Monday 9 January 2012

Ujian itu manis..^_^

Ya Allah...
Aku terlalu excited..Alhamdulillah aku diterima masuk ke Maahad Tahfiz di Sabak Bernam.Pada hari Sabtu,7hb,aku dan keluargaku berangkat ke Kuala Lumpur untuk menziarahi nenek Serbanon.Nenek sakit waktu kami bercuti di PD minggu lalu.Aku melihat wajah nenek,mashAllah..kesiannya nenek.Nenek kena strok.Sebelah kirinya terlalu lemah.


Aku rase terlalu insaf.Aku turut rasa terlal kerdil di sisi Allah.Nenek seorang yang sihat sejahtera.Boleh berjalan dengan laju.Baru sje pulang dari tanah suci dari menunaikan ibadah haji bersama Pakcik Yazid.Namun,apabila Allah ingin menguji,terlalu mudah dan sekelip mata sje.Sedangkan sebelum ke PD,aku jumpa nenek,masih sihat dan boleh bercerita pengalamannya di tanah suci.Tiba2,kini aku melihat nenek terlantar sakit dan tidak bercakp.Subhanallah,pilunya hatiku..


Setelah melawat nenek,kami sekeluarga meneruskan perjalanan ke Sabak Bernam.Dalam perjalanan,amat terkejut sebab nak ke Sabak Bernam masih jauh lagi.Rupanya Sabak Bernam dah dekat dengan Teluk Intan Perak.Kami masih belum makan tegah hari.Perut terlalu lapar hanya Allah yang tau.Jam dah pukul 5.30pm.Mak mula berat hati untuk meneruskan perjalanan ke Sabak Bernam.Ialah,jauh sangat.Kami pun berhenti di Pasar Malam di Kuala Selangor ketika itu untuk cari makanan.Mak cakap,"Macam nilah.Kita cari tempat lainlah.sebab jauh sgt ni.Letih Ya Rabbi.Kita singgah solat Maghrib dulu.Then,abang gi borak dengan orang masjid kot2 ade pusat tahfiz dekat2 sini.Kalu ada,masuk je kat sini."Ayah pun setujulah..


So kami solat maghrib di Masjid K.Selangor.Ayah pun berborak dgn orang kat situ.Ditakdirkan Allah,imam yang mengimamkan solat Maghrib tadi rupenya mudir sekolah tahfiz.MashAllah,Allah permudahkan aku.Aku gembira.Kami terus ke Pusat Tahfiz itu untuk mendaftar.Hari esok boleh masuk.Malam tu bermalam di Hotel Sunn Inn dulu.Sebelum tu beli barang keperluan di Tesco.MashAllah,Allah permudahkan segala2nya.


Esoknye,kul 9 pagi,kami terus ke Akademi Syahadah Tahfiz Al-Faizin(ASTAF).Ramai penjaga yang baru mendaftarkan anak2 mereka.Tempat pun alhamdulillah,nampak baik dan ok..Selesa kata orang.Aku mula seronok.Berkobar2 untuk belajar.Kami sekeluarga duduk mendengar taklimat setelah mak ayah bayar segala yuran.Rse excited sbb lepas taklimat tu ceramah motivasi dari Ustaz Halin Baharim.Pendakwah bebas tanah air.


Aku duduk di depan mak sementara ayah pergi bank in duit yuran dalam akaun ASTAF.Ble ayah balik,aku menoleh ke belakang dan mak aku teresak2 menangis.Rupanya,baru dapat berita kematian nenek Serbanon.Innalillah wainna ilaihi rajiuun..Lembik jugak lututku.Rase terlalu sekejap ajal menjemput arwah.Rase mati juga semakin hampir denganku.


Mak pun ajak ayah untuk segera ke Kampung Pandan.Aku tak ikutlah sebab dari Kuala Lumpur ke sini pun bukan dekat2.So aku pun tinggallah.Aku tak kisah sebab rse seronok sangat.Tapi agak janggal sebab masih x kenal sape2.Orang ingat aku orang luar.Al-maklumlah,dengan seluar jeans aku,baju melayu oren,kupiah.Sedangkan pelajar lain semuanya berbaju putih.:) Setelah beberapa minit mak ayah pergi,Ustaz Haslin pun sampai untuk ceramah.Sebelum tu,aku daftar Kelab Memanah.nak ikut sunnah nabi.Aku guna duit bekalan yang mak bagi..so,lepas tu dengar ceramah sampai zohor.Seronok!!


Setelah selesai solat zohor,pelajar2 ASTAF dijemput untuk ke kenduri kahwin berdekatan.Aku naik dengan sorang ibu pelajar sini.Tapi tak kenal pun sape.Main naik je..Kalau malu nanti lapar.(^_^ )


Alhamdulillah,kenyang pun.Lepas tu,aku naik bilik dan bercadang untuk tidur.Tak ade orang dalam bilik sebab ramai yang keluar dengan penjaga.Setelah sejam terlelap,aku terjaga sebab dengar orang berborak2 dalam bilik.Aku pun bangun dan bermanis muka.:) Sessi taaruf!


Tengah2 berborak,dalam pukul 4pm,tibe2 aku terasa sakit dada dan berdebar teramat sangat.Tanganku rase terlau lemah dan bagaikan dicengkam..Bibir ku ketar.Aku istighfar.Ape nak jadi ni.Dah lama aku ok.Monologku dalam hati.Aku berzikir dan tidak hiraukan apa2.Lepas tu,aku turun untuk solat Asar berjemaah.Aku pelik,lidahku kaku untuk baca fatihah dan ayat2 quran.Subhanallah.Setelah selesai Asar,aku mula lembik.Tangan ku mula keras dan mencengkam seperti harimau.Ya Allah,permudahkan aku.Aku menahan sakit.


