Tuesday 10 January 2012

Dr.Yusof Al-Qardhawi

My idola setelah Rasulullah SAW:)

Yusuf al-Qaradawi

Cendekiawan Islam
Era moden

  • Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi (Arab: يوسف عبدالله القرضاوي‎) adalah seorang cendekiawan Islam dari Mesir yang terkenal.
  • Beliau merupakan ketua Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah (European Council for Fatwa and Research) dan presiden Persatuan Ilmuwan Islam Antarabangsa (International Association of Muslims Scholars).
  • Syeikh al-Qaradawi dilahirkan di Mesir pada tahun 1926.
  • Beliau mengaji al-Quran ketika beliau berusia kurang 10 tahun.
  • Beliau menyertai Institusi al-Azhar pada peringkatan sekolah rendah dan menengah.Kemudian, beliau memasuki Fakulti Teologi dan memperolehi Sijil 'Aliyya (bersamaan dengan ijazah BA sekarang ini) pada sekitar tahun 1952-53.
  • Beliau juga memperolehi Ijazah Pengajaran daripada Fakulti Bahasa Arab pada tahun 1954.Pada tahun 1960, beliau memperolehi Kajian Saringan Tinggi yang bersamaan dengan ijazah MA daripada Bahagian Sains al-Quran dan Hadis di Fakulti Teologi.
  •  Pada tahun 1973, beliau memperolehi ijazah PhD dengan hujahnya mengenai Az-Zakah fi Hal al-Mushlikat al-Ijtima'iyya (Zakat dan Pengaruhnya dalam Penyelesaian Masalah Sosial).Beliau menjawat jawatan sebagai seorang khatib, guru dan penulis di al-Awqaf dan al-Azhar.
  •  Beliau telah menerbitkan berjumlah 100 buah buku yang menyentuh pelbagai aspek kehidupan Islam, kesusasteraan dan puisi. Antaranya bukunya yang terkenal ialah Halal dan Haram di dalam Islam dan Keutamaan Gerakan Islam pada Fasa Akan Datang.
  • Banyak ilmuwan menyifatkan beliau sebagai seorang mujtahid pada Era Moden. Beliau telah aktif dalam bidang dakwah dan Gerakan Islam untuk tempoh lebih daripada separuh abad. 
~Semoga aku dapat menjadi seperti beliau satu hari nanti..ameen!

No comments:

Post a Comment