhan antara mereka dan nenjatuhkan mereka.

Ibnu Mu'taz pernah berkata:

"Orang yang hasad tu marah kepada orang yang tidak berdosa,kikir terhadap sesuatu yang bukan kepunyaannya dan sentiasa mencari dan meminta sesuatu yang tidak akan diperolehinya."

Dalam hal ini Allah memerintahkan nabi supaya berlindung dari golongan hasad seperti dalam firmanNya dalam Surah Al-Falaq.

Nantikan sambungannya....:)

Saturday 29 September 2012

Perancangan Allah

"Kita merancang Allah yang menentukan"

"Di sebalik sesuatu pasti ada sesuatu"

Perancangan aku setelah SPM:

"Masuk DQ insyaallah..Lepas tu,pergi Madinah ambik syariah.."

Itulah doaku ketika di tanah suci.Agar Allah campakkan aku ke Darul Quran dan seterusnya ke Madinah.Sebab aku memang nak hafaz quran walau macamana sekalipun.

Tapi,Allah telah tetapkan aku masuk Maahad Tahfiz Negeri Pahang,tanjung Lumpur.Under DQ juga.Institusi menghafaz quran :)

Dan dalam 6 bulan aku di maahad,perassaan nak keluar meronta-ronta entah kenapa.Solat hajat kulakukan bertubi-tubi demi mancari keputusan yang diredhaiNya..

Dengan izin Allah,dengan doa beserta musyawwarah bersama keluarga dilakukan,aku telah pun keluar maahad:)

Kini aku berada di bumi kinanah.Meneruskan perjuangan untuk menjadi penuntut dan terus menuntut hingga ke akhir hayat..Hasrat untuk menjadi hafiz quran tetap kuteruskan walau aku berada jauh di perantauan.

Doakan hasrat murni ini agar dibimbing Allah :)



Friday 28 September 2012

Bahtera Penyelamat 1

Bahagian Pertama:
-Rintangan Perjuangan Dalam Kehidupan Pendakwah



Ketahuilah,sesungguhnya Allah akan menguji kita.Dia akan menguji hakikatmu.

Firman Allah dalam Surah Al-Ankabut :Ayat 1-3

"Alif lam mim.Adakah manusiaa mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja untuk mengaku bahawa Kami telah beriman sedangkan mereka tidak diuji lagi?Sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka,maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yyang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yaang dusta."

Di dalaam hadis ada menyebut:

"Orang yang paling kuat diuji ialah para nabi,kemudian yang paling baik selepasnya,kemudian orang yang paling baik selepas itu."

"Sesungguhnya Allah SWt apabila mengasihi sesuatu kaum,dicubanya mereka itu (dengan berbagai cubaan),barangsiapa yang rela dengan cubaan itu maka mereka mendapat kerelaanNya (Allah),dan barangsiapa yang benci (marah),maka baginya kemuurkaan Allah."

Pengakuan keimanan sebenarnya memerlukan kepada bukti.Jalan perjuangan jihad ialah jalan yang panjang yang penuh dengan derita dan sengsara.

"Jalan syurrga dihampiri oleh kesukaran manakala jalan ke neraka dihampiri oleh keghairahan syahwat."

Jadi sekiranya seorang daie itu tidak ada tali yaang kukuh dengan Allah SWT,tidak berpegang keepada Al-Quran dan Sunnah,sesungguhnya dia sedang dilanda musibah daan bencana yang besar.

Rasulullah SAW bersabda:

"Orang mukmin itu sentiasa di aambang 5 dugaan susah:

1-Mukmin yang dengki padanya
2-Munafiq yang benci kepadanya
3-Kafir yang memeranginya
4-Syaitan yang menyesatkannya
5-Nafsu yang sering bertarung untuk mengalahkannya

Dalam hadith ini Baginda menghuraikan pelbagai kesusahan untuk para daie.Jadi,meeka memerlukan bekalan yang cukup dan mantap!




"Sesungguhnya kebijaksanaan adalah laksana barang yang hilang dari seorang mukmin.Maka dimana saja ia ditemui dialah berhak mengambilnya"

Cukup sekadar ini InsyaAllah..Nantikan sambungannya :)


Panahan cinta

Cinta...
Apabila berbicara soal cinta..
Ramai yang mengeluarkan pendapat masing2 mengenai cinta.
Ada yang menyalahkan cintaa itu..

"Haram!Apa nak cinta2 ni?!Tak takut dosa ke?Rosak hati taau!"

"Cinta itu fitrah,ianya akan datang kepada setiap remaja tanpa disedari.."

"Emm..takyah nak bercintala..study dulu..Xyah cari cinta,nanti Allah baagi je bile dh sesuai"

Emm..macam2 tohmahan tentang cinta.Ada insan yang memuja cinta dan ada juga insan yang membenci cinta sewenangya dengaan memfatwakan cinta itu haram dan sebagainya..

