Tuesday 10 July 2012

Adakah kau lupa...??


Adakah kau lupa??
Kita pernah bersama..!
Mencipta memori di bumi bertuah SMKA TAHAP

Adakah kau lupa??
Kita pernah bersama..!
Menyelami..satu LAUTAN TARBIYAH..
Yang sentiasa menyinari diri

Adakah kau lupa??
Kita pernah bersama..!
Berduyun-duyun ke MUSHALLA..
Tatkala azan berkumandang..

Adakah kau lupa??
Kita pernah bersama..!
Berlaga lutut..Berpanas-panas..
Demi KULIAH TAFAQQUH yang sentiasa menjadi igauan..

Adakah kau lupa??
Kita pernah bersama..!
Memenuhi setiap ruang baris buku..
Demi MENCATAT ILMU AGAMA yang menjadi senjata kita kini..

Adakah kau lupa??
Kita pernah bersama..!
Bersenda gurau di dalam satu bulatan bernama USRAH..
Berkongsi permata ILMU..

Adakah kau lupa??
Kita pernah bersama..!
BERJEMAAH..Dalam satu saf yang erat
Membuktikan kekuatan ukhuwwah dan ikatan akidah yg kukuh

Adakah kau lupa??
Kita pernah bersama..!
Meraih redhaNya di sebalik QIAMULLAIL
Mencari ketenangan ketika waktu DHUHA memancar

Adakah kau lupa??
Kita pernah bersama..!
Mengimarahkan Isnin dan Khamis..
Dengan keajaiban PUASA..

Adakah kau lupa??
Kita pernah bersama..!
Berkongsi air..Berebut kueh..Mengeratkan satu ikatan tarbiyah yang terjalin..Ketika IFTAR di DEMA..

Adakah kau lupa??
Kita pernah bersama..!
Saling INGAT MENGINGATI antara satu sama lain..
Bukti ikatan terjalin tulus kerana Rabbul Jalil..

Adakah kau lupa??
Kita pernah bersama..!
Mempertahankan kemuliaan MUSLIMAT..
Dengan memperjuangkan TUDUNG LABUH..

Adakah kau lupa??
Kita pernah bersama..!
Memelihara kesucian MUSLIMAT..
Dengan ARM GUARD dan SARUNG KAKI yang menjadi benteng kekuatan..

Adakah kau lupa??
Kita pernah bersama..!
Mendaulatkan SUNNAH RASULULLAH..
Dengan keindahan KUPIAH dan SERBAN..

Adakah kau lupa??
Kita pernah bersama..!
Membasahi kalam..Dengan ZIKRULLAH..
Menenangkan jiwa yang merinduiNya..

Adakah kau lupa??
Kita pernah bersama..!
Mengikat JANJI..Menanam AZAM
Untuk mengekalkan semuanya yang pernah dilalui bersama!

Adakah kau lupa??
Adakah kau lupa??
Adakah kau lupa??!!!!





~Khas Buat Sahabat-Sahabatku~
Maaf atas setiap kekurangan..
Hanya renungan bersama..
Dimanakah kita tinggalkan semua SENJATA TARBIYAH yang pernah kita cipta dahulu..Bukankah senjata ini berguna ketika ini??

^JOM AUDIT DIRI^










2 comments: