Monday 2 January 2012

Dimanakah Hidayah?Antara Mujahadah Atau Muhajarah..?

Kehidupan adalah kilauan fajar yang sangat indah dan memukau.Ramai manusia tertipu lalu menjadi hamba pada duniawi tanpa menyedari hujung pangkal hakikat sebuah kehidupan.Sedangkan hidup adalah seperti pedagang yang datangdan akan berangkat ke negeri lain.Walau seindah mana pun hidup di dunia,semewah mana pun hidup di dunia,apabila semboyan dilagukan,mahu atau tidak kita terpaksa berpindah pergi.


Ketaksuban kpd dunia telah melalaikan hati manusia.Cara hidup jahiliah akan berputar dalam kehidupan di bawah putaran masa langit dunia.Dalam kelalian itu manusia lupakan Allah.Dalam mengejar matlamat,manusia berlaku zalim sesama sendiri.Semuanya begitu sempurna kerana dalam kegelaan zulumat itu,kesakitan,kerengsaan,dan penderitaan jadi kian punah kerana ada bius hiburan yng merawat.Pun begitu pada satu saat,tiba2 pintu hati diketuk oleh cahaya hidayah..


Muhajarah dan Mujahadah??


Muhajarah adalah gelaran kepada manusia yang melakukan penghijrahan dalam kehidupan.Hijrah adalah tuntutan agama.Dengan itu,manusia kafir memilih islam,manusia derhaka memilih taat dan sebagainya.


Sementara mujahadah ialah golongan manusia yang sabar,ikhlas dan istiqamah.Mereka dikenali sebagai golongan mukminin,muhsinin dan muttaqin..Hakikatnya semua amalan manusia yang terkandung di dalam syariat ade dalam dua tuntutan :


1-Hijrah ~ Berpindah dari perkara tidak baik kepada baik
2-Mujahadah ~ Melakukan sesuatu amalan baik dengan cara terbaik!


Dari mana rasa untuk berubah ini hadir?


Untuk hijra,semuanya bermula dengan ketukan hidayah intibahah ke dalam hati seseorang.Ia adalah rasa yang sangat dingin tetapi sangat kuat hingga mampu mengubah haluan hidup manusia.Ianya adalah kekuatan untuk membuat U-Turn dalam hidup;merubah cara hidup jahiliah kepada hidup bersyariat..Hidayah intibahah adalah suluhan nur kesedaran.Hanya cahaya Ilahi yang dapat menunjuk jalan Ilahi.Mereka yang berada dalam hidayah ini adalah golongan muhajarah;bersedia untuk berhijrah dan mengorak langkah untuk melalui jalan Alah yang lurus.  


Apakah cara untuk terus mengekalkan keadaan ini?


1-Taubat dengan taubat nasuha atas setiap perkara yang dilakukan.Lakukan solat taubat setiap hari.
2-Menjadi seorang yang dekat dengan ilmu.Jadilah insan yang mencintai ilmu agama dan ilmu dunia.
3-Perlu ada kekuatan hati dengan zikir yang istiqamah.Sesungguhnya zikir dapat membenteng manusia dari     kemungkaran.
4-Perlu mencari sahabat yang baik kerana sahabat adlah pendorong jiwa seseorang ke arah kebaikan.

  'Hidayah' begins here...

No comments:

Post a Comment