Thursday 29 December 2011

"Bercinta setahun,berkahwin sehari"

"Anda sedang asyik berbalas SMS dengan seseorang yang bukan mahram?Anda ternanti-nanti panggilan dari si dia?Anda sentiasa tertunggu-tunggu saat dapat bertembung dengannya?Anda sedang memilih minyak wangi paling harum untuk keluar dating?Anda sedang memilih pakaian tercantik untuk keluar dengannya?"


Inilah fenomena yang sering berlaku dalam kalangan pasangan2 couple..


Tapi,kenapa ya,jika semasa bercinta dulu terlalu indah,boleh bertahan selama bertahun-tahun,tiba-tiba,bila dah kahwin,semuanya sudah menjadi hambar.Sudah menjadi tidak indah.Bila dah kahwin,bukankah hubungan itu menjadi halal?Tapi kebanyakan pasangan hanya berseronok menikmati malam pertama sahaja.Lepas pada itu semuanya menjadi biasa.


Menurut kajian di JAKIM,kalau diberi nisbah penceraian pasangan islam di Malaysia antara 1-10,masalah penceraian yang berlaku di Malaysia berada pada tahap yang ke-7.Kebanyakan pasangan yang bercerai ialah mereka yang telah memperjuangkan cinta mereka selama bertahun-tahun.Ada yang tujuh tahun dan sebagainya.Tapi,yang menjadi persoalan,mengapakah hal ini bisa terjadi?Sedangkan mereka boleh 'bercouple ' bertahun-tahun lamanya,tapi bila dh berkahwin,senang2 je nak bercerai.MashaAllah...


Sahabat2 yang kusayangi fillah,mari kita sama-sama muhasabah diri kita.Kita singkap satu persatu..


S-Apa itu cinta?
J-Cinta itu perasaan..
S-Cinta memerlukan ape?
J-Cinta memerlukan pengorbanan
S-Bagaimana perasaan cinta itu bisa hadir dalam hidup kita?
J-Ianya hadir secara tiba-tiba.


Sahabat-sahabt yang kusayangi fillah,ya memang benar cinta itu perasaan.Benar juga jawapan yang telah diberikan iaitu cinta memerlukan pengorbanan.Tetapi cinta itu tidak hadir secara tiba-tiba.Ianya adalah anugerah Allah SWT.


Cinta itu adalah fitrah dan sifatnya sangat suci nan bersih.Namun,ianya mnjadi kotor akibat sikap 'pemilik cinta' itu sendiri.Cinta itu turut menuntut sebuah pengorbanan dari segi harta,masa,tenaga dan lain2.Namun sahabat2ku,pengorbanan itu bukanlah untuk si dia yang kita cintai,tetapi adalah untuk 'Sang Penganugerah' perasaan cinta itu.Siapa ye?Sudah tentu Allah SWT.


Secara simboliknya,ada orang bagi sebuah kotak yang berbalut indah sebagai hadiah dan kita tidak tahu apa isi di dalamnya.Mungkin,isinya mahal dan mungkin juga hanya RM2..Persoalannya,siapakah yang paling kita sayang?Pemberi hadiah itu ataupun hadiah tersebut?Ramai yang menjawab kedua-duanya kite sayang.Baiklah,kite kecilkan lagi skop.Yang mana paling kite sayang?Mana aci nak sayang dua2..Pilih yang mana satu.Maka kita pasti akan menjawab pemberi hadiah tersbut.Mungkin kite menjawabnya dengan ikhlas dan mungkin juga secara terpaksa untuk menjaga hati si pemberi hadiah.


Sahabt-sahabatku,inilah simboliknya dengan cinta.Dah nampak?Kita relatekan dengan perasaan cinta.Baiklah,siapa yang menganugerahkan perasaan cinta?Allah kan..Jadi,yang memberi hadiah itu adalah Allah SWT.Hadiah yang diberikan itu ialah seorang hamba yang mempunyai perasaan untuk mengasihi dan dikasihi.Soalnya sekarang,siapakah yang patut kita cintai@kita sayangi lebih dari segala2nya?Hadia atau pemberi hadiah?