Bagi aku,cinta itu fitrahnya suci...Namun kita yang sering mengotorinya..Dengan sikap kita yang kuranng sabar dan terburu-buru..

Cinta ini sangat indah sebenarnya sekiranya kita sentiasa memagarinya dengan syariaat Allah.Tak perlulah kita nak sentiasa berhubung dengan 'si dia'..Kalau daah suka sama suka pun,belum teentu jadi milik kita kan..?Andai ajal yang menjadi 'teman' kita terlebih dahulu sebelum 'si dia'?

Sebenarnya,kita sentiasa mengejar cinta manusia.Kononya 'si dia' lah yang mengajar kita mengenal masjid,mengenal usrah,mengenal quran dan sebagainya.Kononya dialah yang paling baik dan soleh/solehah.

Tapi kitaa sebenarnya lupa,bagaimana Allah melayan kitaa sepanjang hidup kita.Dengan setiap nikmat yang dianugerahkan.Nafas diberi tanpa bayaran,,nikmat merasa diberi dengan free,diberi segala kebaikan kepada kita sedangkan kita sentiasa mengingkariNya!Bagaiman itu??!

Betapa Allah dan Rasul sentiasa merindui kita.Adakah cinta Allah dan Rasul itu terbalas?

Satu kisah,ketika Rasulullah bersama para sahabat.Baginda menangis.Sahabat bertanya,"Lima yubki ya Rasulullah?"Rasulullah menjawab,"Aku rindu pada kekasihku."Sahabat berkata,"Bukankah kami kekasihmmu wahai Rasulullah?"Rasulullah menjawab,"Kalian sahabatku.."Sahabat bertanya,"siapakah kekasihmu Rasulullah?"

JAWAB RASULULLAH,"KEKASIHKU ADALA ORANG YANG MENCINTAI AKU DAN MERINDUI AKU SEDANG DIA TIDAK PERNAH MELIHAATKU." :(

MashaAllah..betapa dalam cinta Rasulullah kepada ummatnya.Kita umatnya!Tapi adakah cinta iitu berbalas?

Disebut dalam satu hadis pula.Langit,lautan,bukit bukau,gunung ganang sentiasa memohon kebenaran dari Allah untuk menghempap manusia di bumi lantaran maksiat yyang kita lakukan.Namun,apa jawab Allah?"Tidak.Kalian tidak tahu Aku yang mencipta mereka.Kalian tidak rasa betapa kasihnya aku kepada mereka kerana aku yang mencipta mereka."(Maaf andai tersalah ayat)

Subhanallah sahabat-sahabatku..Betapa kasihnya Allah kepada kita.

Kata Allah dalam hadis qudsi,"Inna rahmati sabaqat min ghadabi."

Sahabat-sahabatku..Bagaimana kitaa?Adakah kita sedar akan hal ini?Atau kita masih merindui dan memuja cinta yang belum tentu menjadi hak kita?Yang pasti 'si dia' adalaah hak Allah dan kedua ibu bapanya!

Sahabat-sahabatku,cinta manusia tak perlu dicarii,tak perlu dipuja dan dirindui.

BIARLAH KITA MENCARI CINTA ILAHI YANG SUKAR DIDAPATI,MERINDUI SANG PENCIPTA YAANG AGUNG DAN MEMUJANYA SETIAP DETIK DAN SAAT..KERANA DIA PASTI MENGANUGERAHKAN KITA SEORANG YANG DICINTAINYA!

Buktikanlah cinta kita pada Allah dan Rasul!Itu lebih utama!

Bukti cinta pada Rasul bukan pada protes yang dilakukan pabila Rasul dihina,tapi sejauh mana kita mengamalkan sunnah Baginda dalam kehidupan kita.

Bukti cinta Allah juga bukanlah hanya di bibir.Tapi sejaauh mana kita membenci apa yang dilarangNya dan mengamalkan apa yang diperintahNya.

Renungan dan muhasabah bersama sahabat-sahabatku.Maaf atas kekurangan dalam entry ini.Kullu min fadhli Rabbi..

Biarlah cinta itu kekal suci dan indah hingga ke Jannah Al-Firdaus :)



DID ALLAH LOVES US?


DID ALLAH IN OUR QALB?

Ukhuwwah untuk akhirat...

Hubungan ukhuwwah yang mantap bukanlah dengan hebatnya orang itu bergaul,dengan gelak ketawa,membenarkan setiap perbuatan teman kita,lamanya kitaa mneganlai sesorang itu dan sebagainya.Namun,ukhuwwah yang hebat itu ialah ukhuwwah yang mampu menghasilkan iman yaang tulen dan taqwa yang mantap pada Allah kepada kedua2 pihak.

Jangan menyangka dengan berborak bab-bab dunia seperti artis,bola sepak,jualan harga murah,kereta dan sebagainya mampu melunaskan hak ukhuwwah yang disebut oleh Allah SWT.

