Friday 28 September 2012

Berukhuwwah dan Berikhwan :)

49-10:  Sesungguhnya orang Mukmin adalah bersaudara, maka damaikanlah antara kedua-dua saudara kamu, dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat.

Ahli bahasa berkata perkataan ukhuwwah itu diambil daripada perkataan al akh min aN naSab iaitu adik beradik manakala perkataan ikhwan pula bermaksud persaudaraan untuk menyumbang kepada islam..


Imam Fakhruddin Ar-Razi mengatakan apabila Allah menggunakan pekataan ikhwah dalam ayat tadi,ia merupakan satu penegasan dan arahan agar umat islam menjadi seperti 'ayah' seperti kata hukama'


"Bapaku adalah islam,tidak ade bapa lain selain islam/selainnya" (Tafsir Al-Kabir 28/111)


Imam Qurtubi pula menambah persaudaraan yang disebut Allah tadi bermaksud persaudaraan dalam urusan agama dan kehormatan (Tafsir Al-Qurtubi 12/322)


Kesimpulannya,ayat ini secara langsung menyeru umat islam agar mengukuhkan hubungan antara satu sama lain dengan didasari oleh iman. :)



Bertaut ukhuwwah di bumi kinanah bersama Syahiirul Aiman bin Ahmad Shukri dan Fatah Hakimi (Habibullah) dan juga Luqman,Manul,Hadi,Naim,Ashraf,Idrus dan Azka..:)

No comments:

Post a Comment