Sahabat-sahabatku,jelas kat sini,Allah lah yang patut kita cintai lebih dari segala-galanya.Kerana,Allah jualah yang mencampakkan perasaan itu kedalam jiwa hambanya.Kerana cinta Allah adalah yang paling hakiki dan abadi.Mencintai manusia itu tidak salah bahkan dituntut dan ianya adalah fitrah yang pasti Allah akan mencampakkan perasaan itu apabila kita semakin remaja.Kata orang,perubahan hormone:)


Namun,bagaimana kita mengendalikan perasaan cinta itu.Adakah secara bersyariat?Atau melanggar syariat?Atau "syibbu syariat"?Jawablah persoalan itu mngikut fatwa hatimu..sahabat-sahabatku.


Solusinya,cintailah si dia secara diam dan berpada-pada.Tak perlulah nak memuja si dia berlebihan.Apabila kita sedang diuji dengan perasaan cinta ini,maka kembalilah kepada 'Sang Pemilik' perasaan tersebut iaitu Allah SWT.


Jelas jugalah disini bahawa,kebanyakn punca keruntuhan institusi rumah tangga itu adalah berpunca dari 'couple'.Ya,tidak salah untuk mengenali pasangan kita tapi cukup ketika meminang dan melalui keluarga si dia.Jika kita terlalu asyik bercouple,asyik SMS siang malam,asyik keluar date,dah banyak kongsi cerita peribadi,suka dan duka,dah panggil 'sayang','abang','bi',apa lagi yang kita nak buat selepas kahwin nanti?Hanya untuk merembeskan kepuasan nafsu?Astaghfirullah..


Sahabat-sahabatku,jika kite terlalu awal 'menghalalkan' hubungan tanpa sebarang ijab kabul,pasti nilai2 kemanisan dalam percintaan itu tidak lagi dirasai.Value nya akan hilang..lepas kahwin nanti,panggil 'sayang' pun dh tak indah.Ialah,dah over masa couple dulu.


Tepuk dada tanya iman.Adakah kita kahwin untuk sehari@dua hari je?Kalau kita menikahi si dia untuk seumur hidup kita,hentikanlah dulu SMS si dia,panggil 'baby' dan lain2.Lakukan itu semua selepas kita mempunyai hubungan yang halal untuk si dia.baru ianya akan indah!yang paling penting berkekalan!Sudah pasti yang halal itu sangat diredhai Allah SWT dan diberkatiNya serta bersifat kekal abadi.Tetapi,yang tidak halal itu pasti dimurkai Allah dan bersifat sementara sahaja.Percaya dan yakinlah,'bercouple' selepas kahwin itu lebih nikmat dan indah..


Mari sama-sama kita buat anjakan paradigma.Kalau dulu asyik menanti panggilan si dia,kini kita nantikan panggilan Agong.Kalau dulu cerewet memilih pakaian untuk tampil indah depan si dia,kini kite perindahkan diri kita buat Pencipta.


Sahabat-sahabat,institusi rumah tangga akan selamat dan jamin kekal bahagia hingga akhir hayat selagi kite sentiasa mngikut sunnah dan syariat dari mula hinggalah ke alam perkahwinan.


"Tinggalkan yang haram,pasti kita mendapat yang halal"
"Tinggalkan kemaksiatan,pasti kita memperoleh keindahan"


Moga sentiasa terpagar di dalam syariaatNya
"Hati -hati jaga hati"


~Semoga ianya bermanfaat dan merupakan perkongsian yang indah~
Maaf atas kekurangan:)


^Salam Ukhuwwah Sekencang Dakwah^








Ya,memang mawar buka sekuntum.Boleh dipetik bila-bila aje.Namun,untuk memilik sekuntum 'mawar berduri' itu perlukan mujahadah..(^_-)

No comments:

Post a Comment