Thursday 16 February 2012

Istikharahku mebisikkan sesuatu....Part2





Galakan Istikharah :


Sangat tinggi galakan istikharah dalam islam sehingga ada ulamak yang menganggapnya adalah wajib.Namun ulamak salafussaleh (generasi awal yang dekat dengan Rasulullah) bersepakat mengatakan istikharah adalah sunnah bukan wajib.


Kata Jabir Bin Abdullah,"Rasulullah SAW mengajar kami istikharah dalam semua pekerjaan seperti baginda mengajar kami satu surah daripada Al-Quran,sabdanya,'Apabila seseorang kamu mempunyai rancangan untuk melakukan sesuatu hendaklah dia melakukan solat sunnah dua rakaat,kemudian bacalah doa ini...'(Hadis shahih dilaporkan oleh Bukhari)



Imam Al-Syawqani berkata dalam Naylul Awtar bahawa istikharah disyariatkan dalam islam dan tidak diketahui khilaf padanya.


Rasulullah SAW bersabda : "Antara sumber kebahagiaan anak Adam adalah beristikharah kepada Allah dan redha dengan apa yang ditentukan kepadanya,dan daripada keburukan anak Adam adalah meninggalkan istikharah kepada Allah dan membenci apa yang telah ditentukan kepadanya."(Riwayat Ahmad dan Al-Tirmizi)






 Petunjuk istikahar melalui mimpi??


Petunjuk tidak semestinya hadir melalui mimpi.Ia boleh hadir dalam bentuk ketenangan hati.Demikian pendapat Imam Nawawi RA dan disokong oleh kebanyakan ulama.Selepas beristikharah dan berbincang,kemudian diteguhkan pendirian dan dipermudahkan jalan ke arahnya,itu pun satu petunjuk.Jadi tak perlu takut untuk istikharah :) Just redha..hu5


Sekiranya seseorang itu mengalami mimpi yang menenangkan hatinya setelah beristikharah,ia hanyalah bonus dari Allah untuknya kerana petunjuk tidak semestinya melalui mimpi.



Jangan terpedaya dengan seseorang yang berhujah dengan mimpinya sendiri bagi memaksa orang lain menerimanya.Mimpi orang lain tidak boleh menjadi hujah untuk kita hatta mimpi kita sendiri setelah beristikharah.


Justeru,sebelum istikharah kita perlu memastikan hati kita tidak cenderung kepada sesuatu dan tidak terpengaruh dengannya.Kadang2 ianya berlaku akibat kekhilafan kita sendiri yang tidak menjaga hati dan membiasakan diri dengan banyak perkara yang melalaikan hati.:)


Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani menekankan supaya jangan cenderung kepada satu antara dua atau lebih pilihannya sebelum melakukan istikharah.(Fath Al-Bari 11/223).


Jangan sandarkan keputusan sepenuhnya kepada mimpi tanpa mempertimbangkan hujah yang jelas dengan perbincangan melalui petunjuk Al-Quran dan as-Sunnah.:)






~Wallahua'lam.Wait for the next entry~
^Istikhrahku membisikkan sesuatu Part3^

No comments:

Post a Comment