Thursday 29 December 2011

"Warga" Neraka!

                                                                             
      Tafsir Surah Al-Layl
      (Ayat 12-16)

12. Sesungguhnya memberi petunjuk itu memang merupakan tugas dan tanggungjawab Kami
13. Dan sesungguhnya Kamilah yang menguasai dunia dan akhirat
14. Maka Aku telah memberi peringatan kepada kamu tentang api neraka yang menyala-nyala
15. Yang tidak akan masuk kedalamnya melainkan orang yang paling celaka
16. (Iaitu orang) yang mendustakan (kebenaran) dan berpaling daripada iman


~Allah SWT menjelaskan dalam ayat sebelumnya mengenai dua karakter manusia yang berbeza bagi      menggambarkan dua nasib manusia iaitu :


                1.Orang yang bahagia iatu orang yang membelanjakan harta 'fi sabilillah'
                2.Nasib 'Si Celaka' yang diterangkan sebagai seorang individu yang bakhil


~Natijahnya,golongan yang pertama,Allah SWT akan memudahkannya untuk melakukan apa jua kebaikan yang membawa kepada kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.
~Golongan kedua turut dimudahkan oleh Allah tetapi kearah perkara2 keburukan seperti jauh dari hidayah Allah,keras hati dan sebagainya (semua sifat mazmumah/negatif)


Segala urusan adalah hak Allah :


~Ayat 12-13 dalam surah ini menerangkan bahawa segala urusan adalah di bawah pentadbiran Allah SWT secara mutlak.Dia jualah yang memberi petunjuk kepada manusia,bahkan segala urusan dunia dan akhirat di bawah ketentuanNya.
~Menurut tafsiran Qatadah pada ayat ke-12 ini,ia beerti halal dan haram,ketaatan dan maksiat,semuanya di bawah ketentuan Allah
~Sheikh Sayyid Tantawi menjelaskan peranan Allah memberi petunjuk adalah melalui Rasul yang telah diutuskan.Rasul telah diutuskan untuk mengajak manusia beriman kepada Allah.Ancaman azab dari Allah bagi golongan yang ingkar tidak lekang dari lidah mereka.Tinggal pilihan yang berada di tangan mereka sahaja.
~Kesudahannya,semua makhluk akan dihitung oleh Allah SWT dan bakal mendapat bahagian masing2 kerana segala urusan di dunia dan akhirat di bawah naungan Allah SWT seperti yang dijelaskan dalam ayat yang ke-13.


Amaran tentang azab neraka :


~Setelah mengkhabarkan tenteng kekuasaanNya Yang Maha Hebat,Allah Taala memeberi amaran kepada manusia tentang azab api neraka yang menyala-nyala.Imam Jalaludin Al-Mahalli mentafsirkan amaran ini secara khusus ditujukan kepada penduduk Mekah yang berada pada zaman Nabi SAW
~Dalam Tafsir Al-Musyassar pula menjelaskan neraka yang dimaksudkan ini ialah neraka jahannam yang mana penghuninya terdiri daripada orang kafir yang amat terseksa di dalamnya.
~Dalam ayat ke-15 pula Allah SWT menggunakan perkataan 'solaa' yang ditafsirkan oleh kebanyakan mufassirin yang bermaksud "masuk kedalam neraka dan menderita akibat bakarannya"
~Menurut al-Kalbi pula ialah sifat neraka yang ditafsirkan dalam ayat iaitu 'tallazha' ditafsirkan sebagai 'tataghoyyazha' yang memberikan maksud "menjadi sangat marah".Gambaran ini menunjukkan seolah-olah puncak kedahsyatan neraka itu ialah apabila menzahirkan kemarahannya.Hal ini juga turut dijelaskan oleh Allah SWT di dalam Surah Al-Mulk ayat yang ke-8.


Golongan yang celaka :


~Imam As-Suyuti turut meriwayatkan sebuah hadis dalam tafsirnya mengenai ciri-ciri golongan yang celaka yang disebut dalam ayat 15 ini.
~Diriwayat oleh Abu Umamah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
                   
                        "Tidak akan masuk ke dalam neraka melainkan golongan yang celaka."
                          Sahabat bertanya,"Siapakah golongan yang celaka itu wahai Rasulullah?"
                          Rasulullah SAW bersabda,"Sesungguhnya golongan yang celaka itu ialah
                          golongan yang tidak melakukan ketaatan kepada Allah SWT dan tidak pula
                          meninggalkan kemaksiatan kepada Allah SWT." (Riwayat Ahmad)


~Imam al-Syawkani meriwayatkan bahawa balasan neraka turut dikenakan kepada mereka yang derhaka kepada Allah dengan perbuatan maksiat namun jenis seksaan yang diterima tidak sedahsyat golongan yang disebutkan di dalam ayat ini.
~Maka jelas juga di sini bahawa neraka ini mempunyai beberapa tingkatan.Ada yang dikhususkan untuk orang kafir,munafiqin dan golongan2 lain mengikut kesalahan masing2.


Abu Jahal yang sombong :


~Anu Hayyan Al-Andalusi menyebutkan satu pendapat bahawa peribadi buruk yang diceriitakan dalam surah ini ialah Abu Jahal atau Umayyah Bin Khalaf.Mereka terkenal dengan sikap 'pengahalang' dalam kegiatan dakwah Rasulullah.
~Mereka inilah sebagai pendusta ayat-ayat Allah dan natijahnya mereka dijanjikan oleh Allah SWT dengan balasan api neraka jahannam sebagai tempat tinggal mereka yang abadi seperti yang telah disebutkan dalam ayat yang ke-15 dan 16.
~Itulah kesudahan tempat tinggal golongan yang mendustakan kebenaran Nabi Muhamad SAW.


-Semoga kita dijauhkan dari neraka jahannam-                                                  
 ^Salam Ukhuwwah Sekencang Dakwah^                                                                              
  (^_-)

No comments:

Post a Comment