Daripada Abu Hurairah RA,pada suatu hari Rasulullah SAW berbicara dan di sisi Baginda ada seorang Arab Badwi.Baginda bersabda : "Seseorang daripada ahli syurga meminta izin kepada Tuhannya untuk bercucuk tanam.Maka Allah bertanya : 'Bukankah engkau memperoleh apa yang engkau inginkan?' Baginda menjawab : 'Benar tetapi aku ingin bercucuk tanam'.Dia segera menabur benih,lalu tumbuhlah ia dengan tegak,lurus,lebat dan besarnya seperti gunung.Lalu Allah berfirman : 'Ambillah ia untukmu wahai anak Adam,sesungguhnya tidak ada sesuatu pun yang mengenyangkanmu.
Orang Badwi itu berkata :
"Wahai Rasulullah,engkau tidak menjumpai hal ini kecuali pada orang Quraisy dan Ansar kerana merekalah petani.Sedangkan kami bukan orang yang bercucuk tanam".
Mendengar hal itu Rasulullah pun tertawa.
(Riwayat Al-Bukhari)
No comments:
Post a Comment