Aku ingin kongsikan keindahan berkasih sayang dengan Sang Pencipta.Hari ini,aku mampu untk bangkit untuk update blog aku setelah lama aku tinggalkan dek kerana kesihatanku yang sentiasa diuji.Kini aku tersedar sendiri,inilah dia dinamakan 'percintaan' terindah.
Setelah aku keluar dari ASTAF di Kuala Selangor,aku bernekad untuk masuk ke Madrasah Darul Uloom,Sungai Salan.Alhamdulillah,diberi peluang untuk menikmati nikmat beramal di situ selama dua hari.Namun,itulah dinamakan 'cinta sejati'.Aku diuji sekali lagi dengan kesakitan yang amat perit.Aku menjadi seperti mayat di situ.Badan ku lemah longlai,kaku,kakiku sejuk dan badanku terlalu panas.Aku langsung tidak dapat berkata2 melainkan di dalam hatiku sentiasa berdoa kepada 'Sang Kekasih'.
"Ya Allah,andai masa ku telah tiba untuk menghadapMu,izinkan aku untuk menatap wajah ibu dan ayahku buat kali yang terakhir.Ya Allah,andai aku akan pergi menghadapMu seketika sahaja lagi,berikan aku kesempatan untuk mengucap ' لا إله إلا الله ' terlebih dahulu."
Ini lah sahaja kata2 yang mampu kuungkapkan di dalam sanubariku.Yang tidak ada sesiapa yang mendengarnya melainkan Allah SWT.Betapa sakitnya aku ketika itu hanya Allah yang tau.Bermula jam 6pm-11.30pm aku terlantar.Sahabat2 di situ membacakan pelbagai surah di cuping telingaku.Indahkan?Sedangkan tak sampai sehari kenal,tapi ramai tentera yang Allah hantar untuk memabantuku.
Dalam jam 10 lebih,ayahku sampai bersama ibuku.Mereka membawa Ustaz Zulhazmi sekali.Alhamdulillah,dengan izin Allah SWT aku kembali sedar seperti biasa.Dan aku terus pulang ke rumah.
~Nantikan 'Jeritan batinku!!!!' Part2~
No comments:
Post a Comment