Sudah tentu itu langsung tidak memadai.Bahkan apa yang kita harapkan satu ikatan ukhuwwah itu lebih hebat dari itu.Ukhuwwan yang terjalin hingga ke syurga :) Ciptalah ukhuwwah yang memberi manfaat kepada dunia dan isinya,kepada islam dan bisa menjadi saham akhirat kita. (^_^)

Perancangan ukhuwwah yang sebegini memerlukan perasatuan/jemaah untk mentadbirnya.


Jadikan Al-quran dan Sunnah sebagai pegangan!

Jom sama2 sahabat kita mengepung dunia dengan kebaikan melalui satu jalinan ukhuwwah yang mantap!Selamatkan ummah!Ayuh!

Berukhuwwah dan Berikhwan :)

49-10:  Sesungguhnya orang Mukmin adalah bersaudara, maka damaikanlah antara kedua-dua saudara kamu, dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat.

Ahli bahasa berkata perkataan ukhuwwah itu diambil daripada perkataan al akh min aN naSab iaitu adik beradik manakala perkataan ikhwan pula bermaksud persaudaraan untuk menyumbang kepada islam..


Imam Fakhruddin Ar-Razi mengatakan apabila Allah menggunakan pekataan ikhwah dalam ayat tadi,ia merupakan satu penegasan dan arahan agar umat islam menjadi seperti 'ayah' seperti kata hukama'


"Bapaku adalah islam,tidak ade bapa lain selain islam/selainnya" (Tafsir Al-Kabir 28/111)


Imam Qurtubi pula menambah persaudaraan yang disebut Allah tadi bermaksud persaudaraan dalam urusan agama dan kehormatan (Tafsir Al-Qurtubi 12/322)


Kesimpulannya,ayat ini secara langsung menyeru umat islam agar mengukuhkan hubungan antara satu sama lain dengan didasari oleh iman. :)



Bertaut ukhuwwah di bumi kinanah bersama Syahiirul Aiman bin Ahmad Shukri dan Fatah Hakimi (Habibullah) dan juga Luqman,Manul,Hadi,Naim,Ashraf,Idrus dan Azka..:)

Tuesday 18 September 2012

Masihkah ada Ramadhan????

Emmmm...setelah sekian lama menanti ruang dan peluang untuk menulis entry baru..Hr ini Allah bg kelapangan buat diri yang kerdil ini untuk kembali menulis coretan..Alhamdulillah..

Kini lebih kurang tiga minggu lebih Ramadhan meninggalkan kita..
Terlalu pantas masa memotong kita..sedar atau tidak..2012 turut akan melabuhkan tirainya..

Namun..persoalan demi persoalan hadir dalam minda..

Soalan pertama bermain di fikiran...

"Masihkah ada Ramadhan untuk kita???"

Emmm..Tidak ada jaminan dan jawapan yang shahih untuk persoalan itu..Yang pasti,kematian itu akan datang dan semakin hampir..bila,dimana,bagaimana juga tidak mempunyai jawapan..Allah..

Soalan kedua pula menjelma....

"Apa amalan istimewa aku sepanjang Ramadhan kali ini (yang beza dgn amalan bulan lain)???"

Adoiyai...Amalan istimewa?Ape ye..?Audit diri sebentar..Tahajud??Jarang buat..emm..macam tak de jek.Dengar tazkirah??Grrrr....no answer for this question..

Soalan ketiga menjelma pula..

"Apa amalan aku yang masih kekal eak???"

Masih terus tahajud?Tak kott...
Masih mengaji sejuzuk sehari?Lagilah x..mana sempat woi..
Masih solat jemaah?Emm..pintu masjid pun x kenal dah..mgkn masjid bukak setahun sekali je kot..

Huh!Dah tu..ape je yang aku buat?

Back to normal la bro..Nothing difference ok..

Oh my GoD!!Stop!!No question anymore!!

Allah....
Sahabat2ku..nak tau Ramadhan kita terbaik atau tak?Nak tau puasa kita dpt pangkat Imtiyaz/Jayyid Jiddan/Jayid/Maqbul/Rasib.....?Nak tau Allah terima tau tak?

Bukan pada hebatnya amalan kita dalam bulan Ramadhan..Tapi bagaimana amal kita setelah Ramadhan..

So,camne?Any improvement?

Sebab tu ulamak cakap,

"Jadilah hamba kepada Allah..Bukan hamba kepada Ramadhan"

Sekarang,kita boleh tau diri kite yang sebenar di sisi Allah..
Sekarang kita boleh tau bagaimana kedudukan Allah dalam jiwa kita..

Sahabat2ku,ianya tidak terlambat lagi..

Ramadhan mungkin telah pergi..Tapi Allah tetap ade dan wujud abadan abada..Tak mungkin akan pergi..Semoga Allah juga tidak pergi dari hati kite dengan dosa dan maksiat kita saban hari..Ramadhan tetap akan hadir pada setiap tahun..dengan pelbagai promosi dan tawaran..namun kita yang belum pasti boleh menjadi tetamu ramadhan akan datang...Wallahua'lam..