Saturday 14 January 2012

Becareful Bro..!

6 Bisikan Syaitan Ketika Ingin Beribadah!





  1. 1.    Disuruh ubah niat :

  • ·       Maksudnya asalnya kita ingin melakukan ibadah.
  • ·       Namun syaitan hadir untuk menghasut kita agar mengubah niat bagi menghalang kita dari melakukan ibadah dan meneruskan kerja lain yang tidak penting.

  1. 2.    Disuruh menangguhkan ibadah:

  • ·       Asalnya kita berniat untuk melakukan sesuatu ibadah.
  • ·      Namun syaitan hadir dan menghasut agar kita sering menangguh-nangguhkan ibadah yang ingin dilakukan

  1. 3.    Dicampak perasaan riak:

  • ·       Setelah dua tingkatan diatas mampu kita atasi,masih ada lagi godaan syaitan iaitu riak.
  • ·       Syaitan akan hadir ketika kita melakukan sesuatu ibadah dan menghasut kita untuk ‘riak’ ketika kita sedang beribadah.
  • ·       Jelas di dalam hadis Rasulullah bahawa perasaan riak akan merosakkan amal.
  • ·       Riak juga tergolong dalam syirik yang kecil

  1. 4.    Dicampak perasaan bangga dengan amalan:
  • ·       Setelah kita mampu menewaskan perasaan riak,syaitan akan berusaha untuk memesongkan dan merosakkan ibadah kita dengan perasaan bangga terhadap amal yang dilakukan pula.

  1. 5.    Dicampak perasaan ujub:
  • ·       Sekiranya berjaya menghadapi dua perasaan di atas,syaitan akan menghadirkan pula perasaan ujub iaitu taajub pada diri sendiri kerana mampu melakukan sesuatu ibadah.

  1. 6.    Digoda agar ikhlas beribadah (tipu daya kemasyhuran):
  • ·       Setelah kita terlepas dari kesemuanya,syaitan masih lagi kekal mengorak langkah.
  • ·       Syaitan akan menghadirkan perasaan ikhlas kepada kita ketika melakukan ibadah yang mana disebalik keikhlasan itu tersirat penghasutan dari syaitan.
  • ·       Contohnya,kita ikhlas dalam melakukan ibadah tapi kita merasakan sesuatu hasil dari ibadah kita.Antaranya kita rasa muka kita semakin hari semakin berseri dek banyaknya ibadah yang kita lakukan.

  1. 7.    Check point terakhir syaitan:
  • ·       “Wahai makhluk Allah,kau seorang budak yang bagus.Semuanya di dalam takdir Allah.Tidak perlu bersusah payah melakukan ibadah kepada Allah kerana Allah telah menetapkan untuk kita samada syurga atau neraka.Semuanya di dalam takdirNya.”


No comments:

Post a Comment