Tuesday 17 January 2012

Jalinan Ukhuwwah...

Jalinan Ukhuwwah yang terlalu akrab..MashaAllah.Itulah kenangan indah ku di SMKA TAHAP bersama sahabat2 batch 2007-2011.Akan ku semadikan kenangan kita bersama sahabat2ku:)


Malam tadi,aku hantar dua pesanan message.Satu pada Fatah dan satu lagi untuk Afi.Mungkin sedikit luahan..


"Assalamualaikum.Fatah/Afi,malam ni mungkin message terakhir aku untuk ko.Hari esok insyaAllah dengan izin dan restuNya aku akan masuk Sungai Salan.Fatah/Afi,aku merayu sangat,tolonglah doakan aku ye.Demi untuk aku mencapai mardhatillah.Doakan kesihatan untuk aku.Tadi pun aku masih sakit.Kat masjid tiba2 tangan kiri aku sakit sangat.Dan terus lembik.Aku sedih sangat sebenarnya.Doakan aku ye..:)"

Ya Allah,sedikit luahan hati ku pada sahabat2ku.Aku terlalu rindukan mereka.Lagipun dah lima tahun kami bersama.Dah tiga tahun juga aku sakit.Dari F3-F5.Jadi mereka inilah yang sentiasa bersamaku ketika aku sakit di sekolah.Tidak kira waktu mereka tetap setia bersamaku.Jadi aku yakin mereka cukup memahami apa yang aku lalui dan rasai.Afi,pernah sebilik denganku waktu F3.Tidur sebelah aku kadang2 dengan Amin.Bukan ape,takut aku sakit tengah malam kang.Amin dan Afi pernah bangun terkejut 3 pagi sebab aku menangis2 sakit.Mereka bacakan yassin untuk aku.Afi pun sering teman aku waktu aku F5 di surau.Samalah dengan Fatah,nampak aku lain macam je,mulalah pegang tangan aku.Tarik aku.Ya Allah,indahnya jalinan ukhuwwah yang terpateri dek kerana iman dan lillahi taala..Pasti jalinan ini akan kekal hingga akhir hayat.Ameen!!

Dalam pukul 2.16am,handphone berbunyi.Owh,reply message dari Fatah.MashAllah,masih kuat untuk balas SMS aku walhal dah jam 2.16am.Hebatkan ikatan ukhuwwah??

"Salam.Koi harap aok kuat n mampu hadapi sume nie.Koi pun doakan aok agar aok dapat mardhatillah abadan abada.Semoga memperoleh kejayaan n keberkatan dunia n akhirat.Jumpa di len waktu yang takkan lg kite ketahui.semoga cepat sembuh.Doaku sentiasa mendampingi kamu.Wallahua'lam n uhibbukafillah n jazakallah dengan nasihat yang banyak dicurahkan."

MashaAllah,menitis air mataku mambaca SMS dari Fatah kerana aku dapat rasakan keikhlasan dari seorang sahabat.Aku juga agak terkesan dengan katanya "Jumpa di len waktu yang takkan lg kite ketahui.semoga cepat sembuh.Doaku sentiasa mendampingi kamu."

Lantas aku terus berdoa 

"Ya Allah,panjangkan umur aku dan sahabat-sahabatku.Agar kami dapat berkumpul sekali lagi dengan sebuah kejayaan.Ya Allah,kurniakan kejayaan kepada semua sahabat2ku.Ya Allah,lindungi kami Ya Allah."

Aku rasa terharu sangat.Entah kenapa perasaan sebegini hadir dalam diriku..Aku pun mencapai handphoneku dan membalas SMS Fatah..

"Fatah,syukran.InsyaAllah,kita jumpa bulan tiga nanti ye.Nanti koi sendiri turun Temerloh.Sayang aok jugak Fatah."

Subhanallah..Allah mengurniakan aku sahabat2 yang terlalu baik.Kini kami telah berjauhan dan akan tetap berjauhan.Namun,itu tidak memberi kesan apa2 kepada diriku.Kerana kata Imam Al-Ghazali.."Ukhuwwah itu bukan terletak pada pertemuan,bukan pada manisnya ucapan di bibir tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya."

Hatiku menjadi tenang.Terlalu tenang.Aku doakan agar semua sahabat2ku berada dalam keadaan yang sama walau apa jua yang sedang mereka lalui.

Akan ku akhiri coretanku ini dengan sebuah hadis:

Daripada Anas Bin Malik RA,sabda Rasulullah SAW: "Tiga perkara apabila terdapat pada diri seseorang,ia akan merasai kemanisan iman;sesiapa yang cintanya kepada Allah dan Rasul melebihi cintanya kepada yang lain,sesiapa yang mencinta orang lain hanya kerana Allah (dan bukan kerana sesuatu tujuan duniawi),dan ia benci kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkannya (daripada kekufuran),sebagaimana ia benci untuk dicampakkan ke dalam api nerka."(Riwayat Muslim)



*Selamat Berjuang Fatah Hakimi*
(Fatah-berkaca mata)
Turut di dalam gambar:
1-Irfan(berserban)
           2-Hakim(sebelah Fatah)
3-Zainul(depan rehal)


*Semoga makrifat yang diburu tercapai Afi (senyum sokmo)*
Turut di dalam gambar:
1-Abg Muaz(hujung sekali sebelah Afi)
2-Abg Rizuan(sedang berniat solat:)
3-Muiz Manan(sedang angkat takbir)


~Wallahua'lam~
^Salam Ukhuwwah Sekencang Dakwah^ 

No comments:

Post a Comment