Tuesday 10 January 2012

Cinta sahabat...

Kisah Atikah, wanita yang digelar sebagai isteri yang 'memberi' syahid kepada suami nya, ramai pahlawan-pahlawan hebat di zaman para sahabat yang mati syahid, tapi keistimewaan Atikah adalah setiap kali Atikah berkahwin, suaminya akan mati dalam syahid di medan perang, disebabkan kelebihan pada Atikah, ramai pemuda-pemuda yang rindukan syahid silih berganti berebut untuk menjadikan Atikah sebagai seorang isteri, kecantikan Atikah, kebijaksaan Atikah dan sifat lemah lembut adalah satu bonus tambahan pada Atikah.



Mendengar tentang kisah Atikah ini, Abdullah Bin Abu Bakar, anak kepada Saidina Abu Bakar ingin menyunting Atikah, dipendekkan cerita, Abdullah berjaya menjadi suami kepada Atikah, Atikah terlalu cantik bagi Abdullah, hinggakan pada suatu hari, azan berkumandang, bapa Abdullah, Abu Bakar bergegas ke masjid untuk berjemaah ,melewati rumah Abdullah, dia terdengar gelak tawa Abdullah dan Atikah yang bergurau senda, Abu Bakar meneruskan perjalanan ke Masjid



Selesai solat berjemaah Abu Bakar pulang dan sekali lagi dia melewati rumah Abdullah, masih terdengar lagi gelak tawa senda gurau, lalu dipanggil Abdullah ,"Hang mai sat kat sini, pak nak tanya sikit, hang pergi solat berjemaah tak tadi? Hang nak jama' solat hang tu? Adakah Atikah, isteri hang tu telah melalaikan hang?" Abdullah menjawab "ya pak", Abu Bakar menyambung bicara, "Wahai Abdullah, sesungguhnya hang telah melumpuhkan perjuangan hang sebagai seorang muslim dan sesungguhnya hang telah melalaikan tanggungjawab terhadap agama hang Abdullah, ceraikan Atikah"



Apa reaksi anda semua? "Ahhh bapak nie,kalut ja, ni cek punya hal, bapak peduli apa kubur masing-masing", TAK, Abdullah tidak menjawab kurang ajar macam tu, dengan berat hati Abdullah menceraikan Atikah, walaupun kasihnya pada Atikah terlalu dalam tetapi CINTANYA pada ALLAH melebihi cinta dunia, cinta Atikah yang cun lagi bijaksana tu.



Selepas peristiwa itu, Abdullah mengasingkan diri dari orang ramai dan berada di dalam bilik, sambil berdoa dan menangis kerana terlalu rindukan Atikah ,Abdullah faham dan dia tak pernah meminta kepada MANUSIA untuk memberi HARAPAN padanya, kerana dia tahu, HATI ADALAH MILIK ALLAH.



Suatu hari,semasa Abu Bakar sedang menunaikan solat, dia terdengar rintihan anak lelaki nya, Abdullah di dalam bilik, kerana rintihan itu terlalu menusuk kalbu, bak kata orang sekarang, feeling, Abu Bakar melangkah masuk ke bilik Abdullah, dedaun pintu diselak perlahan-lahan, alangkah terkejutnya Abu Bakar bila melihat anakya itu pucat, lesu, kurus badannya, kerana terlalu rindukan kekasihnya Atikah, Abu Bakar tidak sampai hati membiarkan Abdullah begitu, lalu Abu Bakar menyuruh anak nya berkahwin semula dengan Atikah, Atikah dan Abdullah menyambut dengan hati yang terbuka dan gembira bila dapat bersama kembali.



Kesimpulannya disini, CINTA yang HAKIKI adalah CINTA ALLAH dan JANGAN PERNAH MEMINTA DARI MANUSIA, Berdoa dan Berharap Hanya Pada Allah, moga cinta kita adalah cinta hingga ke syurga. Janji Allah, berdoa dan berharap hanya padaNya, Dia akan tunaikan, cuma masa yang menentukan, pegang pada janji itu, sabar dan ikhlas..


~HATI2 JAGA HATI~
-YA,BENAR HATI ITU BERADA DI DALAM JASAD KITA,NAMUN TAK PERNAH KITA SENTUH DAN TIDAK MAMPU UNTUK KITA SET.ALLAH JUA YANG MENTADBIR HATI KITA.JADI,SERAHKAN CINTA KITA PADA ALLAH ^_^

No comments:

Post a Comment