Mengemis cintaMu...
Wahai Allah, limpahkanlah kepadaku kekuatan
untuk mencintaiMu, mencintai orang yang mencintaiMu, dan mencintai
perkara-perkara yang mendekatkan diri untuk mencintaiMu. Jadikanlah rasa
mencintaiMu lebih aku sukai berbanding air dan embun...
Ya Rabbi,
kini aku berada di antara belantara dunia &
tidak mampu membawa benderang Al-Quran tanpa pertolonganMu & tidak akan
mampu aku menyeru tanpa kuasaMu & sertailah aku di setiap saat dan waktu Ya
Rabbi...
Ya Rabbil Izzati,
Aku memerlukanmu pada setiap langkahku..
Aku butuh bimbinganMu ya Allah..
Aku hanya musafir didunia ini..
Aku tidak mahu tersesat di pertengahan jalan dek
kejahilanku dalam mengenalMu..
Ya Allah,
KepadaMu aku berserah diri..
KepadaMu aku bermohon..
Suburkan hatiku dengan keimanan yang ketaqwaan
padaMu..
Ya Rabbi,
Pandanglah daku dengan rahmatMu..
Janganlah Engkau berpaling dariku..
Tanpa belasMu,tidak ade erti sebuah kehidupan
untukku..
Ya Allah,
Ampunkanlah aku..Ampunkanlah aku..
Atas kederhakaanku padaMu..
Atas setiap kelalaianku dengan nikmatMu..
Atas keangkuhanku sedang aku hanya menumpang di
bumiMu..
Ya Allah,
Ampunkanlah aku..
Andai setiap nafas dariMu untukku mengundang
murkaMu..
Andai setiap langkahku di bumiMu melanggar
perintahMu..
Andai setiap tubuh pinjamanMu ini tidak
kupelihara aibnya dari Sang Ajnabi..
Andai aku mengkhianati amanahku sebagai hamba
khalifah di bumiMu ini..
Ya Rabbi,
Aku hanya hamba yang lemah..
Bimbinglah aku kepadaMu..
Redhailah setiap langkahku..
Sesungguhnya aku sentiasa MENGEMIS CINTAMU YANG
HAKIKI...
BALASLAH CINTAKU YA ALLAH..
BALASLAH CINTAKU YA RABB..
BALASLAH CINTAKU YA RABBUL IZZATI..
No comments:
Post a Comment