Wednesday 28 December 2011

SMKA TAHAP tetap utuh di sanubariku!!

SMKA TAHAP~Bumi Tarbiyyah..
Bumi inilah yang mengenalkan aku erti sebuah kehidupan.Tahun 2007 aku menjejakkan kaki ke bumi tarbiyyah ini.Saat itu aku bergelar 'pelajar Tahap'.Aku mula belajar di 1 Ibnu Rushdy.Aku ingat lagi,nama guru kelas aku Cik Mazilah Mokhtar.Bumi tarbiyyah inilah yang mengenalkan aku tentang ikhtilat,aurat dan lebih mengenali agama.Ya Allah,betapa indahnya bumi tarbiyyah ini tidak dapat kugambarkan.Kalau dulu,aku tak kisah mak aku tak pakai sarung kaki.Kini bila aku jd budak tahap,aku ambik kesah tentang tu.Kalau dulu aku boleh bercampur dengan perempuan sesuka hati aku jek.Kini aku bukan lagi seperti itu.Ia mengajar aku pelbagai perkara.Ya, mungkin ade sekolah agama yang lebih hebat dari segi akademiknya.Namun,Tahap tetap hebat dengan tarbiyahnya.Alangkah ruginya bagi mereka yang keluar dari Tahap.Memang kalau dulu,rasenya aku pun nk keluar dari Tahap.Ialah,zaman2 f1 dulu kan bnyk pnyakit 'homesick'.Akulah kaki outing kat Tahap dulu.Asyik balik jek.Tapi ble dh bergelar xTahap,baru tersedar,betapa indahnya bumi SMKA TAHAP.Penuh dengan tarbiyyah islami.Pelbagai kenangan indah terpahat di sanubari antara aku dan bumi tarbiyyah ini.Juga ahli2 yang ditarbiyah.Kini,ramai bekas penghuni tarbiyyah ini bertebaran di muka bumi Allah ini.Menyebarkan tarbiyyah yang terdidik di jiwa di seluruh pelusuk alam.Antara guru yang sangat kukagumi dan kusayangi di bumi tarbiyyah ini ialah Cikgu Noraini dan Ust Hairul.Cikgu Noraini ajar aku add math dan ust pula ajar aku BA.Tapi ust lbh bnyk mngajar aku di surau.InsyaAllah.nnti akan ku kongsikan segala ilmu yang ust curahkan dalam blog ni..
~Salam Ukhuwwah Sekencang Dakwah~

No comments:

Post a Comment