Mudir ASTAF melihat kelakukan ku dan tanya ape masalah aku.Aku ceritakan tentang sakitku.Mataku mula x nampak ape2.Mudir mengarahkan dua orang pelajar situ untuk teman aku,Haziq dan Aizat.MashaAllah,nama serupa.Dalam bilik kosong itu kami duduk bertiga.Aku sedar,tapi aku tidak mampu mengawal diriku.Aku mula merangkak seperti harimau.Mudir telefon ayah aku yang masih di Kampung Pandan.Ayah cakap,"Ust bawa dulu dia ke mana2 pusat rawatan yang terdekat."Ust pun mengarahkan warden untuk hantar aku ke Darul Syifa'.


Lepas balik dari Darul Syifa',aku dibenarkan rehat pada malm tu.Aku ditemani kawan baru yang sangan mulia hatinya,Haziq.Sangat caring.Teringat pula sahabat2 di TAHAP.Miss U All!Setelah selesai mandi,aku masih sakit.Aku solat maghrib kat bilik je.Aku menangis dalam solatku.Ya Allah,aku rasa terlalu lemah ketika itu.Rasa ujianNya terlalu hebat.


"Ya Allah,ampunilah aku.Aku terlalu lemah ketika ini.Aku ingin menghafaz Al-Quran,namun aku tau ini adalah ujian untukku.Ya Allah,aku menagih simpatiMu,aku merindui belaianMu,aku mengharapkan kasih dan cintaMu,kurniakan aku kekuatan dan kesabaran.Ya Allah,kurniakan aku yang paling baik mengikut ketentuan dan perancanganMu.Ameen!"

Doaku sendirian.Aku rasa terlalu sedih dan lemah..

Aku meneruskan zikir sehingga Isyak.dalam pukul 9.30,tiba2 ayah dan ibuku datang.Mak cakap,

"Aizat,mak rase balik dulu.Sebab sini jauh.Mak payah nak jenguk.Lagipun nanti menganggu orang lain nak belajar macam kat TAHAP dulu.Sampai kena ada yang teman.Nanti aizat masuk Sungai Salan.Lagipun orang sini tak biasa dengan perkara cam ni."

Aku sedikit pun tidak membantah.Bukan ape,aku dah doa tadi.Pasti ini adalah salah satu dari rancangan Allah.Jadi,malm tu aku punggah balik barang2 dan balik ke Kampung Pandan.MashaAllah,sedihnya,Baru dapat kawan baru.:) Namun Allah itu lebih tahu apa yang terbaik untuk aku.Firman Allah:

"Boleh jadi apa yang kau sukai itu tidak baik di sisi Allah.Dan boleh jadi apa yang kau tidak sukai itu paling baik di sisi Allah."

Ku pegang ayat ini kukuh dalam hatiku..

Sampai rumah adik dalam pukul 11 lebih.Terlalu letih dan rehat..

Esoknya balik ke jerantut lepas tolong adik dan pakcik kemas2 rumah.

MashaAllah,ujian hadir lagi.Sampai je Jerantut,aku kerasukan lagi sebelum Maghrib.Lepas tu,sekali lagi aku kerasukan selepas Mahrib.Dua kali aku kena satu malam.Ya Allah,letihnya.

Masa aku kena,aku rasa duniaku gelap.Aku tak nampak ape2.Apa yang aku dapat rasa ialah aku terlalu sakit.Aku rasa aku sedang melawan sesuatu secara spritual atau batiniah.Ya Allah,sakitnye.Hingga aku berdoa dalam hati..

"Ya Allah,aku terlalu sakit.Tak dapat kugambarkan pada ibu dan ayahku.Namun,hanya Kau yang mengetahui betapa sakitnya aku.Ya Allah,kuatkan aku.Ya Allah,andai waktu ku telah sampai,Kau ampunilah segala dosa2 ku.Kau permudahkanlah sakaratul maut buatku.Ya Allah,andai aku masih ada waktu untuk menumpang di bumiMu ini,izinkan aku untuk mendapat sedikit kesihatan untuk aku beribadat kepadaMu dan menggapai redhaMu.Ya Allah,terlalu perit dan payah untuk aku memperoleh cintaMu yang sering ku dambakan.Namun ketika ini,berikanlah secebis kasihMu dan balaslah cintaku walau sedikit.Hanya itu yang ku harapkan dariMu.Aku bukanlah sesiapa.Aku cuma seorang hamba yang sentiasa memerlukanMu dalam hidupku.Ya Allah,permudahkan segala2nya untuk ku..Ameen!"

Ya Allah,tidak berhenti air mataku meleleh..Namun aku tetap bersyukur dan redha.Andai Allah uji aku seperti ini waktu aku SPM dulu mcmna?Sebab tu,aku rasa Allah itu terlalu adil dan terlalu dekat denganku.Allah amat memahami.Takpe,kena sekarang tkpe.SPM dah lepas.Syukur alhamdulillah..

Allah sebaik2 perancang.Firman Allah:
"Adakah kau mengaku dirimu beriman sedangkan kau masih belum diuji?"

MashaAllah,akan ku sematkan ayat ini dalam sanubariku.Aku yakin Alah itu adil.Inilah antara manisnya ujian yang kurasakan setelah masuk tahun keempat aku sakit.Aku rasakan Allah itu terlalu dekat denganku dan selalu mendengar luahanku..:)

Wallahua'lam..
Sekadar perkongsian dari seorang hamba yang terlalu kerdil dan sentiasa memerlukan Tuhannya..(^_~)







Sabar itu manis :)

2 comments: